Tuesday, August 21, 2012

Mercun oh Mercun...

.

Pada malam pengumuman hari raya itu, aku masih di S.Alam, masih meneguk air selepas berbuka, masih duduk bersandar pada dinding dan berlunjur di depan TV. Dalam pukul 10pm, aku ajak mama dan anak ke pekan S.Alam, tujuan? hanya hendak melihat suasana orang membeli-belah di saat-saat akhir. Dan aku juga ada misi lain... aku nak rakam suasana itu dengan Nikon.


Memang benar bak kata orang, dalam suasana malam raya yang masjid-masjid gamat dengan takbir raya memuji Tuhan, gerai-gerai di sekitar PKNS juga gamat dengan suara lelongan kuih-muih dan baju-baju.


Tak lama selepas itu, aku lihat meja-meja papan lapis disusun di tempat letak kereta. Tak lama selepas itu, berkotak-kotak mercun pelbagai saiz letupan dan nyalaan pun tersusun. Aku hampiri salah satu meja yang menjual mercun. Aku tertarik ke situ kerana brader yang jual mercun di situ telah cedera tangannya.



"mercun kalau tak meletup bukanlah mercun namanya" katanya bila aku tanyakan satu soalan uji-minda "bahaya tak mercun ni?"



Soalan pertama yang keluar dari mulut aku... " tangan ko berbalut sebab main mercun ni ke? "

Cepat-cepat dia bantah. Bermati-matian dia kata dia telah kemalangan jalan raya. Aku bersikap tidak percaya, sampailah dia keluarkan ubat-ubat hospital dan tunjukkan kepada aku. " Ni ha ubat-ubatnya, bang. Baru petang tadi saya keluar dari wad" katanya dengan nada meminta kepercayaan dari aku.


Aku tanya dia, " apa yang buat ko fikir orang akan beli mercun ko sedangkan tangan ko berbalut macam tu?" dia hanya tersengih-sengih. Memang benar, tak lama selepas tu ada seorang pakcik yang ingin membeli mercun turut menanyakan soalan yang sama... "tangan kamu cedera main mercun ke?".... aku dan dia ketawa terbahak-bahak. Aku yang ketawa lebih sebab aku ketawakannya, sebenarnya.


Sebelum beredar, aku kata kepadanya "aku tak peduli, aku nak ambik gambor ko dan aku nak masukkanke blog aku..." Terus dia undur kebelakang dan bersembunyi dibalik kawannya, meminta tolong agar jangan ambik fotonya. Aku kata aku tak kira.

Aku paut bahunya dan aku ambil fotonya menggunakan kamera telefon bimbit aku yang hanya VGA, bukan dengan Nikon kerana aku tau, kalau aku gunakan Nikon akan ada nanti brader berbadan tegap tepuk-tepuk bahu aku dan mengajak aku ke lorong gelap dan sempit. Kalau lorong itu gelap dan sempit, memang nahas sedang menunggu.
 
Kemudian, di lorong gelap dan sempit itu,  brader berbadan tegap itu nanti mungkin akan tolak-tolak dada aku. Apabila dia sentuh dada aku, barulah dia tahu yang dada aku juga sepejal dadanya. Mungkin pada masa itulah barulah dia mengaku aku pun brader macam dia dan mungkin selepas itu pula dia akan memujuk aku supaya padamkan foto secara ikhlas dan secara baik-baik.


Jika aku terus berkeras, mungkin juga dia akan melutut sambil menangis teresak-esak dan merayu-rayu aku agar tidak menyimpan foto 'anak buah'nya itu. Mungkin selepas itu, barulah hati aku lembut dan aku bersetuju untuk padamkan foto 'anak buah'nya yang aku ambil tadi.


"Ni, muka ko tak ada pun. Ok ka?" aku tunjukkan foto yang aku ambik kepadanya.
"Suka hati abang la..." jawabnya







.

6 comments:

Lady Windsor said...

Warghahaha kau paksa dia pos untuk kau eh? Berapa lak kau pau dia nyer mercun?

sepa said...

ganas ko bang...!

ah.! ko ke gerai tuh sebab gerai tuh ada awek cun.! :P

Nizam.Ariff said...

LW,
hahaha.... aku tak paw.
dia yang paw aku... rabak RM45 beli mercun dia...





sepa,
takde awek...
awek masak rendang raya, aku rasa.... hahaha

ckLah @xiiinam said...

Ceh! Beli juga tu!


Hihihi...

smbotak said...

macam kenal tangan yang berbalut tu.

Nizam.Ariff said...

cklah,
itu kira bayaran menggunakan kisahnya dalam blog aku je tu.... hahaha




SM,
errr.. dia tak botak.
aku pasti itu bukan ko.... kan?
hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com