Saturday, August 4, 2012

Misi mencari Kuih-Kuih Raya pun bermula...

.

Seperti selalunya, frekuensinya setahun hanyalah sekali, mencari kuih-kuih raya adalah satu misi penting dan wajib ada dalam kalender Ramadhan. Walau pun hasrat hati sesetengah orang mahu membuat sendiri kuih raya, masih juga dia mahu lihat-lihat, jenguk-jenguk beraneka kuih raya yang dihasilkan oleh orang lain.


Sayugia diingatkan, misi pencarian kuih raya adalah seperti satu misi untung-rugi, gagal-berjaya terhadap tekanan nafsu / kehendak yang melebihi fungsi asasnya iaitu keperluan untuk menjamu tetamu kepada perbuatan menunjuk-nunjuk dan membanding-banding seperti berkata "... ko ada ? ".


Dan aku pula, kuih raya yang aku suka lebih kepada kuih-kuih tradisional. Ini kerana hari raya bukan sahaja membawa mesej pembaharuan jiwa dan zaman, malah bagi aku ia juga mampu mencetuskan kenangan dan tradisi. Aku lebih kepada tradisi. Ya, aku mungkin seorang konservatif.


Jadi, kuih-kuih yang aku cari semasa hari raya adalah seperti Bahulu dan Kek Pelangi, Buah Kabung bersira gula, Batang Buruk, Kacang Kuda Goreng... yang macam itu. Aku tak gemar sangat kuih-kuih moden yang beraneka warna dan rupa ni kerana aku berpendapat ianya lebih kepada hiasan dan tak sesuai untuk di makan.

Lagi pun, walau berpuluh-puluh jenis dengan pelbagai warna dan nama, itu semua masih lagi berasaskan tepung. Ya, aku lihat semua kuih-kuih itu tepung gandum... tak menyelerakan dan hanya sesuai untuk hiasan balang-balang kaca di atas meja.







.

5 comments:

sepa said...

ya yah ya... semuanyer dari satu tepung...

1TepungGandum


:)


*kat sini tak dak lagi KR1M, tp ada kedai yg jual yg tulis 1 1 1 1... antaranya 1TepungGandum... sajer bagitau.

Anonymous said...

beli je tepung cap kunci..hahaha, selamat mencari kuih ye dik..

aza ni said...

mana nak cari baulu bakar style lama?

aza ni said...

mana nak cari baulu bakar style lama?

Nizam.Ariff said...

sepa,
aku konpius.. KR1M tu aku ingatkan produk krim kelapa



LadyD,
jom sama-sama cari...
aku cari kuih2 tradisi je...




Azani,
di tg malim tadi (di depan stesyen bas) ada kakak jual kuih2..
bila aku tanya ada bahulu bakar sabut, dia kata akan sampai malam nanti dari Kedah.. huhuuhu.. melepas aku...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com