Tuesday, September 25, 2012

Kisah di sebuah rumah kerajaan pada tahun 1983-1984..

.

Sekitar 1983-1984 di satu tempat tidak jauh dari tebing Sungai Perak, di sebuah rumah kerajaan hasil tukangan JKR untuk guru sekolah rendah, tidak jauh dengan jambatan yang menyambungkan Bota kiri dan kanan, aku menemani Emak untuk menemani cucunya di rumah itu kerana ibu kepada cucunya itu sedang melahirkan anak di sebuah hospital kerajaan.


Aku menemani Emak untuk menemani cucunya bermalam untuk beberapa malam. Emak seorang yang berani tetapi dia masih mahukan aku menemaninya sedangkan pada masa itu aku baru belajar pakai seluar dalam. Baru lepas bersunat. Jadi kenapa agaknya Emak mahu aku temaninya?


Aku syak gara-gara ada sesuatu di bawah rumah kerajaan itu. Rumah kerajaan itu dibina di atas tanah sekolah. Ia rumah papan setingkat tetapi bertiang. Tinggi tiangnya tidak lepas lembu berlari. Rendah sahaja lantainya tetapi lapik tiang-tiangnya yang diperbuat daripada simen dan batu-bata itu besarnya sepemeluk aku. Itu adalah tipikal untuk rumah-rumah kerajaan era 60-70an.


Ruang tamunya bersebelahan dengan 2 bilik tidur manakala dapurnya terletak jauh di belakang. Ada sebuah koridor yang menyambungkan rumah ibu dan dapur. Koridor itu sebenarnya sebahagian daripada rumah itu juga. Dan di bawah lantai koridor itulah ada sebuah busut jantan.


Busut jantan itu dikatakan jantan kerana saiznya yang agak besar dan tinggi. Puncak busut jantan itu mencecah lantai koridor. Aku anggarkan setinggi 4 kaki, mungkin 5 kaki. Bapak pernah suruh menantu lelakinya pungkaskan busut jantan itu tetapi dia tak berani. Menurut kata orang-orang setempat, busut jantan itu dah lama ada di situ, dan ia ada disitu sebelum menantu lelaki Bapak itu pindah di situ. Sebelum itu, rumah itu tiada yang menghuninya. Kenapa tiada yang menghuninya? Itu juga menjadi tanda tanya.


Sebagai alternatif, menantu lelaki Bapak taburkan garam di atas busut dan di sekelilingnya dengan harapan si anai-anai menjadi kurang rajin untuk membina rumahnya itu menjadi lebih tinggi. Namun begitu, busut jantan itu bukan sahaja dihuni oleh anai-anai. Ada makhluk lain yang menumpang teduh di rumah si anai-anai itu! Bagaimana aku tahu?


Aku, sebagai seorang kanak-kanak lelaki yang masih suci dan sunti, masih putik muda lagi, sejak bermalam di rumah itu, aku sering seperti terlihat-lihat bayang-bayang hitam yang besar bergentayangan di ruang tamu dan dapur. Aku katakan seperti terlihat-lihat sebab aku tak lihat pun. Aku cuma terasa seperti diperhatikan. Dan setiap malam, selama aku berada di situ, aku bermimpi yang bukan-bukan namun tak sampailah aku terkencing malam.


Ibu kepada cucu Emak aku itu telah mengalami komplikasi untuk bersalin dan Bapak mengatakan ianya ada kena mengena dengan gangguan di rumah itu. Oleh kerana ibu kepada budak itu sedang bertarung nyawa di hospital, Emak telah pergi menjenguk. Pada pagi itu, tinggallah aku dan budak perempuan anak kepada ibu yang sedang bertarung di hospital untuk bersalin.


Aku, yang masih sunti itu, menjadi hilang punca apabila ditinggalkan berdua-duaan dengan seorang budak perempuan yang berusia 2-3 tahun. Apalah yang aku pandai selain mengikut sahaja kemana budak itu pergi. Aku tak risaukan budak itu. Aku lebih risaukan busut jantan yang tingginya mencecah lantai rumah itu. Ditambah pula dengan mimpi-mimpi ngeri aku pada malam-malam sebelumnya.


Sekitar jam 10 pagi, Emak tak balik lagi bersama-sama menantu lelaki Bapak. Aku dah gelabah kerana aku tercium bau busuk yang sungguh meloyakan!

Aku terfikir untuk keluar dari rumah itu tetapi aku tak sanggup tinggalkan budak perempuan itu keseorangan. jadi, aku tahan sahaja bau busuk itu dan aku terus sibukkan diri aku dengan melayani karenah budak perempuan itu. Aku berpura-pura tidak kisah dengan kehadiran bau busuk itu walau pun aku mengaku yang bau busuk itu sungguh mengganggu jiwa aku. Debaran dadaku memuncak apabila budak perempuan itu mula merengek-rengek.


Apa yang aku takutkan ialah jika rengekkan budak itu bertukar menjadi tangisan kuat. Lebih buruk lagi, kalau tangisan itu bertukar kepada rasukan. Aku, yang masih putik hijau, tidak tahu berbuat apa-apa jika tiba-tiba budak perempuan itu menyelap sampai matanya putih-putih. Aku takut jika selapan budak itu nanti dituruti pula dengan rontaan dan cakaran kuku tajam yang entah macam mana boleh tumbuh di jari-jarinya, lalu melompat mahu mencekik aku.


Apabila pintu rumah diketuk, serta merta perasaan aku berubah. Cepat-cepat aku terpa daun pintu dan aku bukakan selaknya. Terpancul wajah Emak dan menantu lelaki Bapak. Tanpa membuang masa, aku luahkan rasa tidak senang aku dengan bau busuk itu...


"... dia dah berak... " kataku sambil menuding kepada budak perempuan tadi.






.

17 comments:

Lady Windsor said...

ceittt...aku dah bayangkan bau busuk itu adalah bau bangkai yang berupa gangguan makhluk syaitan ke haper...haishh!

so menyelap tu apa?

tasekM said...

kikiki.. akak LW tak paham lagi menyelap tu apa (ko bukan org perak ke kak..?)

aku rasa menyelap tu bahasa perak balik teluk intan je kot.

cer ko tanya BK dia tau tak meyelap tu apa...



.

alienpakailipstick said...

ceh kau!

LydSunshine said...

hek eleh. Busuk berak rupanya. Potong betul.

Nizam.Ariff said...

LW,
menyelap? keh keh keh...

gini la... ada seorang tu suka sangat tangkap ikan. bila sungai kering, dia nampak ikan banyak... dia punya geram, dia terjun dan tangkap ikan tu macam orang MENYELAP...
amacam?



TM,
weh.. aku rasa ada yang ingat menyelap tu menyelam.... hahaha



alienpakailisptik,
kena 40 orang bagi 'ceh' kat aku, mau menyelap aku jadinya.... hahaha





LyDS,
hah.. nanti ko akan biasalah basuh berak budak, kan?

Anonymous said...

he he he suspen je, dulu2 KA duk qrts kerajaan sebab arwah abah keja gomen , mmg nostalgia betul

Kakzakie Purvit said...

Ok... tak apa kali ini kakak tertipu. Dah suspen-suspen tetiba budak berak ye hihi... bertuah betul kamu. Kakak beria-ia membaca tau:)

Nizam.Ariff said...

KA,
kayu-kayan rumah JKR tu tahan2 betul.
Skrg ni kalau nak dapat kayu macam tu mesti mahal gila-gila...



kakzakie,
hehehe... seronok2 je kak.
tapi kan, semua cerita tu betul.
tentang busut berpenunggu tu pun betul, kisah kakak sakit kerana gangguan tu pun betul...
semuanya betul dan menyeramkan...
dan... kisah budak tu berak tapi aku tak nak basuh pun betul juga... hahaha

Temuk said...

Salam dari Kang Temuk

Sebenarnya busut jantan, sangat sukakan budak-budak jantan, terutama yang baru berkhatan!

Kok tak terfikir pula, kala "keweden" jiwa raga, diyakini yang sebaliknya, busut jantan ingin bersaudara.

kucingorengemok said...

oiii, dah nak akil baligh pun tak reti basuh berak budak ke? fail la brader...!

Nizam.Ariff said...

Temuk,
salam kang.
budak-budak biasanya percaya perkara-perkara yang ditakutinya...
budak-budak zaman sekarang mungkin tak kut..



KOG,
aku mana ada adik nak basuh-bassuh ni.
masa aku kecik dulu pun aku tak basuh sendiri, mak dan kakak yang basuhkan... hahaha

Linda said...

agak dah berak...

Nizam.Ariff said...

Linda,
cerita betul...

Lady Windsor said...

TasekM,
Hmmm menyelap...macam meraba ke? Rasa2 macam pernah dengar masa ahkak dok serumah dengan orang Tepen dulu...err yg familiar di telinga ahkak ialah bajang, tumpo dan haub...heee ini ahkak tau..

Nizam.Ariff,
Hamboiihhh hebat ngko mak dan kakak yang cebokkan ngko punya yek...wakakaka

Nizam.Ariff said...

LW,
itulah rezeki anak bongsu... hahaha

sepa said...

hahaha... sanggup ko berselimut ngan bau taik.!!! :P

Nizam.Ariff said...

sepa,
budak lagi masa tu... mana tau nak cebok....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com