Saturday, August 25, 2012

Daun Tom Yam untuk Kerabu Mangga Sawah...

.

Apabila terpandang akan sepohon pokok mempelam yang berbuah muda, kepala aku ligat mencari apa yang perlu aku lakukan kepada buah mudanya. Salah seorang adik ipar aku kata, buat kerabu mangga jer...





Aku tak tahu nama spesis sebenar buah pelam ini. Kalau di kampung, masa aku kecil-kecil dulu, aku panggil Pelam Sawah sebab pokok pelam jenis ini banyak tumbuh (bukan ditanam) di batas-batas sawah. Oleh kerana daunnya yang rimbun dan lebih rendang daripada spesis pokok mempelam yang lain, pokok mempelam jenis ini biasanya dibiarkan oleh pesawah untuk menjadi tempat teduhan ketika berehat selepas membaja atau meracun. Kadang-kadang dibuatkan pangkin buluh di bawahnya.

Kemudian, ada juga aku dengar orang panggil Pelam Ratus sebab dalam setangkai ada berpuluh-puluh biji, jadi apabila tiba musim, buahnya mungkin beratus-ratus malah mungkin juga beribu-ribu banyaknya untuk sepohon.

Membuat kerabu mangga memang mudah, yang payahnya sebab pelam itu kecil-comel. Seksa nak buang kulitnya, seksa juga nak disagat. Asyiklah tergelincir dari landasan yang benar. Bahan-bahannya: bawang merah, bawang putih, cili padi, garam, gula, ikan bilis (digoreng dan ditabur) dan...... daun ini!!!






Inilah yang aku nak ceritakan di sini sebenarnya. Ia sejenis daun yang agak keras dan mempunyai duri-duri halus di perimeter daunnya. Pokoknya jenis herba dan berbunga jika sudah cukup dewasa. Daunnya mempunyai bau yang sungguh unik. Baunya seperti gabungan serai, daun limau purut dan kesom.

Mak mertua aku panggil Daun Tom Yam sebab dia pernah nampak orang Siam gunakan daun ini dalam masakan Tom Yamnya. Ada seorang Cina berikan benih 'Pokok Tom Yam' ini. Memang wangi sungguh daun ini. Amat sesuai untuk dimasukkan ke dalam sup atau Tom Yam selain daripada kerabu daun. Tapi kali ni aku masukkan ke dalam kerabu mangga ini.






Oleh kerana Pelam Sawah itu masam sangat, aku terpaksa perap parutan pelam itu dengan sedikit garam. Aku biarkan dalam 15 minit agar airnya keluar sebelum aku tapis dan perahkan. Aku bilas dengan air paip. Aku toskan semula dan barulah aku campurkan bahan-bahan kerabu tadi.



Berkenaan dengan daun 'Tom Yam' itu, kalau aku buat ladang daun tu dalam 1 ekar, aku boleh jadi towkeh herba kut. Bukan setakar dipasarkan segar dari ladang, ia mungkin boleh dikeringkan dan dibotolkan untuk pasaran luar negeri. Sama seperti herba-herba botol (Oregano, Parsli, Cayene Paper dsb) yang harganya mahal-mahal..







.

8 comments:

sepa said...

ada bunga kat pinggan eh. bunga ros agaknya yer... :p


.
ya ya jadi saudagar rempahratus, bang.!


.

brader, ko freefree landing sini. aku suka design blog nih.
http://hannabthasri.blogspot.com/2012/08/happy-birthday-kepada-hanna-binti-hasri.html


.

ckLah @xiiinam said...

tak pernah jumpa daun tomyam tu. Nak!

Lady Windsor said...

Rajin ngko buat kerabu tu..kalau kat kampung aku dulu, pelam tu aku panggil pelam ringan, cincang halus letak dalam budu, makan dengan nasi panas...burp!

Nizam.Ariff said...

sepa,
jom la kita sama2 jadi saudagar rempah... bukan baru. Melaka dulu pun terkenal sebab rempah ratusnya...




cklah,
cuba-cuba la tanya mana tau ada tumbuh di kebun....


LW,
tapi... masam la...
aku rasa pelam yang sama juga yang dia orang guna buat jeruk tu kan?

Lady Windsor said...

a ahh..kalau tak makan dengan budu, aku peram sampai pelam tu kuning ranum...manis oo..

Nizam.Ariff said...

LW,
ooo.. betuullah la pelam yang tu...

Tyara NY said...

Salam Nizam,

Saya dok google gambar daun 'tom yam' tu tapi tak jumpa, bernasib baik dapat jumpa kat sini :)

Untuk info Nizam, daun 'tom yam' tu namanya daun duri belanda. Salah satu daun ulam tanaman saya di belakang rumah ;)

Nampaknya kena snap-snap gambar juga sebab tak berjaya jumpa kat google :D

Nizam.Ariff said...

Mrs Illusionist,
AKu pun baru tahu, tu la pun merasanya.... dan sudah tentu tak tahu namanya....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com