Friday, August 3, 2012

Ayam Kampung memang lazat tetapi licik...

.

Ayam kampung versi bandar yang pegun di atas atap nipah seperti ini adalah ayam sekadar hiasan. Kalau ayam kampung yang betul-betul hidup buat perangai macam ni dikampung, dah lama kena baling dengan kasut atau selipar getah! Ayam kuang-ajo namanya...






Masa aku kecil-kecil dahulu, tugas mengejar ayam untuk lauk santapan hari raya biasanya jatuh ke bahu aku dan abang aku. Tapi tak susah sangat sebab ayam-ayam itu telah diumpan masuk ke dalam reban pada petang semalamnya. Jadi, tugas mengejar ayam hanya tertumpu di dalam reban yang kecil tetapi penuh dengan tahi ayam! Sebagai anak yang paling kecil, maka aku sahajalah yang muat-bolos melalui pintu reban yang lebar sikit daripada kepala musang jantan.


Sembelih? Wo..wo..wo... itu bukan tugas resmi aku. Aku tak main sembelih-sembelih. Aku tahu makan sahaja. Paling kuat pun aku menjadi si tukang pegang kaki dan kepak sahaja. Orang lain yang sembelih. Kalau aku sembelih, ayam itu pasti akan melompat dan berjalan sihat walafiat sambil mengorat ayam-ayam betina lagi sambil berkata "... tengoklah, aku hero! leher tak lut dek senjata". Sebabnya, aku kesian kepada binatang. Jiwa aku penuh dengan kasih sayang dan aku perlu curah kasih sayang itu hatta kepada seekor ayam kampung, kalau tidak nanti melimpah ruah...


Cabut bulu ayam? Hah, itu tak mengapa tetapi bukan melapah ayam kerana itu juga bukan tugas resmi aku. Aku tak boleh pegang pisau tajam berkilat. Kalau aku pegang, dan-dan itu juga aku baling ke pokok pisang ala-ala kungfu gaya Naga Terbang Bermain Awan Gemawan hasil karya tok guru "wong fei hong".


Dan sesuatu yang aku ingin kongsikan kepada semua ialah tentang usus ayam.


Entah macam mana mulanya, keluar aku suka makan usus ayam kampung. Usus ayam ini sedap kalau dibuat goreng kunyit atau sebagai bahan rencam untuk 'sambal goreng dengan tempe' atau tumisan kacang buncis. Biasanya kami buat 'sambal goreng tempe' atau digoreng kunyit sahaja. Sedap! Ala... macam perut lembu jugalah cuma yang ini usus ayam itu.

Yang aku ingin kongsikan ialah cara-cara membersihkan usus ayam kampung yang aku anggap unik dan mungkin orang sekarang tak reti dengan cara ini. Kami gunakan batang keladi untuk bersihkannya.

Kami ambil batang keladi yang bersaiz besar sedikit daripada usus ayam itu. Hujung batang keladi adalah lebih tirus atau kecil berbanding pangkalnya. Jadi, kami cucuk hujung batang keladi ke dalam pangkal usus ayam kampung tadi. Lalu batang keladi itu ditolak perlahan-lahan agar keluar segala isi usus yang terdiri daripada lendir putih (pangkal usus / usus kecil) kepada ketulan-ketulan hijau tahi yang lengkap (hujung usus).


Sambil menjolok batang ke dalam lubang usus itu, pisau kecil akan membelah usus itu. Jika batang itu cukup besar, usus itu akan terkoyak sendiri. Setelah sudah, barulah kami basuh usus ayam tadi dengan asam limau atau belimbing buluh elok-elok kerana kami tak mau nanti usus goreng itu nanti berperisa padi.


Setelah bersih, gaulkan dengan garam dan kunyit, lalu digoreng. Itu sudah cukup sedap.






.

19 comments:

tasekM said...

aku haram tak pernah makan usus ayam ni.
baik yg kampung mahupun yg bandor.



.

Unknown said...

hamboi... pepagi dah bagi airliur menitik ha ha ha aku 1st time dgr usus ayam tu (mcm sedap jer) bila ko kata goreng ngan kunyit bagai kan.. tapi yg tak sedap tu bila dengau cara ko basuh dgn detail ha ha ha fail failll taik ijauhhh apakah oh tidak ha ha ha >..<

selamat bepuasa tuk ko.. posa ke?? ha ha ha

Nizam.Ariff said...

tm,
ko boleh cuba... sedap... kalah sate perut lembu yang lembilk tu...




PPP,
alaaa... lupakan imej tahi ayam yang masih hijau dek daun-daun rumput separa hadam dan padi/beras yang masih belum hancur dan cacing tanah dan kumbang tanah yang masih sempurna kepak dan sayapnya itu. Lupakan sahaja bau-bauan yang hadhir ketika membuang tahi ayam itu. lupakan juga tentag usus ayam yang ketika ditolak dengan batang keladi itu, ia meliuk-liuk seperti ular kepanasan atau cacing kehangatan... lupakan segala imej itu semua.

ko bayangkan kesedapan ketika mengunyahnya.... ya, mengunyah usus yang kenyal, masin dan berkunyit itu...

ckLah @xiiinam said...

Tak main sembelih sembelih ke......takut?


Hehe....

Anonymous said...

1. ada orang jual untuk buat umpan mengail.

2. pernah kejar lembu/kambing yang nak kena sembelih?

Nizam.Ariff said...

cklah,
errr..... errrr....

tak nak jawab!






SM,
1. aku tahu tapi aku tak sanggup nak gunakan...

2. aku tak pernah kejar kambing/lembu yangnak kena sembelih TAPI aku pernah kena kejar lembu yang nak kena sembelih tapi terlepas talinya... hahaha
serik weh... dah tentu lembu tu fikir nak mengamuk dan mati syahid... hahaha

Anonymous said...

bro, dia pegang prinsip `biar mati melawan'.

Nizam.Ariff said...

SM,
tu yang buat aku takut tu...
kalau tak kena tanduk pun, terbelit kaki kat talinya pun silap-silap habis badan aku nipis kena sagat atas pasir... hahaha

Anonymous said...

KA mmg x mkn ayam kampung dari dulu. Mula2 masa kecik2 dulu x sampai ati nak makan sebab bela sendiri, terus smpai skang x makan hehehe

Nizam.Ariff said...

KA,
Selamat ayam kat kampung eh... siap urut2 dada lagi... hahaha

LydSunshine said...

Uih, usus ayam. Dgr pun mcm nak pitam sbb terkandung najis ringan dalam tu. Heheh. Usus ayam boleh guna buat sosej tak macam usus si khin? Heheh.

Nizam.Ariff said...

LyD,
aku syak usus ayam kampung bulih buat macam buluh lemang... hahaha tap kecik la...

sepa said...

susah dan rumit nak dapatkan usus ayam eh...


ko tak buatkan usus ayam jadi tali gitar?!
aku tengok dlm criter Gengis Khan, diaorg guna usus lembu untuk buat tali panah.!


:)

Nizam.Ariff said...

sepa,
boleh ke?
ko jangannn... nanti berbau satu rumah..

zafi said...

ape tu?

ASH said...

Aku ingat kerja pencucian ni dilakukan oleh mak sedara aku yang aku panggil Kak Yah tu.
.
.
.
.
.
aku tukang bela ayam, bagi makan ayam...
.
.
.
dan lepas tu MAKAN AYAM yang aku bela.

.
.
.
lain lain...takder nyer!

Nizam.Ariff said...

Zafi,
itu..?
Itu ayam kampung yang beraksi jadi patung...




Ash,
aku semuanya boleh cuma tang sembelih tu aku ada sikit sayu pulak... hahah

Fadhilah Maarif said...

saya juga ada kenangan yang sama..

tangkap ayam, cabut bulu ayam, tebuk perut ayam sehinggalah dipanggang sedikit , baru diserahkan kepada emak untuk di masak.. usus ayam juga sedap kalau goreng kunyit...

Nizam.Ariff said...

FadhilahM,
hoyeee.... akak pun suka eh..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com