Tuesday, September 18, 2012

Cerita tentang Pesona Hati

.

Aku dah tulis di MM tapi aku rasa aku patut angkat karya yang ini ke sini juga sebab ia mungkin cerita sejagat kita... hahaha.




Si Pesona Hati

Ketika subuh menjelang, si pesona hati datang

membalut suasana kelam jadi girang, riang

tatkala tubuh mengerekot, memeluk lutut ke dada

renjis langit belum sidang, langit tiada terang

cicip burung belum berkumandang


Si pesona hati memeluk erat, tinggalkan bekas cinta

berbekas sepuh merah di atas dada, di balik telinga

terkulai tubuh dalam kesejukkan, hening subuh belum nyata

azan berkumandang hilang disapu nikmat cinta 


alangkah sedihnya jiwa.

 





 [psst: pasal pesona hati, sepuh merah, terkulai dll tu jangan fikirkan lebih-lebih. Ia hanyalah metafora...]

.

20 comments:

tasekM said...

takde2.
takde metafora2.

dh ko mmg dasar kasanova.
ada le angau ke sapa2 tu.
kekasih lama misalnya.
aku dh kenal sgt...

:p




.



Nizam.Ariff said...

tm,
keh keh keh... tetiba ko mengamuk lak..

secangkir madu merah said...

Ketika siang melabuhkan tirai senja.. pesona hati bermurung durja.. mengenangkan nasib ditimpa nestapa..
wahai jiwa..
di mana cinta bertapa?

LelakiSemalam said...

hehe aku baru nak fikir begitu...

Lady Windsor said...

Pesona hati,
kukenalimu baru sekejap
dan sekejap itu juga aku mengenalimu...



haaa okeh tak madah berhelah aku ni...ada gaya seni tak eh?

Nizam.Ariff said...

SMM,
dimana cinta bertapa?

cinta ada dilubuk hati senja...



lelakisemalam,
keh keh keh... ko pun sama nak mengamuk... hahaha



LW,
boleh2x
dikenali sekejap je sebab bila terjaga habis segalanya... hehehe

Lady Windsor said...

Ahhh salah2, ko salah tafsir tu...Cuba lagi!

sepa said...

eh. TM kata ko angau!. kahkahkah.!

isytifar, bang.! hehehe...

tapi, aku rasa ko risau burung2 di hutan tak makan, obor2 di laut putus kena propeller kapal... :D

Nizam.Ariff said...

LW,
err...pasal cinta pandang pertama, terus lekat?



sepa,
weh... itu isu sejagat yang diutarakan oleh Naga Chen....

Kesuma Angsana said...

amboi jiwang x hengat ni

Nizam.Ariff said...

KA,
belum malam jumaat lagi kak...

Lady Windsor said...

hallooo nak jiwang nak kena tunggu malam jemahat ka?? Apakah...wakakaka

errr tekaan ko tu hampir tepat...tapi ia mengenai friendship actually..aku ingat statement tu walaupun dah bertahun aku baca cerpen itu...judulnya Hati Milik Kesuma karya Hizairi Othman...penulisnya pun dah hilang entah ke mana...bagi aku cerpen ini sangat romantis dan setiap kata-kata dalam cerpen berkenaan menyumbang kepada satu rasa yang sangat mengujakan. o ya cerpen ini adalah cerpen remaja yang aku baca berpuluh tahu lalu...kini aku dah masuk kategori remaja purba...haha!

Nizam.Ariff said...

LW,
aku pernah dicabar dan aku juga pernah mencuba menulis cerita berkisar tentang cinta dan romantis... aku gagal... hahaha.

Cerpen Kecubung itu sebenarnya adalah percubaan aku untuk menulis tema Cinta... tapi tengoklah akhirnya.... jadi cerpen misteri akhirnya...

Mungkin aku ni jenis yang keras... jantan yang jenis payah nak mengaku cinta.... hahaha

dan memang cerita romantis sungguh tak masyuk dgn aku.... hahaha

Lady Windsor said...

hahaha...meh aku challenge ko buat cerpen berunsur romantis..nak tak?:) Aku dah lama tak asah mata pena..ni baru nak warm up balik...

Nizam.Ariff said...

LW,
tak payah celen...
kak SMM dah celen aku... aku dah failed... hahahaa

aku nak celen ko... buat cerpen tentang perasaan bengkeng yg terpendam seorang wanita... aku nak ko olahkan guna bahasa2 yg kasar2 yg mencerminkan perasaan tu..
amacam? keh3

Lady Windsor said...

ok boleh...ko bagi aku masa semalam dua...la ni aku tengah berperang dengan dateline...nanti da siap aku email ke ko eh...nak yang bengkeng2 yek..

Nizam.Ariff said...

LW,
yup... gaya ala2 'Bunohan' gitew... hehehe.

post la kat Secrets 7 Penulis tu...

Lady Windsor said...

Oo aku memang nak kena buat comeback kat S7W..tungguuu...

Nizam.Ariff said...

LW,
aku tungguuuu....

Lady Windsor said...

wokehh!

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com