Thursday, September 6, 2012

Bahan tambahan seharian...

.

Aku terfikirkan beberapa perkara...

  • Pembasmi bau busuk udara seperti yang jenis sembur-tinggal-wangi sememangnya menyenangkan. Dia punya tahap senang tu kalau nak segarkan bau sahaja, terus sembur dan wangilah nanti. Bukankah sebenarnya semua tu bahan kimia? Dan kita hidu bahan kimia industri itu masuk ke dalam paru-paru?
  • Lebih dahsyat, pewangi dalam kereta. Sudahlah suhu di dalam kereta biasanya panas. Maka pewangi pun meruap (seperti yang diformulasikan) dan kita pun sedut dalam-dalam... 'perghhh... segarnya kereta ni' , kata kita. Bukankah kita telah memasukkan bahan kimia industri ke dalam tubuh kita?
  • Ada sekali tu aku tertonton acara membuat kek/roti berskala industri. Pengadunnya yang berupa besi tahan karat, walau pun keras kematu, ia tetap akan 'haus' (worn out). Bila dah haus, ia pun menipis dan perlu digantikan. Bukankah kalau haus bermakna sedikit besi tahan karat telah pun teradun bersama-sama dengan 'doh' kek/roti?
  • Kita makan segala jenis makanan yang berwarna warni, adakah warna-warna tersebut semula jadi?

Bukannya apa, aku kesian juga bila fikirkan kilang-kilang kumuh dalam tubuh kita ini untuk menapis dan menyahkan bahan-bahan yang tak diperlukan tubuh. Oh ya, mineral termasuk zinc dan besi diperlukan tubuh... .jadi aku rasa kes pengadun kek/roti dari besi tahan karat itu menjadi zat mineral tambahan untuk pelanggannya...




 


.

16 comments:

kucingorengemok said...

haha, kelakarnya perokok risaukan kimia industri & pewangi kereta masuk paru² ;)

buah kedondong said...

korek kek dari tin...
guna la baking paper, takdela direct contact dengan kek tu...

buah kedondong said...

KOG,
perokok risau masuk ikut hidung, kimia masuk ikut mulut dia tak heran

Nizam.Ariff said...

KOG,
aku lagi pelik orang yang hidu gam atau bahan2 yang sewaktu dengannya tu.. kakakaa




BK,
hah... tin pun ada salutan bahagian dalaman dia kan? aku dgr tu pun bahaya gak tu...

JunAina said...

Hari2 hidu asap kenderaan...lagi hebat. Pewangi ada gak wanginya, apa pulak ada pada asap.

Hidup kita ni tak leh lari dari menjadi mangsa keadaan.

Saya tak isap rokok tapi terpaksa gak hidu asap rokok teman sebelah...ehehee...

Nizam.Ariff said...

Jun,
betul tu.. aku kesian kepada orang2 yang bawa motor terpaksa berhenti di lampu isyarat di sebelahnya lori dengan asap hitam pula....

sepa said...

eh eh bang. bukan ke element aloi untuk besi tahan karat tuh samada Nickel atau Chromium atau kedua2nya, dalam jumlah yang sangat kecil la tapi, cukup sekadar untuk membentuk lapisan pelindung dan memberi ciri kilat. nah.! jelas sekali, bila bahan nih menghaus, memang sahsah menjadi sebatian di dalam kek/doh, dan kitapun makan sama eh.!

aku teringat, dalam kelas subjek kaca. Prof tuh tunjukkan gelas yang pudar bahagian dalam. Katanya, gelas nih pudar sebab sebahagian atau dalam amaun yang sangat sedikit melarut di dalam air. dan kita secara tidak langsung menelan kaca itu, yang secara saintifik elemennya ialah Silika. Katanya, kita minum air yang bersilika.
tetapi... katanya lagi. sekiranya kita beli gelas yang tahan hakisan dan tidak mudah pudar, biasanya mahal dan berjenama kelas, kemungkinan gelas pudar adalah sangat kurang. dan lebih selamat untuk digunakan. katanya lagi, sekiranya nak beli gelas, belila yang mahal sikit.
...dan katanya lagi...
gelas yang berciri berkilat dan memantulkan cahaya, ada elemen lead (aka Plumbum). Lead nih memang terkenal toksik, di Perancis atau Italy brand yang berkilat nih sangat mahal, seperti Arcopal atau Bohemia, namun sangat stabil. Di China, ada jugak pembuatan gelas yang berkilat dan jauh lebih murah, malangnya kurang stabil. Katanya lagi, sekiranya nak beli gelas yang berkilat nih, pastikan yang benar2 mahal, sebab stabil. Sekiranya kita beli yang tak stabil, kita minum air dari gelas tuh, dengan Silika dan Lead sekali...

*oya, ada tempat, depa guna gelas dari silver. orang yang minum dari gelas nih, mungkin akan bertambah nilainya dari semasa ke semasa... kalau yang guna gelas dari emas, lagila bertambah nilai. aka tiada susut nilai. maksud aku, bila depa mati, kita bulih mining kat kubur depa. hehehe...

*aku agak, minum dari dalam tempurung lebih environmental eh.


:)

Nizam.Ariff said...

sepa,
nak tambah sikit.
gelas a.k.a kaca sebenarnya bukan pepejal!
kaca sebenarnya adalah cecair. Itu kata saintis. Tu sebabnya tingkap kaca kat eropah yang berusia berpuluh malah beratus tahun akan didapati kacanya lebih tebal di bahagian bawah berbanding di bahagian atas. Sebabnya, jirim kaca turun ke bawah atas tindakan graviti.

FYI juga, Activated Charcoal dihasilkan daripada tempurung kelapa. Sesudu activated charcoal mempunyai luas permukaan lebih kurang padang tenis, gitu le lebih kurang... jadi, aku sarankan, sebelum ko gunakan tempurung tu, ko bakar dulu tempurung tu pada suhu 110-120 degree selsius dan pastikan tiada tindakbalas dgn oksigen. biarkan sejuk. lepas tu panas kan semula dan alirkan gas (ozon?) untuk menjadikan tempurung tadi tu poros. kemudian, gunakan tempurung tadi sebagai cawan minuman.... amacam?

ckLah @xiiinam said...

Zam pernah dengar tak ada orang cairkan straw untuk dicampur dalam tepung pisang goreng supaya tahan rangup walaipun dah sejuk. Benda ni pun ada dalam bawang gorng yang siap dijual tu. Sebab tu bau bawangnya lain, terutama kalau dah masuk peti sejuk...

LydSunshine said...

Banyak lagi bahan tambahan yg kita dah makan. Air paip tu pun, kalo yg tak bertapis, ko telan la skali dgn karat2 besi paip dan kapur barus. Kalo tgk penapis air tu, sminggu je kuning, seminggu je kuning. Sejak kecik aku minum air paip tak bertapis. Dah tu canner?

Tapi betul ke penapis air tu betul2 pekdah?

Nizam.Ariff said...

cklah,
pernah dengar...
tapi aku cuba nak goreng straw tak bleh la pulak. cer eksperimen sikit... goreng straw tu dalam minyak, apa jadi?

Nizam.Ariff said...

LyDS,
tentang tapis air tu memang benar2 pekdah...
kecuali dari segi tapisan logam berat/beracun... itu aku tak pasti boleh ke tak... kalau reverse osmosis memang boleh cumanya.... air suling macam tu tak ada nilai khasiat.... kalau tak ada mineral dalam intake harian nanti mineral dalam badan pulak yang melarut sebab nak pastikan kepekatan mineral dalam badan stabil.... haaa. camner tu?

sepa said...

ye ye memang benar. dalam literature pun depa kata kaca adalah 'very high viscosity liquid', kerana, untuk bulih digelar solid, semasa proses menjadi pepejal, mestila ada pembentukkan nuclei. kaca sebaliknya, tiada melting point, hanya softening point saja. mengeras dari softening point tuh... gitu la lebih kurang.
oya, lobster adalah serangga, walaupun hidup di laut kerana ada 6kaki. :)

activated karbon, sangat aktif bang. ko keluarkan je dari karung yang kedap oksigen, tatkala bersentuhan dengan udara, dah spark eh.! kelebihan karbon dalam filtering proses tidak dapat dinafikan kerana karbon bulih menyediakan tapak untuk memerangkap sehingga ke tahap element, tapi untuk virus yang sangat kecil, masih bulih terlepas. tetapi, alternatifnya, depa cipta micro-pore seramik.
ok. dari ko guna activated karbon, baik ko guna micro-pore seramik jeh. dah memang ada di pasaran.! dan seramik adalah okside yang sangat stabil.


...

eh. dah macam perbincangan ilmiah nih bang.!

Nizam.Ariff said...

sepa,
aku cuma nak cakap, daripada ko nak guna tempurung kelapa, baik la ko bakor dulul tempurung tu... hahaha

sepa said...

brader,

dengan parameter2 yang ko bagi, aku rasa, tempurung yang ko suruh aku bakar, mau jadi abu...!!!

eh. apa kata guna buluh betong.?! hehehe

Nizam.Ariff said...

sepa,
buluh boleh juga ke?
aku ingat dibuat meriam je.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com