Tuesday, August 14, 2012

Sessi mengeteh edisi Ramadhan 2012

.

Setelah lebih setahun tidak berjumpa di medan teh tarik, kisah 6 sahabat ini diteruskan lagi dengan sessi mengeteh edisi Ramadhan 2012 di BBB. Sessi yang disepakati itu dimulakan jam 11pm dan berakhir sebelum masuk waktu Imsak pada malam minggu yang lepas. Restoran-restoran mamak yang ada 3-4 buah di sekitar situ penuh sesak gara-gara skrin lebar yang menayangkan secara langsung sukan Olimpik untuk kategori bolasepak akhir Brazil vs Mexico.

Dan inilah diantara cerita yang boleh aku kongsikan... selebihnya, terlalu sensitif kerana ianya mampu menggugat senario politik semasa... disamping itu, aku ingin kongsikan foto-foto mereka ...





Dia seorang pengurus projek kejuruteraan dalam lapangan minyak dan gas. Dia masih ada rasa bersalah kepada seorang rakan yang pernah diboncengnya 17 tahun lalu kerana tidak membantunya setelah terlibat dalam kemalangan akibat terlanggar lembu pada satu malam ketika dalam perjalanan ke pusat snooker. Dia yang turut terlibat dan cedera telah membiarkan rakannya tertiarap di tepi jalan.

Semuanya gara-gara terdengar bisikan kawan yang menunggang sebuah motor yang lain yang tak terlibat dalam kemalangan itu  "kalau aku terlentangkan tetiba mukanya dah hancur bergesel jalan, matanyanya hilang, hidung tertanggal.... hah, macam mana?". Tiba-tiba dia memandang wajah aku dan kawan yang aku boncengkan pula.

Akhirnya, ada seorang brader motor yang baik hati telah singgah lalu terlentangkan tubuh kawannya tadi, selepas kira-kira 20 minit kejadian itu berlaku...






Dia seorang jurutera kanan di sebuah organisasi elektronik terkenal. Dan dia masih berdendam a.k.a berkecil hati dengan 3 orang sahabatnya  kerana membiarkannya tertiarap di atas jalan raya selama 20 minit tanpa bantuan di dalam kejadian kemalangan melanggar lembu ketika dalam perjalanan ke pusat snooker kira-kira 17 tahun lalu.

Juga berkecil hati dengan berbelas-belas rakan yang lain apabila terpaksa menunggu keseorangan di klinik kerajaan dari jam 11pm sehinggalah jam 2am dalam keadaan kesakitan dan kesejukan akibat kemalangan itu. Semuanya gara-gara seorang sahabat yang tidak terllibat dalam kemalangan tadi telah mengatakan dia mungkin belum sedarkan diri dari pengsan di klinik kerajaan akibat kemalangan itu. Oleh kerana itu, para sahabat lainnya mengambil keputusan untuk lepak-lepak dulu di sebuah kedai kopi sambil pekena roti bakar dan mee goreng.

Akibat kelekaan bersembang, pukul 1am lebih barulah teringatkan tujuan datang tadi iaitu mahu melawat serta membawa pulang sahabat yang kemalangan tadi. Akibat kelekaan sahabat-sahabatnya itu, dia telah hampir-hampir terlelap di kaki tangga klinik kerajaan itu.






Dia seorang jurutera senior dalam syarikat permotoran. Dia dengan serius menegaskan bahawa isu air bukanlah satu isu sejagat tetapi masih setempat. Dan dia bermati-matian menegaskan bahawa strategist di pihak pemberita yang pro-kerajaan telah melakukan kesilapan yang sama seperti sebelum ini... propaganda yang melampau sehingga rakyat berasa meluat yang meluap-luap.

Demi menunjukkan bahawa isu air bukanlah satu isu yang besar di Selangor, dia telah minum 3 gelas air.. "see... I still can drink a lot of water what..?!"






Dia seorang pengurus projek kejuruteraan dalam lapangan petroleum yang berpusat di menara berkembar. Dalam banyak-banyak isu yang dibincangkan secara serius, dia masih mampu menyelitkan kisah seorang sahabat yang diboncengnya. Ketika berselisih dengan pelajar-pelajar wanita, mereka berdua terlihat pelajar-pelajar itu tersenyum simpul. Dek kerana teruja dengan respons itu, mereka ambil keputusan untuk berpatah semula dan berselisih lagi... dan lagi.. dan lagi beberapa kali. Sehinggalah dia terpandang yang kawannya itu memakai topi keledar terbalik.

Dia juga menegaskan bahawa dia menggunakan konsep minimalis-industrialis untuk kediamannya apabila aku bertanyakan konsep rumahnya, sebagai idea untuk aku. Setelah dia terangkan agak panjang lebar, barulah aku faham yang minimalis-industrialis juga bermaksud 'aku tak buat apa-apa pun kat rumah aku, malah plaster siling pun aku tak buat... beam pun nampak "








.

21 comments:

Lady Windsor said...

Boleh pulak dok semeja kengkawan kau yg mukanya tersembam kat jalanraya dan yang membonceng di belakang tu ya...kira sahabat dunia akhirat le tewww!

Nizam.Ariff said...

LW,
Itulah erti seorang kawan namanya... hahaha

smbotak said...

kalau beam pun boleh nampak, tu dah jadi extreme minimalis industrialis. hahaa! (stop the politic talk for now, ngeteh dulu...)

tasekM said...

hebat punya minimalis.
silap2 guna atap nipah tu..









krm salam kat kawan minimalis ko tu eh..

:D



.

Nizam.Ariff said...

SM,
entah kenapa aku tambah meluat tgk muka2 ahli politik ni...tak kira parti biru muda atau biru tua... sama je.





TM,
kalau atap nipah, bukan minimalis. itu trendy kut...

LydSunshine said...

Semuanya kejuruteraan belake. Jadi semuanya hanya 4 org saje. Kata 6 org? Yang pakai helmet terbalik tu ada tak? Hahaha.

Nizam.Ariff said...

LyDS,
yg 2 orang lagi tu: aku dan kawan yang duduk sebelah aku. payah nak ambik gambar dia sebab dekat sangat... hahaha

kawan pakai helmet terbalik tu tak ada...

sepa said...

kejap. aku nak teka gambar.

1. korok
2. dayaque
3. sam aka adik
4. mun dan jawe


.
eh iya ke.?!

Nizam.Ariff said...

sepa,
betulll!!!
macam mana ko tau ni ek?

sudipVSsenduk said...

aku adalah seorang pencacai di sebuah pejabat yg econ nya telah 3 tahun rosak tak berganti...

Nizam.Ariff said...

sudip,
aircond pejabat rosak musim panas-panas begini sungguh menyeksakan... huhuhu

ASH said...

apasal kawan ko semua injin nyor jer..
yang jadi cikgu tadika macam aku takder ke??
.
.
.
.
.
hahahahahahahaha

Nizam.Ariff said...

Ash,
yang jadi cikgu tadika mungkin bini-bini dia org.. muaahahaha

sepa said...

banyak la Mun punya minimalis...

eh. aku masih ingat suatu masa dulu. Mun email aku, nak mintak suggestion nama tuk anak pompuan dia...
sudahnya dia bagi nama Mustika Hati... eh betul ke.?!

Nizam.Ariff said...

sepa,
entah la... aku tak tanya pulak.
kita orang tak sembang pasal anak bini masing2...
kita org cerita pasal anak bini orang lain... hahaha.

aku pun baru tau mun ada 3 orang anak, yang kecil baru setahun lebih. itu pun bila aku trnampak kerusi baby dalam keretanya... bila aku sergah pesal ada kerusi baby dalam kereta dia, cepat2 dia kata, itu kereta wife dia punya... tak jadi aku nak kutuk... hahaha

Kesuma Angsana said...

confius sekejap baca n3 ni hehehe

Nizam.Ariff said...

KA,
ia menceritakan orang yang di dalam foto tu...

secangkir madu merah said...

diorang tak bertumbuk ke? kan ini kes dendam kesumat yg dah tersimpan selama 17 tahun kan?

Nizam.Ariff said...

SMM,
dendam tu tersemat kemas dalam lipatan hati hingga ke hari kiamat tak terungkai ikatan tu... hahaha

gOOsh said...

terbaekk la bro...

Nizam.Ariff said...

gOOsh,
toceh-toceh-toceh....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com