Friday, August 10, 2012

Foto-foto yang sungguh berangsang...

.

Mula bicara, ampun dipinta sebab apa yang aku paparkan di bawah sana tidaklah molek dan patut untuk pandangan mata ketika siang-siang Ramadhan ini. Anggaplah ianya sebagai salah satu daripada banyak-banyak dugaan di bulan puasa. Aku ingin kongsikan sesuatu... ianya tentang makanan yang aku suka.




Sambal Goreng Jawa dengan Soo Hoon... terbaekk!!!


        Aku tak tahu nama sebenar juadah di atas itu. Aku panggilnya Sambal Goreng Jawa sahaja kerana Emak aku panggil yang sama. Ini salah satu masakan tradisi keluarga aku. Semua anak menantu 'dimestikan' untuk belajar memasaknya dari Emak. Bahan-bahan yang asas ialah kobis, tempe, soo hoon dan cili kering sebagai pemedas tambahan. Bahan-bahan tambahan yang mengikut musim ialah babat (perut lembu), petai, kacang buncis, tauhu, pedal ayam, hati ayam dsb... semuanya digaulkan dengan tumisan bawang merah, bawang putih, sedikit halia jika wujud protein berasaskan haiwan dalam bahan tambahan, ikan bilis atau udang kering jika tiada protein haiwan lain dalam bahan tambahan, kicap Tamin, garam, gula dan air asam Jawa sebagai penyeimbang rasa masin-manis-pedas-masam.


Selalunya, inilah yang menjadi rebutan kami anak beranak. Sebelum pulang, kalau ada lebih,  masing-masing akan faraidkan elok-elok agar tiada hati yang terkucil. Kalau tiada kesepakatan diantara kami, Emak akan bertindak sebagai penimbang tara.




Rebung Manis masak lemak... Umbut Kelapa masak lemak pun sedap juga.


 Beberapa tahun dulu, abang aku ada tanam sejenis buluh yang rebungnya dipanggil rebung Buluh Manis. Buluh itu ditanam untuk rebungnya, bukan untuk dibuat galah atau hasilan kraftangan buluh seperti bubu jantung. Ada satu lagi jenis rebung buluh yang juga dihasilkan secara komersial untuk rebungnya tetapi ada beza diantara keduanya. Rebung buluh kepunyaan abang aku ini tak perlu dijerukkan. Malah, ianya boleh terus dimakan begitu sahaja sama seperti umbut kelapa. Sedangkan ada jenis rebung yang lain itu perlu dijerukkan dahulu atau pun direbus dan dibuangkan airnya untuk membuang rasa pahit.


Bagaimana mahu buang miang buluh?
Salah satu petuanya ialah menyapukan bahagian tubuh yang terkena miang buluh itu ke rambut beberapa kali. Kalaulah bahagian tubuh itu tak sampai ke kepala, contohnya tapak kaki, bolehlah gunakan kepala sesiapa yang bersetuju untuk ditonyohkan kaki.
 



Sup Lalalalalalalalalalalalalalala... (sebab banyak lala)


Sup Lala dengan sedikit daun kucai sebagai perisanya memang sedap! Selain air rebusan kerang, air rebusan Lala aku rasa lebih 'bersih' dan hygenic agaknya. Maklumlah, aku kerap sangat terkopek (bukan lucah) kerang yang sudah busuk. Setiap kali aku hirup air sup itu aku akan teringatkan Miso Soup. Itu belum lagi kalau aku kopek (juga bukan lucah) dan makan isi Lala yang ternyata manis bersari itu.


Aku dapat tahu yang kulit kerang dan kulit kerang-kerangan seperti Lala dan Kupang telah digunakan untuk membuat kapur makan atau kapur sireh. Caranya, kulit kerang-kerangan itu dibakar dan direbus sehingga hancur untuk mendapatkan sebatian kalsium dari kulit cengkerangnya.

Sebelum ini, aku ingatkan kapur sireh tu adalah dari batu kapur yang banyak di Ipoh.


Ok. Cukuplah dulu. Sila kesat air liur anda...








.

19 comments:

Lady Windsor said...

Chehhh, tayang gambar makanan pulak, dah lah aku sahur dengan pengat ubi kayu jer tadi. Tu..sambal jawa tu aku suka juga tapi tatau masak...satu lagi sambal ialah kelapa yang kuning campur hitam tu...haku tatau apa benda sambal tu tapi kalau budak2 office bawak, aku pau jer, makan dengan ketupat nasi...(ketupat nasi yang empat persegi tu) bukan nasi impit segera. Perghh rasanya melantun la...ntah tekak aku semua boleh jalan janji halal. Tu lala tu pun kuah cayor gitu pun marbeles...

Nizam.Ariff said...

LW,
sambal kelapa yang kuning-kuning tu panggil serunding Jawa atau serundung kelapa. yang hitam dalam serunding tu biasanya cebisan daging atau ada juga yang bubuh kerang, ada juga yang bubuh daging landak! Kalau makan nasi ambeng, serunding kelapa adalah satu kemestian!

Lady Windsor said...

Aaaa ya..oo yang hitam tu daging landak? Ganasnya makan daging landak. Depan office aku setiap jumaat ada van datang jual nasi ambeng dan ya memang ada kelapa kuning tu...tapi bulan puasa ni tak de aa..

Anonymous said...

memang namanya sambal goreng, makanan tradisi orang jawa. komponen wajib dalam nasi ambeng.

nasi ambeng zaman sekarang yang jual bungkus tu dah tak sedap. aku lagi suka yang makan atas dulang, hadap secara berjemaah. siapa paling kecik dalam empat orang tu, jadi tukang pembahagi untuk dibawa balik.

memang cara ar...

Nizam.Ariff said...

LW,
yang hitam tu tak semestinya daging landak.... itu terlalu eksotik... hahaha. Kalau tahu resepinya, buat sendiri lagi puas....






SM,
aku masa kecik-kecik dulu pernah makan setalam macam tu. biasanya jiran aku buat setiap kali anak dia baik dari demam atau sakit. Paling seronok bila main sorok-sorok lauk / telur rebus dalam timbunan nasi....

tasekM said...

sambal goreng melaka rupa dia macam mana pulak?
saja la tanya...



.

Nizam.Ariff said...

TM,
ntah... aku tak pernah jumpa la pulak. yang aku tahu, melaka selalu buat sambal tempe campur tauhu guna cili kisar je... tak da bubuh kicap pun. atau dia orang buat masak-lodeh kering...

aku syak org melaka tak suka makan lauk berkicap la... hahaaha

Anonymous said...

sudah cukup sudah,,, nak jatuh dah air liuq ni hehe

ckLah @xiiinam said...

sambal boreng tu....tambah petai. Baru meleleh betul....huhu.....

Lady Windsor said...

eeee kome ni cakap pasal makanan..sampai aku terbayang2! dah lah aku tak reti buat, cuma tau makan jer..tak adil! tak adil! cakap detail pulak tu guna kicap ke tidak...cili kisar ke segala bagai...isk!

ASH said...

OKAY,
kakak aku menatu Jawa jadi dia pandai buat Sambal goreng Jawa tu!
aku???
aku tukang makan jer...haha

rebung tu bukan ke dipanggil rebung madu ka?
kawan aku ada tanam juga..
AKU?
SANGAT SUKA nak nak kalau dimasak lemak dengan udang segar!

Lalalalalalallalala itu?...
errrr
kureng makan sebab PHOBIA masih terpahat!

ASH said...

Statement batu kapur IPOH?!!!!
ko biag betui...nak makan SIMEN!!
aduhaiiiii

Nizam.Ariff said...

KA,
alaaa... ko mesti pandai buat punya.
orang perempuan mesti pandai masak... buat la..




Cklah,
ya.. ya... bubuh petai dan udang kertas segar... bubuh juga lombok rawit gelundungan.... nak pedas, gigit lombok rawit tu... perghhh... selain cili kering tu.




LW,
alaaa... ada resepi dalam internet. tapiiiii.... nilai sedap atau tidak itu bergantung kepada pemilihan bahan-bahannya... hahhaa dan itu perlukan skill and preference... kalau akulah, aku suka kalau ada perut lembu, kacang dan petai... tapi aku tak tahu macam mana nak masukkan perut lembu tu dulu.. kena goreng dulu kut. Aku tak pernah buat yang guna perut tu..






Ash,
Apa cerita akak dgn si Lalalala tu?

Pasal rebung tu, ada 2 jenis.. satu rebung madu, satu lagi rebung manis... aku tak pasti mana satu yang mana... sebab ada yang boleh dimakan terus dan ada yang ke rebus atau jerukkan dulu kalau tidak nanti pahit...

Lady Windsor said...

perghhh! perut lembu tu...k la aku google..aku nak prektis buat sambal jawa, nak makan dengan ketupat raya ni..

sepa said...

nasib baik aku bukak lepas berbuka... hehehe.


*nak buang miang buluh, gosok kat badan kambing, bulih tak.?!


lalalalalalalala tuh aku suka dan pernah makan.
yang dua di atas, tak pernah.

ASH said...

Ko tak ingat ke yang aku hampir nak putus nyawa makan kerang kerangan!!
.
.
.
keracunan..
.
.
.
serikkkkk..

Nizam.Ariff said...

LW,
dah buat nanti jangan lupa bagi tau... nak tengok gambar... hehehehe





Sepa,
mana nak cari kambing sekarang ni kalau bukan di ladang Boer...

Yg no. 1 tu betul ko tak pernah makan? bukan ke masa duk kat Taman Maju dulu aku pernah buat?





Ash,
kalau kerang tu aku percayalah sebab tempatnya di tempat yang berlumpur tapip lala ni biasanya ditempat berpasir... bersih sikit la...

sepa said...

eh iye ke.?!

itu jam, ko masak apaapa tolak batupasir, aku makan...
yg aku ingat, ada satu sambal yg ko masak sedap weh...

hahaha...

Nizam.Ariff said...

Sepa,
tu la... ko ada makan... ko je yg lupa

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com