Thursday, August 2, 2012

Seekor anak kucing hitam yang bermain-main di tengah jalan raya

.

Malam tadi, walau malam Ramadhan namun mimpi aku masih bertandang seperti hari-hari yang lain juga.



Kami anak beranak berkereta melalui jalanraya yang sempit dan berselekoh menaiki dan menuruni bukit kecil. Di kanan - kiri kami adalah semak samun rumput gajah bersela dengan kebun getah dan dusun rambutan. Manakala di depan kami ada sebuah lori tangki bermuatan cecair, dipandu dengan agak perlahan dan mahu tidak mahu kami terpaksa mengekori lori itu kerana jalanraya yang sempit. Cuaca pada ketika itu kelam dan mendung seperti hendak hujan.

[Jalan raya itu lebih mirip kepada jalan raya Nyalas - Selandar, Melaka tetapi seluruh cerita berlaku seolah-olah di Sg. Manik, Perak kerana ada bahagian-bahagian cerita nanti suasana sawah padi dan penduduk kampung adalah sama seperti di Perak.]


Sampai di satu selekoh, di kanan bahu jalan ada sebuah rumah papan 2 tingkat yang kelihatannya seperti telah ditinggalkan, aku terlihat ada seekor anak kucing berwarna hitam dengan bulu dada berwarna putih sedang bermain-main dengan sesuatu di tengah-tengah jalan raya seperti bangkai burung gagak atau pipit. Lori tangki tadi terpaksa mengelak anak kucing itu hingga terbabas ke bahu jalan. Pada mulanya aku terbayangkan bagaimana hancurnya tubuh anak kucing itu nanti tetapi aku dapati anak -kucing itu terselamat manakala lori tangki itu aku lihat seperti terperosok ke dalam kebun getah. Aku tak nampak lori tangki itu sebab lokasi anak kucing itu di jalan raya yang mendaki bukit manakala lokasi lori tangki itu terbabas ialah dibawah bukit di depan sana.


Serta-merta aku memberhentikan kereta aku di tepi jalan. Aku nak lihat anak kucing itu. Aku ajak Mama dan Ariff keluar dari kereta dan berjalan bersama-sama ke arah anak kucing itu. Apabila dekat, aku dapati anak kucing itu bukan bermain-main dengan bangkai burung tetapi hanya serangkai buah rambutan yang telah kering dan hitam.


Kemudian, tanpa sebab-sebab yang jelas kenapa, aku terus mengajak Mama dan Ariff berjalan kaki di jalan raya itu sehinggalah sampai ke satu tempat di mana suasana menjadi semakin kelam dan seperti telah masuk waktu Maghrib. Pokok-pokok getah yang bertaup di kiri dan kanan jalan menjadikan suasana sekitar kami semakin kelam manakala kami telah pun jauh meninggalkan kereta kami. Selang beberapa lama berjalan, aku dapat rasakan sesuatu yang kurang kena kepada kami.


Tiba-tiba aku suruh Mama dan Ariff berhenti. Aku katakan kepada mereka yang 'something is not right' (ya, aku berbahasa Inggeris). Aku tenung jalan di depan. Aku lihat kebun getah sepanjang jalan. Apabila aku toleh ke belakang, jalan yang telah kami lalui tadi sebenarnya merentasi sawah padi. Aku pun berjalan lagi beberapa puluh kaki ke hadapan dan apabila aku toleh ke belakang, di kiri dan kanan jalan yang telah kami lalui telah menjadi sawah padi dengan pokok-pokok padi yang tinggi separas pinggang dan menghijau.


Aku berasa tak sedap hati. Apabila sampai di satu simpang jalan kampung, kami pun masuk ke kampung itu dengan niat mahu bertanya jalan kerana aku rasa aku telah tersesat. Bayangkan begini: anda telah berjalan ke depan tetapi apabila anda berpatah balik, anda tak akan dapat bertemu semula jalan tadi. Dengan kata lain, ianya 'Jalan Sehala' !


Kami bertemu dengan beberapa anak muda kampung yang sedang duduk-duduk di atas motorsikal. Aku bertanyakan arah jalan menuju ke sebuah rumah di atas bukit. Yang aku maksudkan ialah rumah dimana anak kucing dan kereta aku berada tadi. Aku mahu berpatah balik. Aku ceritakan juga kisah kami bertemu anak kucing dan lori tangki yang terbabas tadi.


Tiba-tiba anak muda itu memandang kami dengan wajah yang pelik. Kata mereka, di kawasan mereka mana ada bukit. Yang ada hanyalah tanah sawah yang landai sejauh mata memandang. Kami pun melihat sekeliling. Dalam samar-samar dan kelam itu, aku lihat sawah padi terbentang sejauh mata yang memandang! Tiada sebutil bukit pun yang membusung naik. Aku hairan tetapi aku masih juga meminta tolong kepada mereka agar keluarkan aku dari kampung mereka. Lalu salah seorang meminta kami bertemu dengan seorang tua di kampung mereka. Mungkin orang tua itu boleh bantu.


Kami pun diboncengkan oleh anak-anak muda itu ke kawasan rumah kampung itu melalui kebun-kebun pisang dan jagung dan batas sawah padi sehinggalah sampai ke sebuah rumah papan 2 tingkat. Di bawah verandah itu aku lihat ada seorang tua dalam usia lingkungan 60an dan kurus sedang duduk di bangku kayu sambil menghisap rokok daun. Aku terkejut besar kerana aku sangkakan itu arwah Bapak kerana gayanya amat mirip arwah Bapak. Apabila aku dekati dan bersalaman, aku dapati dia bukan arwah Bapak.


Kepada orang tua itu, aku ceritakan segala-galanya dari mula kami berselisih dengan lori tangki sehinggalah kepada peristiwa yang membawa kami bertemu dengannya. Kemudian, aku terdengar azan berkumandang (tak pasti sama ada azan Asar atau Maghrib tetapi suasana masih kekal kelam seperti mendung). Dia kata dia akan tunjukkan jalan apabila selesai solat nanti. Baru aku perasan yang aku tidak berbaju! Aku hanya berseluar pendek (entah macam mana, aku pun tak tahu. Tadi rasa-rasanya aku lengkap berseluar panjang dan berbaju T berkolar).


Kemudian, orang tua itu ubah fikiran. Dia akan tunjukkan jalan ketika menuju ke surau nanti. Kami pun ikut berjalan kaki bersama-sama beberapa orang anak muda lainnya (mungkin anak-anaknya). Kami pun berjalan di bawah kanopi pokok durian, nangka dan mempelam dan melalui celah-celah rumah orang kampung. Kadangkala terdapat akar banis melintangi jalan yang berpasir putih.



Sesampai sahaja di jalan raya, aku dapati orang ramai sedang berkumpul. Cepat-cepat aku dekati mereka kerana aku ingatkan anak kucing yang leka bermain-main di tengah-tengah jalan tadi akhirnya telah mati dilanggar. Tetapi sangkaan aku ternyata meleset sekali. Orang-orang kampung sedang berkemurun di sebuah kereta Honda yang seperti terbabas di tepi jalan. Sebahagian badan kereta Honda itu telah terjerumus ke dalam semak samun. Mereka berkata-kata sesama mereka tentang sesuatu yang aku tak ambil peduli. Aku mahu lihat siapa yang ada di dalam kereta itu tetapi aku terhalang. Mereka terlalu rapat dan masing-masing tertinjau-tinjau.


Akhirnya aku dapati, itulah kereta Honda kami!






.

19 comments:

paripariputih said...

Nizam.Ariff: sorry sat nanti aku komen n3 kat atas... tapi aku ada kemuskilan nak tanya ko boleh kah ko terangkan maksdu "ABLASA" aku dah lama dengar perkataan ni, tapi tak pernah tau apa maksud sebenarnya...

Nizam.Ariff said...

PPP,
berbanding dgn ko, aku baru dengar Ablasa ni beberapa tahun ni je. Bermula dengan filem 'rasukan Ablasa' tu. Aku syak, Ablasa tu kalau dieja dari ejaan Jawi untuk Iblis.

Mungkin juga Ablasa tu adalah nama syaitan yang khas buat para pemuja syaitan (satanic cult).

Tapi secara spesifiknya, aku katakan Ablasa tu sebab filem rasukan ablasa ttu... maknanya, kerasukan...

Kesuma Angsana said...

he he... mula2 pening gak nak gaham citer ni.. apapun terbaik

kucingorengemok said...

bukit= susah²
sawah landai= senang, tenang, nyaman

ko je yang suka nak pikir susah² padahal hidup ni kena rilek², heh

dah, gi servis kete

Nizam.Ariff said...

KA,
jalan cerita mimpi memang pelik2... hahaha




KOG,
adakah aku akan meninggalkan zaman susah dan menuju ke zaman penuh tenang?

err.. macam mana ko tahu yg aku kena service kereta aku ni?
*lagu twilight zone berkumandang*

tasekM said...

aku lori tersodok kereta ko tu kot..



.

tasekM said...

aku?

ada...



heh~

.

ASH said...

pening kejap..
.
.

.
.
aku baca perenggan bawah sekali jer.
.
.
.
KOG punya comment tu aku setuju..

ASH said...

sebenarnya malam tadi aku bermimpi..
ingat nak buat entry dalam blog aku juga..
aku jarang mimpi...tapi entah kenapa malam tadi aku boleh termimpi!

kucingorengemok said...

tas! hahaha... ngaku je la ko memang nak sodok dia

amn said...

rasanya elok kau tukar kereta....sempena raya ni...aku cadangkan alphard kegemaran tasek, besar, elegan dan laju...oiii...aku banyak kali cium asap dia...

ckLah @xiiinam said...

Maknanya, malam tadi roh kau pergi ke Selandar lalu terbang ke Sg Manik....masa kau tidur.

Nizam.Ariff said...

TM,
ko doakan lori sodok aku ke...?



Ash,
Hah.. nak dapat malam seribu bulan tu kut.... doakan untuk aku sekalil ek..?




KOG,
tengok!...tengok!!!
saja la nak tgk aku cepat mati ek..





Azani,
tak nak aku kereta besau2...
jenuh nak berjawab kat dalam kubur...

err... adakah aku tulis 'kubur'... 'mati'... ??!!




Cklah,
Wuih.. patutlah penat semacam.... patutlah nak bangun sahur sikit punya liat pagi tadi...

LydSunshine said...

Fuh, mimpi dia mmg boleh buat movie macam the happening, kalah m night syamalan. Tapi bila fikir2 balik, macam mendalam gila maksud mimpi tu. MUla2 yg eksiden adalah lori. Pastu bila dtg balik tgk2 yg eksiden tu keta ko. Dah tu canner. Anak kucing dgn rambutan kering tu pegi mana? Hilang camtu je ke? Apa-apa pun, saya harap mimpi tu hanya mainan tidor. Semoga semuanya selamat.

Nizam.Ariff said...

LyDS,
tu la.. adakah aku pun terbabas macam lori tangki tu selepas nak elak anak kucing comel? tak tau...

apa yg pasti, apabila aku berjalan ke depan, apa-apa yg aku tinggalkan kat belakang pun berubah. Apabila aku nak undur semula ke tempat aku parking kereta, jalan tu dah tak ada dan bertukar jadi satu tempat yang lain (sawah padi di sg Manik)... adakah maknanya, hidup ini jalannya sehala.. menuju ke kubur??!!


huhuhhu.... tafsirlah sendiri .. setiap watak dan cerita tu ada signifikannya sendiri...

sepa said...

kalau mimpi ko berlatarbelakangkan kotabesar, deretan kedai mgkn bertukar menjadi kapal kontena agaknyer...


*eh ko dah soping rayer.?!

Nizam.Ariff said...

sepa,
aku masi belum mampu mengawal mimpi aku walau pun dulu (1994)aku pernah tulis satu artikel tentang mengawal mimpi...

tak.. aku belum shopping raya...
berayalah dgn apa yang ada, kesempatan yang ada...

Erna Hamdila said...

Bru mimpi kucing..dorg kata mimpi kucing main2 ngan kite. .murah rezeki..kalau tgk kucing tidur lak rumahtangge aman.kalau kucing cakar, ade org kurg cerdik tgh nk ganggu kite..pndek kata kucing ni tanda baik ;) insyaAllah..sy bru terjaga tgh mlm mimpi anak kucing main2 smpi la die peluk x nk lepas kn sy..x fhm...

Nizam.Ariff said...

Erma,
ye ke?
harap-harap betullah tu...
dan harap2 agar kamu pun sama, memperolehi yang baik-baik sahaja...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com