Monday, July 9, 2012

Petua memasak untuk majlis berskala kenduri

.
Ini bukan foto semalam tetapi foto minggu lepas.
Tak, ini bukan sempena jelajah 'Janji Di Tunaikan'.

Ada satu majlis di surau berdekatan dan tugas aku berkaitan dengan teknikal.
Aku bukan menggoreng ayam tetapi menyediakan peralatan untuk menggoreng ayam.
Ya, aku suka buat kerja di 'balik tabir', tak buat kerja-kerja operasi yang menonjolkan diri.
 



 Apabila segala peralatan telah siap, aku tinggalkan urusan operasi memasak kepada yang pakar.
Aku masih muda lagi, tak cukup pengalaman untuk memasak bersaiz kenduri.
Ada petua-petua yang perlu diketahui agar lauk tak hancur, daging tak liat, sayur tak lecur atau lunyai.
Petua-petua yang selalunya hanya berguna untuk memasak berskala kenduri kendara begini.




Apa tujuan aku buat entri ini dan tunjukkan foto-foto itu?
Nak buktikan bahawa aku bukanlah anti-sosial yang kronik.

Tak lama selepas itu, aku pun berjalan ke kedai Shell berdekatan.
Aku beli sebotol air berkarbonat dan dalam perjalanan pulang, aku lencong ikut belakang surau
dan terus balik ke rumah ... keh keh keh.






.

14 comments:

Anonymous said...

ok la tu, dapat jugak saham walau belakang tabir sambil curi tulang..

tahniah untuk brader baju merah sebab pasukannya menang liga super (kalau tak silap, tu jersi kelantan). teruskan menyokong untuk piala malaysia nanti.

alienpakailipstick said...

Aku anti sosial yg kronik.kehkeh

Nizam.Ariff said...

SM,
kata orang tu.. tunjuk muka je...
tapi berpeliuh gak aku basuh periuk belanga dan tikar... benda2 asas je..




n,
ya, aku percaya sebab lama benor ko menghilang ... hehehehe

tasekM said...

ko mcm aku gak la.
pi menolong.
tak mkn pun tak pe.





.

Unknown said...

Sejuk2 ni best minum kopi ^^ http://paripariputih.blogspot.com/2012/07/minuman-bongkar-rahsia-peribadi-korunk.html

ckLah @xiiinam said...

Baru nak puji, kau bukan anti sosial, tiba tiba terpandang ayat pengakuan 'aku bukan anti sosial yang kronik'. Hehe

Nizam.Ariff said...

PPP,
kat sini memang hujan... eh, cemana ko tau nih? (jeng.. jeng.. .jeng)





cklah,
alaa... takpe, tak elok puji-puji ni... hehehe

sepa said...

aku dapat bayangkan ko mengapplikasikan teori termodinamik tuk nyalakan dapur dan dapatkan entalpi yang optimum menggunakan throttling...


.
ah...!!! ko memang cam tuh, pantang berkelip mata, mesti ko hilang...!

...:p

Ujie Othman said...

tang mana petuanya? ^_^

Nizam.Ariff said...

TM,
errr... malam tu aku datang balik sebab nak serve, makan dalam dulang berempat... tapi, aku makan kat belakang dalam pinggan...





sepa,
konsep termodinamik aku tak guna masa tu. aku guna prinsip bernoulli sebab banyak sangat angin bertiup...


ujie,
petuanya?
kena tanya tukang masak a.k.a pengurusi surau tu la.... hahaha
aku tak sempat menuntut...

sepa said...

aku tak kisah ko guna teori apa sekalipun...

biar Bernoulli, Hagen-Poiseuille equation atau Fick's Law...!


dikesempatan nih aku nak bagitau, kotkot ko tak tau.!

'kawan kita, si penyanyi rock - Ella dah kahwin...'

oya, itu bukan kenduri dia kan.?!
nak tanya, ko pergi tak ke majlis dia.?!


eh. aku nak sampaikan lagu le kat dia...


:)

Nizam.Ariff said...

sepa,
aku tak dijemput.kalau tak dijemput haram kalau pergi makan... hehehe

sepa said...

aku dah tuju lagu tuk dia... dalam blog aku...!!!

ko agak dia singgah baca tak.?!

Nizam.Ariff said...

sepa,
dia sibuk berhoney moon... mana dia kesahkan pasal blog kita.... hahha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com