Wednesday, August 29, 2012

Mengempang dan aktiviti menimba parit...

.

Dalam kepelbagaian flora itu, ada selopak selut berair yang mungkin ada fauna yang menumpang kasih dan rahmat di situ. Ada yang panggil ini kubang, ada yang panggil londang...






Satu waktu dulu, lopak air ini tak berlopak macam itu. Waktu dulu, dasar itu sentiasa basah dengan air, sentiasa tenggelam dengan air. Ia sebahagian daripada 'parit pembuangan' yakni parit yang dibina untuk menyalurkan air dari sawah kembali ke sungai yang lebih besar.


Waktu dulu parit itu selebar 15 kaki dan sedalam lebih 8 kaki (di lubuk tertentu, boleh hapus kepala orang dewasa). Kini ianya telah tohor dek selut-selut yang hanyut dan tak pula dikorek. Parit itu bergambut (lapisan rumpai air yang terapung, biasanya terdiri daripada Rumput Benta, Kangkung dan Menerung) di tebingnya. Itulah salah satu tempat sumber aku mendapatkan Kangkung. Juga tempat aku menahan lukah (diperbuat daripada buluh yang diraut dan dianyam) untuk Ikan Sepat, Ikan Keli, Ikan Haruan yang tersesat kerana cuba memakan anak ikan yang terperangkap di dalam lukah. Juga tempat aku menahan Bubu (diperbuat daripada jaring dawai mata punai) untuk menangkap ikan-ikan yang sama. Kadang-kadang tersesat juga belut dan ular kadut.


Waktu dulu, parit itu tempat kami mandi-manda, tempat kami bermain aci. Walau pun airnya berwarna perang kelat dan mengandungi bahan baja dan racun serangga yang tinggi (yang dialirkan dari petak-petak sawah), kami masih tak mengerti akan hal-hal kesihatan seperti itu. Walau pun ada lintah dan pacat, hidup kami ketika itu memang berkawan dengan lintah dan pacat. Cuma zaman sekarang ini manusia kemaruk dengan lintah atas sebab perubatan alternatif sedangkan kami dulu tak pandang pun perubatan gaya itu. Kami buang-buang saja lintah.


Waktu dulu apabila tiba musim menuai, parit itu akan surut sedikit airnya. Dikala itu, kami akan pakat-pakat membuat beberapa empangan setiap lebih kurang 50 kaki di sepanjang parit itu. Kami akan pakat-pakat menimba air di dalam empangan. Timba itu diperbuat daripada tin minyak masak (sebesar tin biskut kering) yang telah diumpil penutup atasnya, kemudian kami pakukan sebatang kayu dikanan dan kiri tin itu. Kemudian kami ikatkan pula 4 tali kambing sepanjang 10 kaki setiap seutas pada kayu itu (sepasang di kanan dan sepasang di kiri tin).



imej: dari halaqah.net


Menimba gaya itu memerlukan 2 orang pelakunya. Tak boleh sorang-sorang. Setiap orang akan pegang sepasang tali tadi. Dengan ayunan harmonik,  si pelaku-pelaku tadi akan mencedok air dan membuangkannya ke sebelah empangan, sehinggalah takungan yang diempang tadi itu kering airnya. Kadang-kadang ada ikan yang tertimba sekali. Biasanya budak-budak seperti aku akan menunggu di tempat air yang ditimba tadi. Kalau ada ikan yang tertimba, aku akan kutip cepat-cepat sebelum ia lari. Kalau malas sangat, air yang ditimba itu dijiruskan ke dalam bakul besar atau pun jaring, jadi kalau ada ikan yang tertimba, ikan itu akan tersangkut pada jaring.


Maka kelihatanlah ikan-ikan yang terkapar lesu dan terdedah untuk dijamah. Kadang-kadang, ada ikan yang menyorok jauh ke dalam selut. Kami akan seluk, selongkar sehingga ke dasarnya. Biasanya ikan-ikan 'hero' seperti Keli, Haruan dan Bujuk yang suka menyorok.


Setelah hampir semua ikan kami kutip (kami tinggalkan sedikit benih untuk musim akan datang), kami akan pecahkan empangan dan beralih ke kolam sebelah pula. Kadang-kadang hasilnya banyak. Ikan keli dan haruan akan dijual, pada masa itu harganya sekitar RM6 ~ RM8 sekilo. Ikan Keli paya begitu tak seperti ikan keli di pasar-pasar sekarang ini. Ikan keli berbela dagingnya lembut sangat. Manakala ikan sepat biasanya tak dijual kerana kurang laku. Ikan sepat pula akan dibuat ikan kering untuk bekalan seisi keluarga dimasa padi membesar (kurang berduit). Bagi masyarakat berketurunan Banjar, ikan sepat akan dibuat Wadik.



Sekarang, aku cuba terapkan semangat itu kepada anak aku tapi nampak gayanya tak menjadi. Belum apa-apa lagi dia dah bagi syarahan tentang cacing dan Protozoa yang hidup di dalam air kotor macam itu.







.

24 comments:

Lady Windsor said...

Aku setuju dengan anak ko...eeee sorry aku pun orang kampung ulu juga tapi aku alahan amat dengan air lopak, sungai atau parit sebab trauma dengan kes lintah masuk seluar yang sering terpampang kat sokkabar...ngeri sehhh! Kadang2 kalau aku pi swimming kat pool pun bila nampak benda hitam kat dasar kolam, aku akan naik terus sebab terbayang itu adalah lintah...huhu!

Anonymous said...

bak mai batang bemban, tali tangsi dengan mata kail. aku boleh duduk kat situ sepanjang petang. tapi tu dulu masa taraf anak2 la...

LydSunshine said...

Ko kata air lopak tu ada baja yg tinggi, so cemana bleh plak makan ikan yg idup dlm tu? Tak terjejas ke ikan tu? [Dah tentu la selamat kan sbb ko masih bleh tulis blog lagi skrg]. Tapi aku setuju dgn anak ko. Heehehe. Point dia mmg terbaik.

jeb said...

takde ape2 eh cacing dengan protozoa..encik nizam ariff sihat je sampai sekarang ye dok?

Nizam.Ariff said...

LW,
itu dah kes trauma dan phobia tahap gaban tu... kena dikawal. cepat letak lintah kat atas lidah... fear factor... hahaha




SM,
batang bemban juga aku gunakan untuk buat struktur pondok semasa main pondok-pondok... kulitnya untuk dibuat tali mengikat struktur tu....kanz?




LyDS,
Alaaa... ikan tu pandai je nak tapis... ikan laut tu takde pun masin, kan? Nak buat ikan masin pun kena garamkan lagi baru dijemur... hahaha



Jeb,
Yup... ko memang true survivor hahaha...
Memerang makan ikan mentah tu elok je tak de cirit-cirit...kanz?



Anonymous said...

takut ada benda2 len yg tumpang diam kat situ.. x boleh bayangkan lah!

Nizam.Ariff said...

KA,
ada tu memang ada...
belut, cacing, siput, kura-kura... keh keh keh

Anonymous said...

hahaa... main pondok2 jugak kau ye. aku tak panggil pondok, tapi markas.

Nizam.Ariff said...

SM,
itu sebab ko main perang2 tembak2 kut...

kita orang main masak2.. main keluarga2.. main mak-bapak... main... err.... main.. keh keh keh...

Leadership Developmant Training said...

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Bersabarlah dalam bertindak agar membuahkan hasil yang manis.,.
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

Nizam.Ariff said...

LDT,
ok gan...

Lady Windsor said...

Eeee yuck! Yuck! Yuck! Letak lintah atas lidah? Baik aku pengsan dulu!

Nizam.Ariff said...

LW,
hahaha.... itu lah salah satu cara nak atasi phobia tu...
biarkan lintah tu meleding, meliuk-liuk atas lidah...

tasekM said...

cakap dgn arep.
sbb berkawan dgn cacing la abah pandai.

hehe.


.

Nizam.Ariff said...

TM,\
maunyer...

kalau dia kata, kalau abah tak kawan dgn cacing tentu abah jadi lagi pandai... hah, caner?

ASH said...

nostalgik betui bab menimba ni...
.
.
.
Aku teringat abah dan pakcik aku dapat ikan puyu, ikan keli, ikan sepat, ikan haruan berkilo kilo...
buat ikan kering!!

TERBAEK!!

Nizam.Ariff said...

Ash,
kalau aku suruh akak buatr skrg ni mesti tak nak dah kan?

hahahaa

sepa said...

vocab ko dalam criter nih, macam baca novel Shahnon Ahmad. tentang Kg Banggul Derdap. :)


aku cityboy, bang. kalau aku mgkn criter ttg golf... hehehe

sepa said...

eh apsal susah sgt bukak blog ko.?!

Nizam.Ariff said...

sepa,
hah... aku dah dapat ilham nak buat cerpen kat MM nih.... hahaha



aku tak tau kenapa.. kadang2 biol sikit kut bloggr nih..

ASH said...

Uitt...mana ko tahu...aku pesen suka adventure!

Nizam.Ariff said...

Ash,
nak adventure kena menggagau ikan la kat sungai... baru best...

Unknown said...

Salam bang,

"MUSIM MENiMBA" memang penuh nostalgia dan kenangan. Moga anakx sya sempat RASA DAN TENGOK pengalaman ini supaya INGAT ASAL USUL DiRi mereka. Amin.

Salam dari anak cucu KG NASAB, KUALA KURAU , PERAK DARUL RiDZUAN.

Terima kasih.





:)

FB > Mahadher Cucu Tok AWang .
OPS KERiS .

Nizam.Ariff said...

Mahadher,
Salam bro,
kat sana masih ada sawah lagi tak?
kalau ada, boleh je buat...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com