Monday, September 3, 2012

Delima merekah

.

Bak Delima merekah, bibirnya. Perumpamaan yang sungguh seksi dan feminin.
Biar pun kata-kata itu pernah aku dengar (ucapkan?), sejujurnya aku belum pernah lihat buah delima yang merekah. Selama ini aku hanya lihat buah delima yang cantik berbalut plastik atau dibungkus styrofoam. Belum pernah nampak buah delima yang merekah secara semulajadi, yang dipecahkan adalah.

Adakah bibir bak delima merekah itu benar-benar menggiurkan?











.

13 comments:

Anonymous said...

kalau tak percaya, kau cari buah delima yang ada kat pokok. lepas tunggu bukan setakat sampai betul2 masak, tapi sampai merekah. moga berjaya...

LydSunshine said...

Ntah la. Nampak mcm berulas-ulas je.

Nizam.Ariff said...

SM,
setakat ni, aku baru nampak buah cempedak merekah atas pokok... tak cantik!
hahaha



LyDS,
aku rasa cuma dari segi warnanya je yang sama... maksudnya warna pink-merah... macam bibir bergincu agaknya...

tasekM said...

bibir aku tak delima langsung!

haha.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
ko tenyeh setiap pagi dengan halia...
setiap malam dengan cili merah...

mungkin bibir ko jadi merah bak delima. 'bak' je la sebab kalau bibir jadi delima, aku jadi pelik... hahahaa

Ros said...

Asalam ziarah...

sudipVSsenduk said...

rupanya lebih kurang mcm bibir tersembam dkt lantai simen atau dinding lalu darah mengalir keluar... amat mengiurkan

Lady Windsor said...

aku rasa kan..term bibir bak delima merkah tu refer pada warna kemerah-merahan biji delima tu...memang cantik kaler delima masak tu..ala sama cam perumpamaan pipi pauh dilayang, nak kata yang pipi tu licin dan halus mulus serta perumpamaan dagu lebah tergantung, nak menunjukkan yang dagu perempuan tu cantik sempurna dengan bujur tirusnya, orang dulu-dulu cakap berhemah dan kaya perumpamaan kan..kalau nak puji tak de cakap directnya, depa suka exegerate dan bombastikkan ayat..

Nizam.Ariff said...

Ros,
Assalam.. terima kasih...




Sudipvsenduk,
itu bukan menggiurkan..
itu mengerikan..!!!
hahaha




LW,
aku rasa pun gitu.
cuma aku tak pasti sama ada perumpamaan itu menggunakan warna merah untuk bibir atau guna bentuk rekahan itu untuk bibir..

ckLah @xiiinam said...

Delima merekah lambang bibir cantik. Digabungkan dengan rambut bak mayang mengurau. Alis bagai taji dibentuk. Hidung pulak, mancungnya bak seludang. Kalau digabungkan semua imejan itu.......cantik ke, tak perempuan tu?

Seludang weh! Mancong nyiok tu!
Hahahaha..

ckLah @xiiinam said...

*mengurai lah cikgu!

sepa said...

aku terbayangkan bibir Angelina Jolie. eh tak, bibir Jennifer Lawrence. hehehehehehe

*delima tuh ko makan je la :P

Nizam.Ariff said...

cklah,
perlambangan... kalau lelaki pula, sasa seperti badang... keh keh keh


sepa,
tak bleh makan.. itu delima abang aku punya...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com