Wednesday, August 15, 2012

Berpeleseran di hujung minggu seminggu menjelang Aidilfitri 2012

.


Berpeleseran di hujung minggu di AEON, Bukit Tinggi.

Aku biarkan Mama pergi berjuang di celah-celah manusia yang banyak, pergi mencari cembul hikmat idaman sukma, cembul sakti perawat hati gundah gulana. Kaulah wirawati diantara manusia yang banyak, wahai isteriku. Pergilah... tinggalkan kami yang kesakitan kaki untuk beristirahat dan duduk-duduk di sini.

Syahdan, maka Mama pun menyelinap masuk diantara manusia yang banyak itu meninggalkan kami dua beranak yang berkesah mengurut keting kaki yang bersimpul-simpul. Seperti berbelit-belit jua rasanya, seperti akan pengsan jua rasanya.

Lalu aku khabarkan kepada anakku...

"Wahai anak, duduklah kita barang sementara namun ingat! Jangan KENTUT... kelak kan celaka kita! "




"Jangan kentut di sini... kentut di tangga di sana"



Berkenaan kentut, Sepa telah membuatkan aku terfikirkan satu idea.
Apa kata kita syorkan kerajaan dibawah GTP dan NKRA untuk menyediakan sebuah tempat sehenti untuk kentut?

Kita sediakan satu tempat khas untuk orang ramai kentut manakala gas kentut itu kerajaan boleh kumpulkan dan disimpan. Untuk apa gas kentut itu?



1. Renewable energy - untuk menggantikan gas memasak pada satu hari nanti. Kalau itu dianggap satu angan-angan, kita cuba pada skala yang kecil dulu. Gas kentut itu boleh digunakan untuk pemetik api (lighter) sebagai projek pilot.

2. Untuk membuat bom kentut yang busuk untuk kegunaan kawalan ketenteraman awam terutamanya ketika berlaku rusuhan atau tunjuk perasaan yang kurang terkawal. Untuk mendapatkan gas kentut yang benar-benar busuk, kentut-kentut orang awam perlu digredkan.

3. Menjana pendapatan tambahan kepada dewan / majlis bandaraya. Setiap orang awam yang ingin kentut, cas sebanyak 20 sen akan dikenakan diatas kemudahan yang dikenakan. Cas tambahan sebanyak 50 sen akan dikenakan jika kentut itu disusuli dengan cirit cair akibat terkucil...











.

19 comments:

Lady Windsor said...

Erkkk ya ke itu signboard jangan kentut? 1st time aku tengok ni. Ke signboard amaran supaya jangan duduk kat pagar tu...isk!

Nizam.Ariff said...

LW,
hahaha... jangan sandar kat dinding kaca kut...

tasekM said...

kahkah.

kalau jgn kentut dia ada gambar asap2 kat vontot gitu..



.

Nizam.Ariff said...

TM,
yang tu tak de gambar asap
tapi simbol 'bunyi' ledakkan kentut je.. tapi fahamlah maksudnya tu.. hahaha

sepa said...

mungkin orang bila nak kentut, lari ke situ dan kentut ar...

*ko ada terbau kentut bau jering tak.?!

Nizam.Ariff said...

sepa,
Ooo... ko rasa bangku tu macam tandas cangkung la.. sapa2 nak kentut cepat2 datang ke bangku tu..

ermm.... satu idea yang bernas...

ckLah @xiiinam said...

Terus hilang selera nak masak apa ptg ni.....




Hehe

smbotak said...

kan bagus kalau ada satu alat mekanikal yang boleh kumpul kentut penghuni rumah, lepas tu proses jadi gas memasak. jimat, tak payah beli gas lagi dah. dah la harga gas memasak ni pun sama je perangai macam minyak petrol, manjang naik.

Nizam.Ariff said...

cklah,
pernah dengar daun sekentut?

pokoknya jenis menjalar macam pokok seripagi. daunnya kalau dilumat-lumatkan akan berbaut busuk seperti kentut...





SM,
ko tak rasa ke satu hari nanti ada yang kena culik untuk diambil kentutnya?

hahaha

smbotak said...

Alamak, abis la aku!

Nizam.Ariff said...

SM,
naper?

ko kuat kentut dan kentut ko kaw-kaw dari segi isipadu dan bau? Hahaha...

ASH said...

Kentut adalah nikmat dan kurniaan!!
.
.
.
.
.
jadi..
gunakan sebaik baiknya.
.
.
.
.
.
kalau tidak, nanti jenuh pula mak nak boh minyak telon kat perut.
.
.
hahaha

Nizam.Ariff said...

ASH,
bayangkan kalau tak bleh kentut sebulan, mau boroi perut... ya tak?

amn said...

oh ini dia entri terkini....sila abaikan komen yang lalu...dlm entri untitled
DG agak lembab

kandungan methane yang tinggi hasil uraian makanan manusia dan haiwan maun....telah diamalkan di India..di malaysia tak silapnya di sebuah kampung Telegu di Kampar ber dekad dahulu...

Ren Din said...

Tak setuju kot kalau kentut pun kena bayar. No No NO. Kalau kuat kentu, botak la nanti weh! =D

Nizam.Ariff said...

Azani,
itu taik lembu kut.
kentut manusia belum lagi kut....



Ren Din,
hahaha... look at the bright side, kita boleh jual kentut kita... hahahah

amn said...

kentut tak de gas methane?

mujur jugak kalau tak...kena hati hati nak kentut takut ada spark....bahaya oiii oleh meletup...

Lady Windsor said...

Euyuuu daun sekentut? Aaa apa ke halnya nak ramas daun sekentut tu weiii!

Nizam.Ariff said...

azani,
bukan... yg dia org buat komersial tu guna taik lembu, belum ada yang komersialkan kentut org lagi....




LW,
org kata pucuk sekentut tu ramuan dalam nasi kerabu.... entah betul atau tak.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com