Thursday, August 23, 2012

Ada erangan kasar di bilik... dan aku hanya mampu menyeringai menampakkan taring

.

Baru Raya hari yang ke-3, aku dah tak tahan!
Rasa sengal bahu aku bertambah-tambah rasanya. Seperti mahu dipotong-buangkan. Akhirnya, kami disarankan segera pergi ke satu tempat yang di kenali sebagai pusat 'bone-setting' milik seorang berketurunan Cina di pekan Tangkak.


Setibanya di tempat itu, sudah ada beberapa orang sedang menunggu.  Ada beberapa orang Cina yang sudah berumur sedang lepak-lepak sambil sembang-sembang di sofa. Sudah seperti rumah kelab kongsi dibuatnya (apabila di dinding ada chest table, dengan colok dan tulisan-tulisan perniagaan berwarna emas seperti Poh Chi Lam kepunyaan Master Wong Fei Hong).

Ada juga sekeluarga India yang sedang menunggu giliran. Giliran aku selepasnya. Pada masa aku sampai tadi, ada sekeluarga Melayu sedang menjalani rawatan. Terdengar juga erangan kasar di dalam bilik rawatan.



Ruang tamunya seperti rumah kelab Cina..


Seperti yang diceritakan kepadaku, pekerjaan itu dilakukan turun-temurun. Berpuluh tahun dulu dulu, bapaknya yang membuka pusat itu. Kini bapaknya sudah berumur 79 tahun dan kurang kudratnya. Kini, anaknya yang menjalankan aktiviti itu dan dibantu oleh cucu lelakinya pula. Aku kata kepada anaknya yang kini 'sifu' di situ (sifu kerana dia juga mengajarkan Chi Gong kepada komuniti Cina di situ), tradisi ini perlu diteruskan sebab nak tolong orang. Dia kata, kini anaknya ada menunjukkan minat (dia kata hobi tapi aku faham maksudnya 'minat') jadi senang sikit nak diajar.

 Dulu, dia tak ada minat sangat. Ye la, masa tu umurnya dalam 17-18 tahun, masih nak berseronok sakan (kini umurnya sudah 55 tahun). Tapi, ayahnya amat garang. Walau pun berhati lembut tetapi ketika mengajar perubatan itu, ayahnya berubah menjadi garang. Silap sikit saja sudah ditengking.



Bagi yang sakit diluar, cucu lelakinya akan rawat di ruang tamu sahaja. Aku dirawat oleh anaknya di dalam bilik rawatan


Pusat rawatan yang bertempat di sebuah rumah kedai 2 tingkat ini menggunakan rawatan secara tradisional (yakni kepak-kepak, tarik-tarik, urut-urut dan akhirnya diikat). Ramai yang datang adalah dikalangan mereka yang terseliuh, terkehel atau patah tulang. Aku ada nampak sifu itu bancuh serbuk-serbuk tertentu dan disapukan di atas kapas sebelum dilekapkan pada tempat yang sakit (selepas dibetulkan). Aku rasa serbuk kayu itu digunakan untuk meredakan kesan bengkak akibat dipulas, ditarik dan diurut. Aku juga ada ternampak berbatang-batang kayu buluh yang sudah dipotong dan diraut (ada di kabinet dinding itu), aku syak buluh itu digunakan untuk orang yang patah.

Semasa giliran aku, sifu memulas-mulas tangan kanan aku sambil menekan-nekan sendi di bahu. Cara dia pulas tangan aku 360 darjah itu amat menarik. Dia seperti sedang berkungfu atau berwushu! Aku lihat daripada cara pernafasan yang ditahan dan hembus serta kakinya yang siap dipasangkan kuda-kuda. Tangannya juga seperti menangkis serangan jurus 'seribu tombak' dengan gaya jurus 'kipas syurga', cuma tangan kanan aku itu yang berpusing-pusing seperti kipa kapal terbang jenis 'turbo prop'. Keletak-keletuk bunyi bahu aku.

Apabila telah pasti dimana letak-duduk sumber bunyi itu, barulah 'alignment' dilakukan. Ketika inilah baru aku sedar tinggi-rendahnya syurga dan neraka dilangit dunia! Bayangkan sendi bahu dan otot2 yang mengikat tulang lengan ditekan dengan sekuat-kuat hati menggunakan sikunya! Sambil ditekan, dia goyang-goyang tangan aku. Katanya, tulang lengan aku sudah terkeluar sedikit dari soketnya. Jadi, dia nak betulkan. Setelah hampir 10 minit aku dikasari sebegitu, akhirnya bahu aku ditampalkan dengan akar--akar kayu dan dibalut kemas. Fuhh...! terasa sejuk.

Sifu juga ada memberikan beberapa tips penjagaan diri yang berupa senaman ringan. Salah satunya Tai-Chi yang ringkas tetapi amat berkesan. Dia buat demo dan meminta kami (kami berlima) di bilik itu untuk ikutnya. IA dimulakan dengan menarik nafas dan mengosongkan fikiran. Katanya, buang segala fikiran yang jahat-jahat dan kotor-kotor. Dan jujurnya sifu kata orang Melayu lebih mudah untuk mendapat kelebihan dari Tai-chi itu. Apabila ditanya kenapa, dia menjawab hati orang Melayu (Islam) lebih bersih oleh itu lebih mudah untuk melakukannya.



Dulu-dulu, mak mertua aku kata bayaran dibuat secara 'seikhlas hati'. Caranya, di ruang tamu ada bekas-bekas sampul 'ang pow' berwarna merah. Kita masukkan duit seikhlas hati ke dalam sampul itu dan ditutup. Kemudian, sampul itu dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan.

Kali ini, aku bertanya terus berapa bayarannya ketika dia sedang memasukkan pil herba Cina ke dalam plastik. Dia terus mencongak dan berikan harga rawatan. Mudah sikit. Lagi pun, sekarang zaman moden... no heart feeling kalau berterus terang. Lebih payah nak bayar jenis cara 'seikhlas hati' ni...






.

19 comments:

smbotak said...

kadang tu, bayaran ikut kadar mas kahwin. eh, tabib cina tak pernah lagi aku jumpa style macam tu. hahahaa!

ckLah @xiiinam said...

Adooooi, sakit woooooo!

Nizam.Ariff said...

SM,
aku kalau jenis seikhlas hati ni yg payah nak kasi sebab kalau ikut ikhlas hati aku, seringgit je... keh keh keh..





cklah,
sakit sekejap tapi lepas tu legaaaa....

Lady Windsor said...

Pasal kau nyer tulang temulang tu? Ngeri aku dengar terkeluar dari soket...tapi mesti rasa lega kan lepas kena taram dengan sifu tu.


Darusshifa pun ikhlas gak bayarannya kalu ko buat rawatan kat situ...

Nizam.Ariff said...

LW,
banyak yg kata seikhlas hati tapi aku ni jenis payah kalau kata gitu... aku boleh ikhlas tapi aku takut orang tu yang tak ikhlas hati nak terima bayaran aku nanti... kakaka

Lady Windsor said...

Better dia cakap terus nak kena bayar berapa kan...aku pun teragak2 nak bagi kalu cakap ikhlas...singgit pun ikhlas kan..! Kan? Haha..

Nizam.Ariff said...

LW,
tu la....
kita tak kisahkan kita tapi kita lebih risaukan orang yang nak menerima tu.. takut dia yg tak ikhlas...

jeb said...

aku pun sengal-sengal bahu jugak. ok ke rawatan dia?

Nizam.Ariff said...

Jeb,
setakat ni bunyi keletuk-keletuk tu dah kurang tapi sengalnya masih ada lagi... lagi pun bengkak kesan tonyohan siku dia masih belum hilang...

tunggulah seminggu dua lagi tengok cemana...

sepa said...

memang sakit kan? aku pernah kena, itu jam ke klinik jeh... dapat beberapa hari MC.

eh. nak tanya. sifu tuh ada bagi ko MC tak.?!

tasekM said...

macam nk pegi je.
tulang belikat aku ni mmg dah pernah terkeluar soket.
dh masukkan balik.
tapi ni dh macam terkeluar balik je.


.

Granny Hani said...

Betul cakap laa, sakit ke tidak masa rawatan tu? rasa nak rekomen kat hubby saya yg selalu sakit bahu jugak..

Nizam.Ariff said...

sepa,
dia boleh tulis surat MC tapi laku ke tak tu yang tak pasti....




TM,
urat belikat boleh keluar soket ke?
aku syak tulang bahu je tu...
kalau ko nak cuba, roger aku nanti aku bagi jalan tapi ko kena relakanlah dia sentuh2 ko, jangan melenting geli2 sampai pejam2 mata tepuk2 lantai pulak...




Hani,
sakit memang sakit la... dia masukkan balik secara manual je... style macam kacau dodol pun ada... hahaha

bahu sakit ni banyak jenis... kadang2 urat tersepit je. Sifu ni sesuai untuk terkehel atau patah je... dia pun ada kata dia tak buat urat-urat ni sebab dia tak urut. dia cuma betulkan balik kedudukan otot, sendi dan tulang yang dah lari alignment je....

amn said...

tambah 2 jam keselatan....area tampoi kg ungku mohsein...ada sifu slpped disc....katanya urat yang terjepit pun boleh di legakan..


kenaambil no...que panjang...

amn said...
This comment has been removed by the author.
Nizam.Ariff said...

Azani,
Ooo... bagus gak tu.
bila dah tau mana nak tuju, kalau ada yg sakit boleh la pergi...

ASH said...

belakang aku sakit ni...
.
.

sifu dari kaum pompuan ada tak?
.
.
.
tak rela ngan SIFU lelaki!

Nizam.Ariff said...

Ash,
tak ada..
pi cari dukun Piah atau Bidan Senah.... hehehe

oshinz said...

mohon jasa baik saudara untuk share alamat tempat tabib ni boleh? thanks..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com