Monday, August 13, 2012

The Shushi Story...

.

Pada satu tahun yang lain pula, aku datang semula ke negera matahari terbit itu. Kali ini, lidah perawan masakan Jepun yang aku pertahankan kesekian lama telah pun ditebuk tupai. Ketaksuban aku dengan masakan-masakan Melayu, Nusantara dan Oriental telah luntur sedikit.


Pada satu malam itu, aku bersama-sama beberapa rakan senegara dan bukan senegara telah menjamu selera di salah satu restoran Shushi yang terletak tidak jauh dari pelabuhan pemunggagan hasil laut kedua terbesar di Jepun, berdekatan Tokyo.



video



Cuba lihat tukang masak @ pembuat Shushi itu. Tak duduk diam. Asyiklah berjoget sambil tangannya sibuk mengepal nasi yang dicampurkan dengan cuka beras dan ditampalkan pula dengan variasi daging-daging mentah. Ikan Tuna, Kod, Udang, Ketam, Salmon, Kurita... macam-macam telah aku makan.


Termasuklah telur landak laut... Rupa telurnya seperti cirit budak berusia 4 bulan. Warnanya keperang-perangan dan lembik. Rasanya ? Masin-masin dan ada rasa pahit dihujungnya. Aku pun pelik, dalam banyak-banyak makanan laut yang ada, kenapa telur landak laut itu juga yang digemari oleh orang-orang Jepun.







.

26 comments:

Lady Windsor said...

Bhahahaha...tak menahan aku dengan ayat 'lidah perawan yang sudah ditebuk tupai'..adehhh kalau cikgu BM dengar ni, nangess...

Err telur landak laut? maksud ko sea urchin tu ke? Telur ke atau isi landak laut? Fugu ada makan?

SM said...

aku pernah makan sushi beli kat giant je. haha!

Nizam.Ariff said...

LW,
ye la... lidah aku masih suci dari menyentuh seafood yang belum dijamah, dioles, digomol api.... hahaha

Ya, sea urchin dan telurnya yang dimakan, aku tak tahu pula tentang isinya...





SM,
kalau pegi petang2 sikit, boleh beli borong.... hahaha

Lady Windsor said...

Kau patut try buntal tu..kan ke rakyat Jepun sker makan mende pelik neh..

Nizam.Ariff said...

LW,
aku tak nak kena racun tetrodotoksin weh... kebas lidah seminggu, silap2 jadi Zombie... hahahaha

tasekM said...

alaaa.... tak mo la mkn cirit...




.

CPLUmiYGKiuT said...

saya makan kat sushi king jee.. jauh nak kesana.. ahaha..

Nizam.Ariff said...

TM,
alaaa...... taik minyak pun ko makan, inikan cirit... sedap weh.. ada rasa pahit-pahit masin... keh keh keh

Nizam.Ariff said...

CPL,
aku tak pasti lak kat shushi king ada telur landak laut ni...
kalau ada, cuba la...

CPLUmiYGKiuT said...

telo ikan warne merah jee ade kat situ...

ade rupa otak ketam kee.. klu ade pon mahal kott...

Nizam.Ariff said...

CPL,
hah... entah-entah yang kuning2 rupa otak ketam tu la telur landak laut tu...

takpe la.. tak sedap pun..

LydSunshine said...

Ooohoii.. telur landak laut eh... Cara ko describe pun aku mcm dah tak sanggup nak tgk. Tapi aku sgt suka sushi. Yg mentah2 tu tak sgt la. Aku suka tuna dgn egg mayo. Heheh. tak berapa nak original la kalo tak mentah ye dok?

Nizam.Ariff said...

LyDS,
haah... kena mentah2 la baru best...
kena pulak daging ikan Tuna yang merah2 macam halwa tu.. perghh..
terasa manisnya.

bila dah makan mentah2, bila tengok lengan sendir mulalah macam nak geget-geget je... hahaha

amn said...

masa kapal docking dulu aku rajin ke subway di kannai....setiap piring ada warnanya...

Nizam.Ariff said...

azani,
apa lagi.... kalau dah biasa, ikan keli pun boleh dimakan terus mentah2 la sekarang ni kan?

hahaha

sepa said...

telur landak laut itu, kalau kat msia mgkn sambal petai eh...


.

ASH said...

Kalau makan muntah jadi badang.
.
.
.
.
.
makan cirit?
.
.
.
idak le lalu teman...

Nizam.Ariff said...

sepa,
banyak la ko punya sambal petai...
kata orang laut, takkan tak pernah rasa telur landak laut tu?



Ash,
kalau makan cirit, mau masuk spital... kakaka

sepa said...

yer yer aku anak nelayan. terlupa eh. hahaha...

mana ada org berani tangkap landak laut...!!!

seahorse aku suka la tangkap, sebab kecik sebesar jari kelingking jeh, atau lebih kecik...

mainmain kat tepi pantai kekadang bulih jumpa.

Nizam.Ariff said...

sepa,
tangkap guna penyangkuk la...
sea urchin tu pembunuh coral tau... elok dibuang. tapi sebelum dibuang, makan dulu telurnya.

kalau ko kumpulkan telurnya dan eksport ke Jepun, mau cecah ratus-ratus dollar sekilo tau..

Lady Windsor said...

Paling handsome pun aku pernah makan ikan sebelah je...mak aku goreng macam keropok..yg pelik2 macam telur sea urchin tu memang harommm nak sampai ke lidah aku...

Nizam.Ariff said...

LW,
hehehe... tak sesedap mana pun.
tapi tu la.... namanya pun makanan exotic. aku mende2 yg exotic ni aku curious sikit nak tau... hahaha

Lady Windsor said...

Bagus juga, arwah bapak aku pesan, kalau halal, try je sekali seumur hidup, baru thrill..aku nak try daging landak ni, mana nak cari...

Nizam.Ariff said...

LW,
hari tu daging landak ni masuk TV... aku lupa pulak kat mana ladangnya. mungkin area Negeri Sembilan. Ladang landak... jadi memang boleh beli.

Kesuma Angsana said...

KA mmg x leh telan lah menatang sushi mushi ni hehehe

Nizam.Ariff said...

KA,
belum cuba belum tahu...
makan nasi dengan ikan mentah sedap kakkkk...!

yummy!

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com