Friday, September 14, 2012

Dalam ketakutan...

.

Sekali lagi,gambar tak ada kena mengena dengan cerita


Kalaulah setiap saat kita perlu berfikir, sebagai contoh, mahu keluar makan tengahari dari tempat kerja kita perlu fikirkan segala pilihan (options) tentu pening dibuatnya.

Sejurus sebelum keluar, kena tutup laptop dulu. Sama ada nak biarkan dia atas meja atau dimasukkan ke dalam laci. Kalau letak di atas meja, takut nanti hilang kena curi tapi kamera keselamatan ada. Kalau letak dalam laci, kena kemaskan laci. Atau pilihan ke-3, bawa sekali ke masjid tetapi kena tinggalkan di dalam kereta. Panas la pulak. Pilihan lain, kena bawa sekali masuk syaf tapi jadi satu hal pulak nanti. Kalau letakkan ke tepi ketika sembahyang, nanti di'ambil' orang dan sudah tentu jenuh nak menjawab kepada syarikat. Silap-silap kena ganti dan gantung kerja.

Bila dah buat pilihan tentang urusan laptop, kena kaluar bilik. Kena pilih, nak keluar ikut pintu depan atau belakang. kalau pintu depan, agak jauh tetapi lebih professional. Kalau ikut pintu belakang, nanti terpaksa lalu ikut tempat lepak minah cleaner (contoh). Apa pula orang kata. Hari Jumaat dan lagi buat maksiat.

Semasa berjalan ke kereta, kena fikirkan. Nak makan dulu atau sembahyang dulu. Kalau makan dulu, kena cari tempat yang dekat dan tak ramai orang sebab waktu Zuhur masuk awal. Tapi tempat macam tu jauh dari Masjid untuk solat Jumaat, tu sebabnya tak ramai orang makan. Kalau sembahyang dulu, nanti perut lapar kepala pening....

Wuih... banyaknya nak kena fikir untuk memilih.....

Penat!

Alangkah eloknya kalau tak payah fikir benda-benda macam tu..

Itu baru contoh nak keluar makan tengahari pada Hari Jumaat.

Kalaulah, sebagai contoh sahaja, nak pindah ke rumah baru... dan setiap pilihan ada risiko kewangan, tentu lagi pening...

Kalaulah setiap kali kita mahu membuat pilihan Tuahn berikan petunjuk seperti hologram apa yang akan berlaku seterus, bukankah senang. Kalau tak hologram pun, melalui mimpi atau ilham yang jelas.... alangkah senang.






.

6 comments:

kucingorengemok said...

apasal lalu kat cleaner jadi maksiat? cer terangkan skit...

Nizam.Ariff said...

KOG,
minah cleaner tu selalu lepak2, sembang2 sambil bertepuk tampar... kuh kih kuh kih...
nanti org ingat kita pun bertepuk tampar dgn dia org.. huhhuu


wh, itu cuma contoh je. jalan belakang tempat aku tak ada minah cleaner... dia org lepak kat bawah tangga je... tapi masih baring2, bukak2 tudung... gossip2... cuma aku tak faham cakap dia orang tapi.

aku agak, translation lebih kurang " eh, abang yang turun tangga tu ganteng banget..! Aku sukak!!"... gitu kut...

tasekM said...

menyampah pulak aku baca translation ko tu...

:p




.

Nizam.Ariff said...

TM,
aku agak2 je..
yang betulnya aku tak tau...
" oh walahh walahh..." agaknya kut

Cikgu Ma said...

hampir dengan DIA pasti DIA tolong =)

Nizam.Ariff said...

cikgu Ma,
ya, itu benar...
DIA memang hampir cuma kadang2 kita yang tak perasan semua tu....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com