Wednesday, September 12, 2012

Air Daun Ketum berubat nyamuk...

.

Air ketum ubat nyamuk


BANDAR TUN ABDUL RAZAK: Lingkaran ubat nyamuk serta beberapa pil kuda gred A yang direbus bersama daun ketum dikesan menjadi ‘resipi’ pilihan utama bagi segelintir tukang masak air ketum konon didakwa mengeluarkan aroma harum selain didakwa tonik terbaik meningkatkan tenaga batin.
Kedua-dua bahan itu yang dikatakan luar biasa akan dicampur bersama timbunan daun ketum dalam periuk sebelum dikacau selama tiga jam hingga mendidih sebelum api dapur gas dikecilkan bagi menjaga kualiti air ketum berkenaan.

Difahamkan, bagi penggemar ‘air racun’ itu, mereka dikatakan lebih suka kepada daun ketum yang mempunyai urat merah berbanding urat putih, sekali gus mendapat permintaan tinggi di kalangan penagih tegar. (lagi... )

Sumber: myMetro



Huh! Baru je sebut-sebut pasal air ketum dah keluar artikel lagi pasal daun ketum atau daun pokok biak ni. Kenapalah dia orang minum air ubat nyamuk. Aku rasa lain kali kena tukar 'ubat nyamuk' kepada 'racun nyamuk', baru dia orang sedar agaknya. Lagi satu, siapa yang cipta resepi air ketum bercampur ubat nyamuk ni agaknyalah? Ahli kimia?

Air rebusan pokok biak telah menjadi ubat tradisional sejak berkurun lagi, itu yang aku diberitahu, dan digunakan sebelum wujudnya resepi ubat nyamuk tu. Penyalahgunaan resepi itu patut dikekang. Tapi, tak pernah pulak aku dengar air tongkat ali bercampur ubat nyamuk. Tongkat ali campur ganoderma pernahlah aku dengar. Tonik juga tu...





.

4 comments:

Lady Windsor said...

bodo gila kan derang ni sanggup minum air ubat nyamuk...cepat nau cayer mende bohong macam neh..

sepa said...

aku agak, jam diaorang rebus dun ketum, ubat nyamuk terjatuh masuk ke dalam belanga, bila test, kaw... maka jadila resipi yang sah.!

*eh. proses 'vulcanization of rubber', yang menghasilkan 'durable' rubber untuk buat tayar, adalah proses yang tak sengaja, dikisahkan, suatu ketika, dak saintis tercurah Sulfur ke dalam adunan rubber...

ada kaitan, tak?!

Nizam.Ariff said...

LW,
dia org bukan nak sihat. dia org nak sakit. sakitlah yang datang... hahhaa



sepa,
hah.. aku pun terfikir yg sama...
ubat nyamuk terjatuh.
mula2 tak sedar. bila dah minum baru terasa kaw dia punya goyang... bila tonggang habis baru nampak saki baki lingkaran ubat nyamuk.. tu yang menjadi tu... hahaah

Unknown said...

Bodoh ke ape kau ni?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com