Friday, August 10, 2012

Membakar lemak....

.


Dalam diam tak diam, berat badan aku sekarang dah turun sebanyak 8kg!

Walau pun di bulan puasa, aku masih lagi bermain ping pong sebelum pulang ke rumah.dengan rakan-rakan sekerja. Walau pun di bulan puasa aku bermain lebih defensif berbanding ofensif di bulan-bulan lainnya, gerakan separa agresif aku itu mampu membantu membakar lebih kalori.


Kemudian, aku terfikir... 8kg???!!

Baru semalam aku beli daging batang pinang di pasar malam sebanyak 1kg dan aku tengok itu pun dah banyak. Inikan pula 8 kg! Kalaulah aku kumpulkan lemak tu, mahu penuh satu belanga! Ok la... ketumpatan lemak tak sama dengan ketumpatan daging. Jadi, 8 kg lemak adalah lebih banyak daripada 8 kg daging batang pinang dari segi isipadunya! Bermakna, lemak 8 kg yang aku keluarkan itu mungkin lebih daripada satu belanga, mungkin 3 belanga!



Ini bukan otak.... ini lemak!


Ok...Ok... 8 kg berat badan aku yang turun tu bukan semuanya lemak. Sebahagian besarnya adalah air, yakni air dalam badan sama ada melalui peluh atau urinari atau respiratori. Oleh kerana air lebih tumpat daripada lemak, maka lemak yang aku kempiskan mungkin tak sampai pun 4 kg.



Itu badan lelaki, bukan badan perempuan walau pun err... nampak besar semacam. Harap maklum.


Tapi... janganlah ada pula yang ubah niat puasa daripada ibadat kepada nak kuruskan badan. Itu sungguh sesuatu yang sia-sia untuk dilakukan. Biarlah niat itu untuk ibadah kerana kewajiban manakala badan yang kurus / sihat itu anugerah.






.

12 comments:

Aishah Jahirah said...

banyak tu 8kg...hee xtry timbang lak berat.tp ada yg tegur mkin slim..huhuu

Nizam.Ariff said...

Aishah Jahirah,
nampak macam banyak tapi sekejap je tu.. nanti lepas raya sel lemak tu kembang la balik.... hahaha

Lady Windsor said...

Aku reduce 6 kg dalam 3 bulan...satu pencapaian peribadi yang sangat meletops bagi aku sebab selalunya turun 1 kg, naik 2 kg. turun 2 kg, naik 3 kg..huhu! yang bencinya, bila aku dah konsisten gi swimming @ gym, bos paksa pergi jamuan makan besar..rabak 3 kg yang turun...cheitt!

sepa said...

itu gambar jantan.! ingatkan pompuan. maklumla nenen nya nampak besar semacam. :P

amn said...

alamak paparazi dah snap gambar gua....

SM said...

aku pernah dapat call dari fitness first nak tawarkan satu pakej. tapi bila aku cakap berat aku 52kg dengan tinggi 185cm, terus dia tukar topik. hahahaaa! silap orang bro...

tasekM said...

tau jantan.
bentuk tak indah.

kahkah.




.

ASH said...

uiiikkksss!!

"KETATkan kain...bukan pakai kain KETAT!!"
.
.
.
* komen takder kena mengena dengan lemak sebuku yang dileburkan *

Nizam.Ariff said...

LW,
Yoyo tu.. hahaha
Tapi tak pe, kalau tak eksesais langsung dan bos ajak makan, dah tentu topup 3kg terang-terangan punya kan..?




sepa,
masa aku nak tampal kat situ aku teragak-agak juga, aku tengok betul-betul itu nenen lelaki ke pompuan... hahaha..



Azani,
tak.. bukan ko.
orang tu ada rambut lebat... keh keh keh




SM,
dia orang main tabur jer...
aku selalu gak dapat panggilan dari golden horse healthcare.. setahun adalah sekali tapi dah lebih 5 tahun ni... aku suruh keluarkan nama aku dari list, tak buat-buat juga...





TM,
tak indah?

weh... itu bentuk anak dara sunti punya la... takkan ko dah lupa camana bentuk yang sunti? keh keh keh




Ash,
kalau ketatkan kain, dah tentu kain melekap kat badan... sama je dengan pakai kain ketat... hahaha

amn said...

yelah...tatoo asli di tangan kanan takda...hi hi...

LydSunshine said...

8 kilo? Banyak itu... Mesti dah tough la ni.

Nizam.Ariff said...

LyDS,

wuih.... 6 packs dah ketul2 kat perut nih...

kih kih kih

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com