Sunday, August 12, 2012

The Shashimi of my life

.

Ini ialah Ikan Bawal Masak Towchoo..






Mungkin menjadi satu trend, sejak Masterchef berkumandang, ikan biasanya di siang dengan keadaaan mata, mulut dan gigi yang jelas utuh. Memang biasa kalau di restoran-restoran besar dan ternama, penyedian lauk biasanya sedaya upaya akan cuba kekalkan rupa semulajadi. Ia menambahkan seni hidangan itu sendiri... kadang-kadang... Biasanya, orang kampung seperti aku ini, seingat akulah, kalau aku yang menyiang ikan pasti aku akan potong sehingga separas insangnya. Kecuali ikan yang besar-besar kerana masih ada daging di sekitar kepalanya.


Beberapa belas tahun dulu, aku pernah ke Jepun dan pada satu malam diantara malam-malam aku di Negara Matahari Terbit itu, aku dipelawa untuk makan malam di sebuah restoran Jepun yang terkenal dengan Shashimi (hidangan mentah). Encik Jepun itu beria-ia mahu memperkenalkan masakan/makanan Jepun kepada seorang anak muda yang masih mulus nafsu makannya. Dan sebagai seorang anak muda yang masih suci jiwa makannya, aku sentiasa menolak dengan perlbagai alasan yang aku anggap cukup munasabah pada ketika itu.


Dia telah berberapa kali mengajak aku makan Shashimi namun setiap kali dia memesan Shashimi, aku hanya makan Tempura. Sehinggalah pada satu malam itu, di sebuah restoran ikan segar di bandar Tokyo, dia memesan lagi beberapa ekor ikan kembung (Mackarel?) dalam bentuk Shashimi.


Kali ini adalah satu penyiksaan yang tiada bandingan lagi. Bukan siksaan kepada aku tetapi kepada Ikan Kembung itu. Badannya telah pun dikelar-kelas hingga ke tulang dan telah pun direnjis dengan lemon namun perut dan kepalanya masih utuh segar... mulut Ikan Kembung itu masih MENCUNGAP-CUNGAP...!


Perlahan-lahan aku capai chopstick buluh dan aku kepakkan agar terpisah dua. Aku gunakan keanjalan jari-jemari mulus aku untuk menyepit segumpal daun hiasan pinggan kemudian aku dekatkan kepada mulut Ikan Kembung yang masih tercungap-cungap...

"What are you doing, Nizam san ?" Encik Jepun terkejut apabila melihat apa yang aku buat.

"I think the fish is still hungry,  I'm feeding some weed... poor fish"


Dan untuk kesekian kalinya, aku masih mempunyai alasan untuk tidak makan Shashimi pada malam itu...







.

9 comments:

ckLah @xiiinam said...

Tak tipu, hari ni ckLah memang masak bawal bertaucu. Seekor dah selamat dihantar ke asrama Bin. Cuma, kali ni tak bubuh gimun.


Deejavu pulak ya! Hehehe...

ckLah @xiiinam said...

*gimun tu maksudnya timun. Lapar ni....nak sentuh skrin tablet pun ketor. Hehe

Nizam.Ariff said...

Cklah,
bawal juga ye?
huhuhuhu.... sedap tu.
selamat berbuka puasa....

secangkir madu merah said...

Mak aku suka masak ikan masak taucu tarok timun tapi kat rumah aku sendiri aku tak pernah masak lauk itu sbb aku tahu lauk tu tak laku kat rumah aku ni... hehehe

Lady Windsor said...

Makaihhh boleh main2 dengan ikan nazak tu...sadiss oii...tapi aku suka raw salmon..kalau pekena dengan sushi..memang oishiii! So sampai la ni memang tak makan sashimi ye?

aku tatau siang bawal...sebab aku rasa bawal ni spesies pelik, badan lebar tapi mulut kecik dan insangnya pun payah aku nak tarik..aku makan kat kedai je..

Anonymous said...

tak baik wo, seksa binatang ni...

Nizam.Ariff said...

SMM,
aku suka masak towchoo tapi aku suka yang pekat-pekat tu. kalau cair tu kurang sikitlah...




LW,
tak.. aku dah transform dari segi makanan Jepun.





SM,
tu sebab aku tak makan.. hehehe

LydSunshine said...

Hahah.. ini kelakar. Jadi, ko betul2 suapkan ikan tu ke?

Nizam.Ariff said...

LyDS,
alaaa... main2 je... mulut ikan tu bukannya besor pun.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com