Wednesday, August 1, 2012

Hari Pahlawan... semangat yang mesti dipupuk dalam setiap hati kita

.

Selepas SRP dulu, aku yang bersekolah di asrama penuh telah diwajibkan untuk menjalani satu aktiviti lasak yang bertujuan memantapkan semangat waja diri yang sungguh mantap pada ketika itu.


Oleh kerana sekolah aku itu berdekatan dengan Kem Tentera Darat Kamunting dan sekolah aku pula di kaki Bukit Larut yang sebahagiannya masih menjadi hutan primer tersimpan, aktivi lasak aku dan kawan-kawan aku biasanya berkaitan dengan ketenteraan. Sekolah aku bukan berasaskan ketenteraan tetapi akviti-aktiviti hujung minggu biasanya dimulakan dengan berkawad selama sejam sebelum dibenarkan bersarapan.


Manakala pada minggu-minggu aktiviti (selama seminggu biasanya, dan sekolah aku pada ketika itu menggunakan sistem Semester, sama seperti IPTA pada ketika itu), hutan hujan primer di kaki Bukit Larut (tetapi masih di dalam kawasan pagar sekolah) menjadi 'rumah kedua'. Siap dengan aktiviti perkemahan ala tentera termasuk memasang 'jerangkap samar' kerana pada bila-bila masa, kebiasaannya jam 3-4 am, akan ada aktiviti 'serangan hendap'. Kalau bendera dapat dicuri oleh pihak lawan, hukumannya agak berat juga... sama ada direndam dalam air gunung yang sejuk atau berlari dengan beban di sekeliling padang. Itu biasa. Paling ringan yang dialami oleh pelajar perempuan ialah mencabut rumput semalu di padang. Nampak senang tetapi percayalah, tangan-tangan mulus mereka pasti calar balar terkena duri rumput semalu!


Berbalik kepada aktiviti selepas SRP tadi, kini tiba giliran 'batch' kami pula untuk menjalani 'rentas desa' tetapi dari Bandar Baru, Kulim sehingga ke Taiping dengan berjalan kaki selama 5 hari. Jauh perjalanan lebih kurang 140km. Maknanya kami perlu berjalan puratanya 28km sehari. Kami perlu sampai di 'check point' tertentu untuk makan tengahari dan seterusnya untuk bermalam. Biasanya, makan tengahari disediakan oleh ahli kumpulan yang tak tegap (non-fit) untuk beraktiviti seperti sakit, gemuk atau lelah. Manakala tempat bermalam biasanya di sekolah-sekolah terpilih.


Kami mesti sampai di 'check point' pada masa yang ditetapkan, jika tidak, kami tak berpeluang untuk makan tengahari atau sampai lewat ke tempat tidur. Oleh itu, tidak kira hujan atau panas, kami perlu berjalan secara berkumpulan dan mesti sampai ke destinasi. Tidak kira penat macam mana pun, kaki melecet macam mana pun. Jika tidak mampu berjalan, kami akan usung menggunakan 'stretcher' yang dibuat daripada batang kayu dan kain baju yang ada. Biasanya tak tahan dengan kaki melecet atau pitam kerana panas, bukan kerana penat. Pertolongan cemas hanya akan diberi jika berlaku muntah-muntah kerana penat atau pengsan atau patah atau terseliuh atau seumpamanya.


Maklumlah, kebanyakkan kami bukan orang senang. Kami pakai kasut sekolah tapak getah dan setokin sekolah yang nipis. Anak-anak orang berada atau anak-anak pegawai berpangkat tinggi biasanya 'lepas' atau dikecualikan dari siksaan aktiviti itu. Mereka ada surat rayuan dan surat tunjuk sebab sedangkan kami yang susah ini tak mampu nak suruh emak/bapak dikampung untuk tulis surat pun. Alasan-alasan yang biasa ialah ikut ibu bapa keluar negara atau ada majlis rasmi yang perlu dihadiri bersama-sama keluarga, hatta majlis kenduri kahwin yang entah betul atau tidak. Diskriminasi kuasa sudah pun berlaku ketika aku masih mentah dan aku memahaminya.


Oleh kerana hari pertama semuanya masih 'segar' dan bersemangat, kami berjalan sejauh lebih 30km. Kalau tak silap sejauh 38km. Baru berjalan sehari, kaki sudah melecet. Kasut tapak getah menjadi 'lembik' apabila berjalan di atas jalan tar yang panas berjam-jam lamanya, setokin yang nipis pula. Lainlah anak-anak orang berada yang siap pakai kasut joging yang ringan dan selesa. Itu rezeki mereka.


Apabila sampai di 'check point' biasanya kami diminta untuk berbaring dan naikkan kaki ke atas selama beberapa minit. Ini untuk 'mengembalikan' darah dari kaki. Entah ya atau tidak tetapi kaki akan terasa ringan selepas itu. Pada hari ke-3, lecet di kaki yang biasanya lepuhnya berisi air di bawah kulit kini bertukar kepada nanah. Ya, nanah dan kami tak dibenarkan untuk mencucuk agar air atau nanahnya keluar kerana nanti kulit akan terkopak dan pedih. Tapi, aku peduli apa. Aku cucuk juga dan plaster 'handiplast' menjadi seperti koyok yang bertampal-tampal di kaki. Pada hari terakhir, tapak kaki aku telah melecet teruk. Seminggu selepas itu, tapak kaki aku digantikan dengan kulit baru yang lebih lembut!


Ada satu ketika, kami bermalam di sebuah sekolah. Ketika itu hujan lebat. Kami bermalam di dalam kelas yang masih berdinding papan dan kerusi-meja pun daripada kayu. Kami hanya ada beg galas tentera sebagai bantal dan tuala nipis menjadi selimut. Lebih buruk lagi, bilik darjah itu dimasuki air separas buku lali. Jadi, kami akan susun meja tulis menjadi pangkin tidur. Aku pula, kerana tak biasa tidur berhimpit dalam bau peluh busuk, aku susun kerusi menjadi 'katil'. Tidur aku tak lelap kerana kerusi bukannya lebar mana. Silap-silap boleh jatuh ke lantai simen yang berair. Dalam keadaan kurang tidur itu, esoknya kami perlu berjalan sejauh 25km lagi.


Oleh kerana berlaku kepincangan logistik, kami pernah makan malam hanya dengan sebungkus mee segera "maggi" setiap seorang. Aku ingat betul akan peristiwa itu kerana semalaman kami berlapar tanpa biskut atau air teh sedangkan esoknya kami perlu berjalan lagi.


Semangat?
Hanya rakan-rakan yang memberikan dorongan dan semangat sesama sendiri.Aktiviti itu direka khas sebegitu kerana mahu memupuk semangat setiakawan. Coach atau AJK bertugas tidak berkata sepatah apa pun. Mereka mengutuk atau memperkecilkan semangat kami adalah. Yang selalu kami dengar ialah tempikan "jalan laju-laju! Laju lagi! Lembik macam pondan!" dan kami yang berjalan akan berlari pula bila disergah begitu. Penat berlari, berjalan semula. Semuanya perlu ikut rentak dan masih di dalam barisan kerana semua itu ada markah yang akan diberikan oleh AJK.

"Lari-lari, kita lari.
 Agar kuat urat kaki
 Urat dawai tulang besi
Ayuh lari, kita lari..'


Itulah diantara lagu-lagu yang kami nyanyikan beramai-ramai sambil berlari. Aku tak tahu sama ada masih ada yang nyanyikan lagu-lagu seperti itu sekarang ini ...



Selamat Hari Pahlawan





.

17 comments:

SM said...

run forrest, run! berat mata membaca, berat lagi kaki melangkahnya.

ibundo said...

bukan mendera ke namanya tu. ishh.. jauh tu...

Nizam.Ariff said...

SM,
bukan setakat berat.. sakit kaki weh...




kakpah,
nampak macam dera tapi itulah cara ala-ala tentera... kalau yang belajar di Maktab Tentera Darat lagilah kut entah macam mana dia org kena hari-hari...

SM said...

aku syak mesti spielberg ambik inspirasi daripada kisah kau ni buat filem dia tu.

LydSunshine said...

Dahsyatnya. Saya ni kalau pegi camping biasa pun dah tak suka kena pegi jungle tracking. Ini kalau dah kena berjalan kaki sampai melecet bernanah [walaupun lepas tu tumbuh kulit yg lebih halusss], kalau saya dah meninggal dunia dah agaknya. Cuba budak2 skrg kena buat mcm tu. Mesti report kat mak ayah tak kira miskin ke kaya, pastu report kat Metro.

Nizam.Ariff said...

SM,
hahaha.... masa tu dia bercuti kat taman tasek taiping la kut...

Nizam.Ariff said...

LyDS,
mungkin kut... paling tidak pun, dia org tweet kat kawan2 dia org kutuk2 cikgu, lepas tu masukkan foto dalam FB, lepas tu ngadu kat FB Pak Jib... hahaha

tasekM said...

aku teringat pi kem bina negara lepas spm.
deme suruh merentas desa.
panjat bukit segala.
dibaginya sebaldi air.
syaratnya: bila sampai check point terakhir, air mesti paras tu juga.
tak bulih kurang.
gila betul...



.

Nizam.Ariff said...

TM,
ada trick nyer yg ko tak tahu..
Hahahaaha....

agak-agak dah berkurang, ko pakat2 la kencing ramai2 dalam baldi tu... senang je...

buah kedondong said...

TM,
aku pernah kena macam tu kat BTN gak.
Tapi aku terjal.
Pedulik apa aku air tak cukup...
haha

ASH said...

Sebenornya..
Ini kecik kalau compare dengan kat Maktab tentera tu...
.
.
.
OMAN asek menggerutu kaki dari form one sampai form five.
PANAU?? jangan kira laa
Mujur jadi MANUSIA juga!! haha

Nizam.Ariff said...

BK,
kalau aku, aku kencingkan je... hahaaa





Ashley,
hujan panas hujan panas, panau pun naik la ek....

ASH said...

TAS,
.
.
BTN tu nak kena kan...besaa tu siksa siksa orang!
haha
PLKN amacam ek??
nama anak aku takder yang disenarai pendek lagi so far.

Nizam.Ariff said...

Ash,
PLKN tu main2 je kak...
macam summer camp je tu...

Kesuma Angsana said...

ingat dulu2 waktu sekolah mesti ada kutip derma hari pahlawan

sepa said...

...akviti-aktiviti berkawad, digelar SatriaMuda, kan.!...

Nizam.Ariff said...

KA,
aku kutip derma untuk pengakap je kak...



sepa,
Ya... ko kat Berseri pun ada kan?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com