Tuesday, July 24, 2012

Secekuh udang gamit... minta cekur diberi kunyit .. (updated: with recipe)

.

Salah satu masakan kegemaran aku ialah 'gulai lemak bersama cekur dan kunyit' atau dalam istilah keluar aku 'sambal santan'. Aroma ubi dan daun cekurnya yang dimasak dengan santan kelapa segar memang sungguh mencangkuk lubang hidung. Biasanya, keluarga aku akan masak 'sambal santan' ini apabila kami dapat ikan keli atau ikan haruan yang dipancing di paya atau parit. Ikan keli paya dan haruan parit itu kami akan bakar dahulu dan celupkan ke dalam 'sambal santan' itu panas-panas. Lawannya ialah pucuk ubi rebus.


Kalau tak ada ikan keli atau haruan, ikan sepat atau puyu pun jadi. Ikan sepat atau puyu ini kami tak bakar, cukup sekadar goreng sahaja. Tapi, kalau nak benar-benar meletup, 'sambal santan' ini amat-amat sesuai untuk ikan Lampan Jawa. Ada satu entri sebelum ini yang aku memancing sebarau dan lampam di Sungai Perak, ikan-ikan itu akhirnya terkapar lemas di dalam semangkuk sambal santan!


Ahad lepas, aku buatkan sambal santan untuk orang Melaka pula. Kali ni tak ada ikan. Hanya kuah untuk cicahan pucuk ubi rebus.



diantara ramuannya: ubi cekur, daun cekur, daun kunyit, kunyit, cili padi banyak-banyak!!!

Dimayang/tumbuk:
1 biji bawang putih, 2 biji bawang merah, kira-kira 1/2 inci ubi cekor, 
1/4 inci halia, sedikit kunyit, 5 biji cili padi atau 2 biji cili merah, 3-4 ekor udang kering (kalau mahu).

Bahan lain:
1/2 biji kelapa diambil santannya + air menjadi lebih kurang 2 setengah cawan 
(kalau mahu pekat dan kaw-kaw, sila gunakan 1 biji kelapa. Yang di dalam gambar tu aku guna 1 biji kelapa),
sekeping asam gelugor, 3 helai daun cekur muda dihiris halus, 1 helai daun kunyit muda dihiris halus, 
2 sudu minyak untuk menumis. Garam secukup rasa.

 Caranya:
Panaskan minyak dan tumis semua yang dimayang. Dah naik bau, masukkan santan. Masukkan garam secukupnya. Kalau guna santan serbuk atau kotak, mungkin perlu masukkan sedikit gula.
Kawal api supaya santan tak pecah minyak. Masukkan asam gelugor / asam keping. 
Kalau terlebih masam, keluarkan asam gelugor.
Bila dah mula menggelegak, masukkan ikan goreng atau ikan bakar (kalau mahu).
Taburkan hirisan daun cekor dan daun kunyit.
Kacau sedikit dan matikan api.

Rasa-rasanya ada tertinggal sesuatu... takpe, pandai2lah masak ye... hahaha
 
Sedia untuk dihidangkan...


Dah siap!!! Daun cekur dan kunyit yang dihiris halus dan ditaburkan membangkitkan aroma herba


Ini lawannya... pucuk ubi rebus


Masih terbau-bau cekur di jari-jemari ini... perghhh!
Kalau tak dicampur cekur, itu bukan 'sambal santan' namanya. Harap maklum.






.

11 comments:

Temuk said...

السلم عليكم ورحمة الله
Wah, wah, ini kena cuba ni, bila tak ada orang di dapur!

Semua ramuan, ada. Tapi kena cari santannya kat kedai. Yang ada ni tak segar, sebab jenis perah dari kotak... Santan import pula tu... entah mengapa gomen biarkan kebun kelapa banyak ditukar jadi kebun kelapa sawit!

cheqna said...

teringat zaman kecik2 dulu..lagu pasal cekur dan kuinyit ni always dinyanyikan oleh orang2 tua =)

Cahaya Cinta Untuk Kamu said...

Masak sendiri je ke? Pandai jugak di dapur ye. Cuma saya tak tau cemana sambal santan tu. Takpernah makan pun.

SM said...

adik aku fobia dengan pucuk ubi sebab dulu dia pernah muntah-muntah (mabuk), makan overdose! hahahaa!

LydSunshine said...

Hebat memasak ye rupanya awak ni. Hehehe. Alang2 tu bagi le resepi skali.

Kesuma Angsana said...

terbaik ni

Nizam.Ariff said...

Assalam kang temuk,
Lor... tak sedap kalau santan kotak. kena cari kelapa juga baru ada wanginya... kakang cuba tau, tapi jangan pekat-pekat. yang itu aku guna 1 biji kelapa... pekat sangat.



cheqna,
nanti bila dalam pantang lepas bersalin, bolehlah 'sangan' ikan bilis dan cekur guna minyak bijan ye... hahaha



Cahaya Cinta,
ooo.. .mungkin kat tempat lain, namanya lain kut. tapi ia lebih kepada masak lemak dengan cekur je...



SM,
daun ubi pun ada alergi ke?
Adik ko tu tercekik je kut...




LyDSunshine,
betul ke nak cuba?
Kat KL ada ke cekur ek? kat pasar basah ada la kut...
alaa.... masak gulai pedas je, cuma kali ni tumbukkan sekali cekur dalam 2-3 biji dan hiriskan daun cekur dan kunyit.. .itu je bezanya. tapi jangan lupa, bubuh asam keping sekeping...



KA,
bleh cuba?
orang jawa mesti makan masakan ni...

sepa said...

wuihhh... rumitnyer nak buat, Tuan Chef.

kalau dah buat rumit aka tedious, nak makannya pun mesti kena banyak tertib, kan...!

:D

Nizam.Ariff said...

sepa,
rumitla yg sedap...
kalau nak senang, mee magi je... tu pun sedap gak...

SM said...

sebab getah tu kot...

Nizam.Ariff said...

SM,
ada yg kata (dalam blog) getah tu ada cyanide... tu yang kena buang air rebus tu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com