Monday, July 23, 2012

Tiada yang lebih segar jika ianya terus dari kebun...

.

Terjemahan tajuk tak berapa nak kena sangat ha ha ha. Aku nak rujuk kepada air tebu yang segar dari kebun yang di tanam sendiri oleh pemiliknya beberapa bulan yang lepas semata-mata untuk dituai pada bulan Ramadhan. Walau pun kebunnya kecil, ia cukup untuk menghasilkan beberapa batang tebu kuning yang terkenal dengan kesegaran dan kemanisan air tebunya.



Pokok tebu yang hidup secara organik... tak jauh dari situ ada reban ayam yang organik.



Tebu yang telah siap dipotong dan dibersihkan, menunggu untuk di gilis


AHHHHH....!!!!! Segarnya apabila di minum sejuk

Ibarat air madu yang mengalir turun dari kaki gunung yang bersalji, sejuknya sungguh menyamankan.

Tiada yang lebih segar daripada ini KECUALI kalau gigit batang tebu dan sedut manisannya. Tapi ingat, selepas manisnya disedut sepahnya dibuangkan jauh-jauh, nanti bersemut....


Selamat Berbuka Puasa




.

11 comments:

gadisBunga™ said...

ahhhhhhh.......!!!!!

Kesuma Angsana said...

KA suka but cukup satu sedut je, x boleh lebiH2

tasekM said...

GB ahhhhhh... tak menahan.

kahkah.




.

Nizam.Ariff said...

GB,
Keh keh keh..... SEGARRRR...!!!!




KA,
Ada glukos lebih dalam darah ek?
Ooo.... ada ubat, takpe...





TM,
Eleh.... ko konon2nya buat 'nehen' je la eh..? tau 'nehen'?

SM said...

agak-agak la wei kalau nak uji ketahanan mental orang berpuasa ni. nasib baik la...
-iman aku memang setebal asap sampah terbakar walau pun mudah ditembusi.
-gambar tu tak cukup clear untuk tunjuk kematangan air tebu tu.
-aku tutup mata.

secangkir madu merah said...

Memang air tebu sejuk sedap dibuat hidangan utk berbuka.. slurpppp...

Nizam.Ariff said...

SM,
hahaha.... ko bayangkan semalam aku hirup 1/2 jag air tebu tu... perghh!
Kalau selalu macam tu, mau kena potong kaki.... hahaha




SMM,
itu semalam la, hari ni tak ada dah air tebu. air sirap atau oren je la...

SM said...

potong kaki takpe, jangan putus nyawa sudah. badan nak pakai lama weh.

petang ni harus aku cari kat pasar malam. bukan param sebab aku tak suka jadi mangsa penipuan param.

Nizam.Ariff said...

SM,
cari... jangan tak cari tapi ada sebab kenapa aku jarang2 minum air tebu ni. Aku kena bagi tau ko gak ni...

hati2 sebab kalau batang tebu tak berbasuh, memang ko minum dengan air+kotoran yang melekat pada batang tebu tu, kalau kucing kencing... adalah nanti rasa kelat2 masin...

tu sebab gak air tebu ni cepat basi sebab banyak sangat bakterianya...

SM said...

nak selamat, sampai rumah terus aku teguk. tak payah simpan. biar asid dalam perut yang buat kerja.

Nizam.Ariff said...

SM,
Ya.. betul tu..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com