Friday, August 24, 2012

2 lelaki di bawah kereta...

.

Foto-foto yang bisa menimbulkan kengerian (kalau di lihat sekali imbas)...



Disebelah kiri....

Disebelah kanan...



Bukan eksiden ngeri... sekadar pemuda yang rajin melihat-lihat keretanya...

Lelaki (sesetengahnya) dan kereta (biasanya) tidak boleh dipisahkan. Kadang-kadang kereta mandi pagi lebih dahulu daripada tuannya. Kadang-kadang, kalau yang lebih romantik, kereta dan tuannya akan mandi bersama-sama. Bersabun bersama-sama... oh.. kenangan yang terindah buat pasangan itu sehinggalah tuannya tergerak hatinya untuk memiliki kereta lain dengan 'body' yang lebih besar atau mungkin lebih 'slick', atau potongan yang lebih 'sporty', bumper yang lebih menarik, lampu limpah sporty 2 butir yang lebih besar. Sekarang ni, ada pula LED di siang hari yang sentiasa menyala.


Lebih-lebih lagi jika keretanya sudah mula pandai merajuk sedangkan poket tuannya kembali penuh apabila bayaran bulanan keretanya itu telah dilangsaikan. Kalau tak dilangsaikan pun, dah 'break even' dengan baki hutang di bank sudah cukup untuk membuatkan keretanya duduk berkeluh kesah.


Namun ada juga lelaki yang lebih gemar dengan kereta 'vintage', kereta yang punyai nilai tersendiri. Seperti foto di atas tu, itu kereta yang baru dibelinya. Bukan kereta baru tetapi kereta lama... Lancer 172 turbo 1.8L. Dan sudah tentu dia kena keluarkan beribu-ribu ringgit lagi untuk menjadikannya lebih cantik dan baik.


Aku?
Nafsu aku bukan pada kereta.... tapi aku bukan gay!







.

5 comments:

Lady Windsor said...

Aku dan lenjan wht ++++ aku tu dah masuk 12 tahun, enjin mantap walaupun body calar balar sebab bercium dengan benda lain. Ada brader workshop dua kali usha minta aku tolak keta tu pada dia...ehhhh mana buleh, kataku.

amn said...

akupun sekarang tak, dulu ye..

Nizam.Ariff said...

LW,
kete apa tu?
Lancer gak ke? Honda?



Azani,
aku dulu pun tak, sekarang pun tak... hahaha

Lady Windsor said...

Err aku pakai Honda celup jer..iaitu wira..ngeee!

Nizam.Ariff said...

LW,
Hoh?
Wira pun ramai peminatnyer?
Wira 1.8L kut....

Haaaaaa..... atau dia orang minat kat tuan punya kereta tu.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com