Thursday, September 27, 2012

Accounting versus Engineering

.

Seingat-ingat akulah, aku mula terdengar dengan akaun 'imbang duga' dalam subjek perdagangan semasa di tingkatan 2 atau 3, kalau tak silap (pada masa tu masih SRP, bukan PMR). Aku ingat-ingat lupa sebab apabila aku masuk tingkatan 4, aku ambik aliran sains ekstrem. Aku ambik Fizik, Bio, Kimia, Math, Add Math, Sejarah, BM, Agama dan BI. Pada masa itu gandingan Fizik, Kimia, Bio dan Add Math adalah gandingan MAUT.

Tapi pada masa itu muzik aliran 'metal' (death, speed, heavy, thrash) berkembang pesat. Perkataan 'death metal' dan 'maut' semacam elok-elok je. Macam sekufu je. Jadi, gandingan MAUT itu bagi aku adalah biasa-biasa, sesuai dengan darah muda beraliran 'metal' pada masa itulah. Ya, zaman-zaman 'rock tak main cintan'...zaman gitar Kapok boleh berbunyi gitar karan... hahaha. 

Gandingan lain ialah Perakaunan, Bio dan Geografi. Ada juga yang ambil gandingan Perakaunan, Fizik, Sejarah. Aku dah lupa sama ada Add Math adalah wajib kepada kami semua atau tidak pada masa itu.

Pada masa itu, subjek Perakaunan hanya diambil oleh budak-budak perempuan. Hanya satu kelas tetapi penuh dengan perempuan. Subjek itu bukan pilihan lelaki. Malah, pada masa itu mana-mana pelajar lelaki yang ambil akaun adalah sungguh tak rock! Pada masa tu, kami bayangkan akauntan berpakaian kemas bertali leher dan berkemeja dan berseluar 'slack'. Sungguh tak masyuk dengan jiwa kami yang metal...



Berbelas tahun....

Berpuluh tahun...

Kemudian............

Pada hari ini.......


Pada sekarang ini, aku sedang mengadap Managerial Accounting. Huh! Badi apakah ini? Aku pernah dropped kertas ini pada 2 tahun lepas, konon-kononnya mahu lari tetapi semester ini aku dah tak boleh lari lagi, aku kena ambil. Ini sungguh tak adil! Kalau aku minat perakaunan, dahulu lagi aku tak ambik gandingan MAUT itu.


Bila aku tenung-tenung format Trial Balance, Income Statement dan Balance Sheet, makanya apa yang aku perlu buat untuk exam nanti hanyalah hafal. Prof pun dah pesan, dia kata dalam slanga British ' you've got to memorize the format, there is no other way'.

Jadi, apa yang perlu akauntan lakukan ialah sediakan/carikan nombor dan padankan pada tempatnya. Pada akhir tahun, buat financial reports. Lepas tu, kiralah cukai... dan pastikan bos setuju nak bayar cukai.


Sudah nasib aku menjadi seorang jurutera. Tak mengapalah, sekurang-kurangnya, hasil kerja aku adalah tak terbatas dengan teknologi zaman sekarang. Teknologi berkembang. Tak statik. Kalaulah ada kemampuan (masa, wang, kepakaran dll) dan kesempatan (pengetahuan teknologi terkini, umur dll), apa yang membataskan sesuatu itu hanyalah fikiran... hanyalah imaginasi terhadap masa hadapan.... ya, imaginasi tanpa batasan.... menghasilkan karya-karya yang baru.. dan baru.. dan baru... sepatutnya seorang engineer tidak bosan hidupnya, sepatutnyalah.. hahaha.

Ah... bosan juga...!





.

22 comments:

alienpakailipstick said...

Elo.kita dah ada rumah.tapi tak le semeriah mcm umah awok.jemput datang

alienpakailipstick said...

Elo.kita dah ada rumah.tapi tak le semeriah mcm umah awok.jemput datang

Nizam.Ariff said...

alienpakailipstick,
elo.. kita dah sampai rumah awak semalam tapi awak tak de kat rumah....

tasekM said...

dia begini.

utk seorng engineer yg kena belajar akaun, mmglah lecturer akan kata 'sila hafal format'.

nk bg mudah pas periksa.
bukan nk bagi faham sgt pun... ko percayalah cakap aku.

tapi hakikatnya seorg akauntan tak hafal format tapi kami kena faham kenapa format itu begitu rupanya.
dan... format juga boleh dipersembahkan dalam banyak bentuk dan bukannya statik.
asalkan asasnya on track.

perakaunan itu satu bentuk seni sebenarnya.

ok.
cukup komen aku.

ni aku nk berleter pulak.
kah2.


ooo.... dah ko punya akaun tak imbang.
ko serah kat aku suruh imbangkan.

belakang2.
bila kita terang lebih sikit, dia cakap... 'aku engineer... aku boleh faham. engineer boleh faham kerja org akaun.. cuma org akaun je yang tak boleh faham kerja engineer...'.

sekarang aku faham.
di mata seorang engineer.... Apa sangatlah kerja buat akaun tu...?





.

Nizam.Ariff said...

TM,
keh keh keh...

itu je nak cakap.

secangkir madu merah said...

Jadi engineer pun bosan? Agak2nya kalau kau jadi suri rumahtangga macam aku ni, bagaimanalah gamaknya ya?

Nizam.Ariff said...

SMM,
menarik... sebab tak sibuk nak layan karenah manusia yag datang pelbagai ni... layan karenah famili je...
engineer ke gak layan karenah famili.

Linda Ismail said...

tasekM
suka aku tengok ko bebelkan si Aeron tu

Nizam.Ariff said...

Linda,
pesal ko sokong dia lak ni?
gender bias la nih....

Kesuma Angsana said...

KA mmg dh ingat lagi hal2 akaun waktu school2 time dululah hehehe

Nizam.Ariff said...

KA,
lama dah tu.... hahaha

ASH said...

ko injineer ke
ko akaun ke
ko suri rumah ke..

.
.
.
.
jangan susah susah..
.
.
cuber jadi cikgu tadika macam aku!
haha

sepa said...

ah...! ko nih dalam 'mid-life crisis'.!

oya, addMath adalah wajib untuk semua. aku ambik geografi tuk ganti sejarah - maklumla anak nelayan.!

.

Lady Windsor said...

arghh aku memang tak boleh jalan dengan angka tu...tapi aku salutelah bagi mereka dan keluarga mereka yang belajar accounting ni..

aku boleh menghafal, tapi menghafal angka dan formula...totally not me..kalau teori rethoric ok!

Nizam.Ariff said...

Ash,
tak bosan kut sebab saban tahun jumpa karenah budak2 yang berbeza..... cuma letih je la melayan budak2 tu.. kan?



sepa,
sib baik ko tak jadi ahli geologi eh....
kalau tak, dah tentu ko lepak kat pelantar minyak..

eh, bukan ko dulu kerja kat Shell ke? pesal berhenti?

Nizam.Ariff said...

LW,
teori retorik la yg lagi pening..
benda tak nampak bayang2 pun... hahaha

sepa said...

aku anak nelayan yang pernah ke laut hanya 2 kali, dan tak dak cara boleh hilang mabuk laut...!!! dan tak bulih tahan hangat laut kala siang, dan dingin menusuk kala malam... itu belum lagi aroma laut lagi.!

itu pasal la aku kerja di kompeni yang berpijak di tanah.


hehehe

Nizam.Ariff said...

sepa,
huh.. pengalaman sebegitu patutnya kau bukukan!

Lady Windsor said...

Sepa
aku serender dengan mabuk laut..nak putus urat perut...ampun..aku tak ingin melaluinya lagi...dua hari tak boleh bangun..huhu!

Nizam.Ariff said...

LW,
teruk eh?
aku belum pernah kena mabuk laut... tak cuba lagi sebenarnya.

kucingorengemok said...

ok, baru sempat baca komen. dia cakap gitu tas?

BOIKOT!

kalau ada bendera aku bakor sekali...!

Nizam.Ariff said...

KOG,
nantila akubuat bendera lanun... ko bakor ko pijak2 ek..

hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com