Saturday, September 8, 2012

Comelnyaaaa..... macam nak gigit-gigit je

.

Seperti kereta mainan...



...di ruang pameran PROTON Edar, Kompeks Kecemerlangan, USJ.



Ada juga aku terfikir bagaimanakah orang lain berfikir sebelum membuat keputusan. Pastilah sebelum keputusan itu dibuat, proses berfikir itu memerlukan input tertentu yang berkaitan. Cuma, sedalam mana proses untuk berfikir atau sekompleks mana proses itu selalunya bergantung kepada nilai yang ada pada subjek untuk dibuat keputusan itu.

Contohnya, kereta Lotus comel itu. Bagi orang yang macam aku (yang nak betulkan kamera yang rosak pun berfikir 2-3 kali: masih boleh dipakai lagi atau dah tak boleh) membeli kereta separa mewah begitu langsung tak ada dalam topik yang berlegar-legar dalam jemala batu. Kadang-kadang orang yang semacam aku ini akan cuba panjangkan (extend) kitar hayat sesuatu barangan itu (service lifecycle) semaksimum yang mungkin agar aku akan mendapat nilai yang maksimum atas pemilikan barangan itu.

Bagi sesetengah orang yang bukan macam aku, sebuah kereta separa mewah itu hanyalah seperti membeli mesin rumput. Ia mungkin tak diperlukan tetapi dia sebenarnya mampu. Kalaulah jiran atau kawan-kawan ada membeli mesin rumput dan dia pun teruja mahukan sebuah, dia hanya perlu ke kedai dan beli. Semudah itu.

Tetapi bagi aku dan orang-orang semacam aku, mesin rumput mungkin sesuatu yang tak termasuk dalam senarai peralatan rumah, tak diperlukan.


Namun begitu, nafsu asing-asing, hidup masing-masing...
Aku seorang yang bernafsu tetapi nafsu aku bukan yang itu.






.

12 comments:

Water Lily said...

Huh.mati2 akak ingat entri cerita pasal kucing ke, baby ke, makwe ke hehe..

Pasal keta kecik rupanya..

Temuk said...

As-salam.
Ada keinginan, ada keupayaan, ada kepatutan..... ya teruskan. Agar tak kempunan.

Khusus mengenai sang kereta, kakang pernah mengira balik "modal" membela sebuah kereta yang walau dibeli baru tapi dipakai lama. Hitung panjang bil bulanan lebih menasabah digunakan untuk membeli kereta baru. Taklah ada masalah letih ke bengkel, penat menunggu, kerepot merungut, takut dibohongi, dan pecah kepala.... Dan rugi, yang dipakai tetap benda lama!

sepa said...

aku tak beli lagi mesin rumput. sebab rega mesin tuh dalam rm1,500. upah orang lawn, dalam rm30 ke rm50, untuk sebulan sekali. kesimpulannya sesetengah peralatan tak worth keeping. biar dak pakar jeh memilikinya.

tapi... untuk nampak hensem-maco, Lotus bulih dipertimbangkan, kot.! eh, brape rega bang.?! tuk org msia, kalau tunjuk myKad mgkn bulih dpt murah sket, kot.!

ko belila Lotus tuh, sebagai "image investment", ko kan sasa... :)

Lady Windsor said...

aku nak beli mesin jahit, rega RM1400, masih berfikir-fikir. Nak beli juga pinggan mangkuk untuk aku buat shoot resipi, lebih kurang RM200 juga..nak beli new laptop, nak buat spek mata baru dan nak bayar cukai pintu..semua tu aku nak kena bajet duit..tapi kalau aku ada duit banyak, aku tak akan beli lotus comel tu atau cayenne ke apa..sebab aku jenis praktikal, harga mahal tapi ruang sempit..owhh tidak.. (mungkin juga ini sebenarnya cakap orang yang memang tak dak duit..kehkhekeh)

Nizam.Ariff said...

Kak Lily,
tajuk kena mengancammmm... hahaha



Temuk,
kang, aku tak ada keinginan... mungkin juga tak kempunan. Yang kakang cakap pasal kereta lama tu, ya betul. kadang-kadang kos selenggara boleh dekat2 sama ansuran bulanan kereta baru...



Sepa,
takde mendenya Lotus tu untuk investment.... aku bukan berniaga atau konsultan bebas sampai nak tunjukkan 'professional'... bellum lagi.




LW,
ko sama macam aku. kalau ikutkan senarai memang banyak nak dibeli tapi selalunya peruntukkan habis untuk bayar bil2 dan ansuran hutang sedia ada.... huhuhu

Lady Windsor said...

Kan..apa2 hal setiap bulan aku settle hutang wajib dulu cam rumah dan segala bil, peh tu isi tabung travel dan akhir sekali tu baru aku joli tenuk..:)

ckLah @xiiinam said...

XIIINAM ckLah dah mula meragam. Kelmarin tangki air pecah, kena ganti RM 400. Kalau mampu beli tunai, memang senang ganti kereta lain aje kan......tapi, hmmmmm,awok sedor diri awok. Tak sanggup nak mulakan beruncit hutang kereta saban bulan lagi...

Nizam.Ariff said...

LW,
huh... ada akaun untuk travel-travel tuh...
aku langsung tak ada.... sebabnya, bila kumpul nak travel je, duit tu beli ke lain... hahaha




cklah,
mengikut petua kawan-kawan, kereta ni satu keperluan... jenis hutang tak pernah putus. habis je bayar, sambung dgn kereta lain sebab kos selenggara menjadi-jadi. ye la, komponen kereta banyak untuk tahan lebih kurang 10 tahun usia service. dgn kata lain, kalau dah jangkau 10 tahun, hampir kesemua barang yang bergerak dah pernah kena tukar...

Lady Windsor said...

Ala akaun travel geli-geli je tu..bhahaha. Selalunya bila tabung tenuk tu penuh..Ada le yang roger nak pinjam...

Nizam.Ariff said...

LW,
keh keh keh... sama la kita.
Takpe, utamakan keperluan diri atau sedara mara... kan?

Lady Windsor said...

yer! gitu laa..menabung untuk diri dan sedar mara...sebab tu aku kena guna tabung tenuk, besar sket, kalau tabung ayam..alahai kecik nau!

Nizam.Ariff said...

LW,
kalau tabung gajah, tak tau bila nak penuh... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com