Monday, August 6, 2012

Peha-peha exotic menggiurkan sudah terdedah untuk santapan berbuka puasa...

.

Kelmarin, aku balik kampung. Ada ahli keluarga aku yang berhajat nak kumpulkan adik-beradik dan menjamu kami semua untuk berbuka puasa. Kami berkumpul di rumah salah seorang abang yang terletak di sebelah rumah usang arwah bapak. Selain mengembalikan nostalgia silam berbuka puasa, kakak mahu menjamu kami bersempena dengan persaraannya sebagai seorang guru baru-baru ini. 5 orang daripada kami adalah guru...


Dan dua orang dari kami telah memburu pada malam sebelumnya. Jadi, juadah berbuka puasa pada kali itu semestinya ada kelainan. Kelainan? Inilah dianya...




Peha-peha burung Ruak-Ruak yang siap dimasak gulai cili padi...



Harap maklum, itu bukan peha ayam kampung. Itulah peha dan dada burung Ruak-Ruak yang dapat diburu oleh 2 orang abang pada malam sebelumnya. Jangan terliur pula ya! Hidangan sebegini exotic, memang cukup payah untuk tenteramkan jiwa-jiwa yang menggemarinya.


Rasanya? Macam daging burung puyuh tetapi yang ini lebih manis dan lebih kenyal. Dari rupa peha dan dada itu, aku rasa kakak dah gorengkan dahulu dagingnya kemudian barulah di masak gulai lemak. Aku agaklah, sebab ada kesan digoreng. Ini adalah burung Ruak-Ruak Sawah, jadi dagingnya lebih tebal dan banyak berbanding Burung Ruak-Ruak Bukit/Gunung yang rata-rata lebih kecil. Dan aku dapati hati dan jantung burung ini agak besar relatif kepada saiz badannya. Hampir sama besar dengan jantung ayam. Aku syak burung ini perlukan jantung yang besar untuk mengepam darah keseluruh tubuh untuk terbang dan berlari. Ya, burung Ruak-Ruak pantas berlari.


Abang aku kata, mereka berburu pada jam 2.30am di belukar di sekitar rumah dan sawah padi. Alat yang mereka gunakan?  Sejenis senapang angin buatan sendiri. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila klik di sini...







.

13 comments:

Anonymous said...

apa-apa benda (berdaging) memang power kalau masak lomak cili padi. mau pekat dan pedas. kalau tak, mau putus urat selera...

ckLah @xiiinam said...

Kau tolong cabut bulu burung ruak ruak tu tak?



:-)

Nizam.Ariff said...

SM,
pekat sungguh sampai nak tersumbat pembuluh darah dibuatnya... hahaha





cklah,
tak cabut bulu... dikuliti terus. macam bukak baju, sekali bukak terus bogel dagingnya...

aza ni said...

lama betul tak jumpa burung ni...kat bandar mana ada ye tak...

sepa said...

tak aci ambush masa mereka tengah tidur...!!!


*nak tanya. kalau dibandingkan dengan burung puyuh, yang mana lebih sedap.?!

Lady Windsor said...

Salam singgah,
Ya rabbi..aku dah lama mengidam nak mentry daging burung ini...errr kan ke burung ni ada badinya sendiri? Apa2 hal, mak datukkkk perghhh betul peha2 menggiurkan itu..memang eksotik!

Nizam.Ariff said...

Azani,
kat bandar mana boleh dijual... burung yang dilindungi tu.... hahaha





sepa,
tak pe, sekurang-kurangnya dia orang mati dalam tidur...
kalau boleh aku bandingkan, daging burung ruak-ruak lebih sedap daripada burung puyuh tapi burung puyuh lebih besar..




LW,
Salam.
Hahaha.. yang badinya tu kalau Ruak-Ruak bukit atau gunung yang biasanya orang 'panggil' turun menggunakan tetuang dan jaring. Orang kata, ruak-ruak jenis itu ada yang 'belanya'. Abang aku pernah kena sendiri...

tapi yang ini ruak-ruak sawah yang memang kami pantau dimana tempat tidurnya...

Nak sepeha? sori.. dah habis.... hahaha

ASH said...

Kurang pahala posa...
.
.
haha

Nizam.Ariff said...

Ash,
terliur gak ke?
pernah makan burung ruak-ruak?

Fadhilah Maarif said...

meneguk air liur..nasib baik dah berbuka...ish..

Nizam.Ariff said...

FadhilahM,
keh keh keh.... geram macam nak kokak je peha tu...

ASH said...

burung ruak ruak ni sama ngan burung ayam ayam ke?
haha
.
.
burung apa entah...aku biasa makan yang keluarga kawan aku tahan guna jala tengah bendang kat PEGHELIH..
tak buru..
.
.
.
pakai jala jer...bila musim jer datang berkawan kawan..
.
.
.
aku tak tau sangat..
TAU MAKANNNNN jerr.

hehe

burung puyuh hutan banyak le merayap rayap kat semak lalang tepi rumah mak aku..
tak pernah tangkap pun...

Nizam.Ariff said...

Ash,
burung ruak2 tak sama dgn ayam2.
ayam2 lebih besar dan lebih sedap dagingnya tapi payah nak tangkap.


kalau guna jaring tu memang dah sahlah burung ruak2 sebab ruak2 suka berlari dan menyorok kalau dia tak sempat terbang. burung ayam2 akan terbang, jarang berlari...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com