Friday, September 28, 2012

Kisah kejadian tidur sebantal tapi mimpi lain-lain

.

Sahabat aku si Sepa ada buat satu entri khas yang berat juga tajuknya. Entri yang bertajuk The General Theory of Relativity... boleh dirujuk di sini. 

Dan inilah buah fikiran aku yang tak seberapa ini, aku kongsikan:


Bak kata pepatah, tidur sebantal tapi mimpi lain-lain...kerana apa?

Sebab badan aku lebih berat daripada bini aku. Jadi, badan aku akan tekan fabrik cadar lebih jauh ke dalam akibat jisim badan aku tu. Sedangkan, bini aku ringan (sikit). Jadi fabrik cadar bawah badan dia tak tertekan jauh ke dalam tilam macam aku.

Oleh kerana jisim aku lebih berat, graviti aku lebih kuat... F1=F2=G[(m1 x m2)/(rxr)].

Oleh sebab itu, space-time fabric di bawah badan aku akan lebih meregang jauh ke dalam berbanding space-time fabric dibawah badan bini aku...oleh sebab itu, masa akan terherot lebih di sekitar jisim aku.Jadi, ruang-masa aku tak sama dengan ruang-masa bini aku...


Walau pun tidur kami sama sebantal dan sama setilam, herotan pada ruang-masa kami tak sama. Disebabkan itulah kami masuk ke dalam ruang-mimpi lain-lain...

Itulah penerangan serba ringkas tentang bidalan... "tidur sebantal tapi mimpi lain-lain"




Kemudian, ini adalah komen balas si Sepa:

Sebenarnya, "tidur sebantal tapi mimpi lain-lain" adalah lebih kepada madah pujangga.!

Sekiranya kita memahami, terutamanya Gravitational Singularity, dua orang boleh bermimpi sama. Dan, pernah ada kejadian benar tentang ini. Cuma, kita tak mampu nak terangkan pada orang. sama seperti kita tak mampu nak terangkan kepada orang (yang tak sampai pahamnya), apa itu graviti. (sebab graviti tak dapat dilihat atau dinampakkan...). Graviti cuma ujud dalam mathematical expression, dalam ilmu physic




Dan aku tambah dengan yang ini:

Gravity masih lagi satu misteri. Ia dinamakan graviti kerana ianya dipanggil graviti oleh orang terdahulu, sedangkan graviti hanya mempunyai sifat tanpa zat. Sifat yang ditunjukkan pula hanyalah berupa kesan akibat dan bukannya yang melakukan musabab...ok.. gini...

Ikut formula kat atas tu (apabila ada 2 objek berdekatan), bila 2 objek tu dekat maka wujudlah graviti dan semakin dekat objek tu makin kuatlah tarikan graviti tapi bila objek2 tu dijauhkan, graviti berkurang dan apabila semakin jauh objek2 itu, tarikan graviti diantara keduanya akan hilang! Soalannya, kemana pergi graviti itu?

Kita mempunyai berat di atas bumi sebab kita dan bumi adalah 2 objek yang berlainan. Kalau kita melompat jauh ke alam semesta, jauh dari bumi, kita terlepas dari gravitinya.. soalannya, mana perginya graviti tadi?

Jadi, graviti hanyalah kesan akibat dan bukan pelaku musabab. Pelakunya hanyalah jisim objek-objek itu sendiri... persoalannya lagi, adakah jisim yang menciptakan graviti? Ataukah graviti yang menciptakan jisim?

Soalan tambahan, bolehkah jisim dan graviti dipisahkan? Kalau boleh, adakah jisim akan menjadi jirim dan graviti akan terapung-apugn diangkasa? Maksud aku, bolehkah jisim wujud tanpa graviti?

Hah.... sementara bijak pandai masih mencari-cari jawapan itu, ada pihak lain telah memberikan 'dzat' kepada graviti itu... katanya, 'dzat' kepada graviti dipanggil 'graviton'!

Sama seperti sifat keduelan (duality)cahaya.... cahaya bersifat gelombang dan zarah dan zarah atau dzat cahaya dipanggil ' foton'!


so, cuba ko tangkap foton sikit.. aku nak framekan.... hahaha....





Entah betul entah tidak apa yang kami bebelkan.... keh keh keh.



.

23 comments:

kucingorengemok said...

kena terbalikkan tilam selalu, kalau tak lekuk sebelah je

Kesuma Angsana said...

layan ajelah

jeb said...

jadi daya graviti ni samalah macam ikatan van der waals ataupun sulphide bridge..setiap molekul/jisim akan mempunyai daya tarikan kepada molekul/jisim yang lain..

ckLah @xiiinam said...

Hehehe...


Baca entri sambil tonton Pembentangan Belanjawan.

Nizam.Ariff said...

KOG,
eh.. ye la... aku lupa... hahaha



KA,
Hehehe...



Jeb,
bak ikatan tu aku tak pasti sebab kalau tahap molekular, kena guna hukum bidang Fizik Kuantum..




Cklah,
cukai rokok naik lagi tak?

hahaha..

LelakiSemalam said...

pening kepala aku...kahkah!

Cikgu Ma said...

tido jangan pakai bantal..hehe

Nizam.Ariff said...

lelakisemalam,
bukan ko je, saintis pun tgh pening tu... so, tak pe....


cikgu ma,
sakit tengkuk la cikgu... hehehe

amn said...

aku pernah mendengar bahawa bila kita hampir di bumi, kita di pengaruhi graviti bumi, bila makin jauh dari bumi dn makin hampir ke bulan maka pengaruh g bumi makin kurang dan g bulan makin kuat hinggalah satu zun di mana wujud zon neural di mana kesan g bumi terlemah dan g bulan terlemah, berapakah lebar zon ini katanya lbh halus dari rambut, kalau nak bergerak samada ke bulan atau kebumi perlu kuisan/tujahan,kesimpulan yg aku faham g berpindah ke objek yg lebih kuat mempengaruhi disebabkan jarak..macam pH.
pH 7=pOH 7 neutral
pH8=pOH6 mula alkaline,pH6=pOH 8 mula asidik, p = 10 ganda -n

bagi herotan masa, dia gamarkan lattice struktur .

Nizam.Ariff said...

azani,
graviti tak melompat ke mana-mana... dia tak boleh disedut kemudian diluahkan ke tempat lain...

jisim yg berat itulah yang menghasilkan tarikan graviti.

sepa said...

...dan disebabkan fabrik ruang&masa ko lebih besar, maka daya menariknya pun jugak bertambah kuat...

...maka bini ko akan tertarik ke dalam fabrik ruang&masa ko, dan banggg, bertembung... berlaku la peristiwa BigBang, dan dari tenaga pertembungan itu, lahirla satu fabrik ruang&masa baru... dinamai pula Ariff.

hehehe

bulih pakai tak, bang.?!

.
jangan marah ar...! gurau jeh. :p

Nizam.Ariff said...

sepa,
hmmm... masalahnya teori tarik menarik tu walau pun BigBang berlaku kerap kali tapi fusion atom hidrogen kepada helium hanya berlaku sekali jer.... hahaha

amn said...

ha ah lupa f=mg, tapi graviti nilainya sama ke bagi setiap jasad?ikhlas tanya ni...aku dah confuse

sepa said...

amn,

f=mg. f adalah gravitational force, m adalah jisim (yang berkaitan dengan specific graviti), manakala g adalah gravitational acceleration.

ok. camnih la. kita ambik contoh rumah. kita bulih ada atap rumah. ada tangga rumah. ada tiang rumah.

sekiranya kita mengaitkan kekuatan daya (force) satu jasad untuk menarik antara satu sama lain, kita guna f dengan syarat yang ditarik tiada daya (maksudnya, jasadnya yang menarik tersangatla besar)... kalau f ini yang ko maksudkan, maka f ini berkadaran terus dengan m (yang nilainya berbeza antara jasad)...

eh. nanti Dino jawabkan. dia tera bab nih. nanti ko tanya dia tentang black-hole, worm-hole dan big-bang.

:)

amn said...

terimakasih sepa
pakcik ni bebal banyak,

ha ah ye, baru ingat F= mg, g =a, 9.81 m/s2
g di bumi = g di bulan?
ikhlas tanya nak tahu
pakcik m=100kg di bumi
di bulan m pun sama
kenapa dikatakan berat jisim yg sama jadi ringan di bulan?
astonut di bulan melompat berkaki kaki tinggi,memang org kata jisim bulan kecil dari jisim bumi
, pasal tu tarikan graviti kurang di bulan, sebab jisim tetap sama du bumi dan di bulan,maka cepatan yg berbeza, betul ke?
maaf tanya, tapi malu bertanya sesat jalan, ye tak?


maaf ron , aku tumpang tanya...

amn said...

bila aku dah faham, aku leh betulkan informeraku tu...

amn said...

astaghfirullah, selama ini aku salah...baru sat tadi google, g bulan hanya 1.622 m/s2, patutlah...

amn said...

terimakasih ron, sepa kerana beri janong untuk menerangi laluan.

Nizam.Ariff said...

Azani,
daya yang menolak dikaitkan dengan nuclear forces, daya menarik dikaitkan dengan graviti.

kalau sorang-sorang, apa benda yang nak ditariknya?

jantung tarik hati boleh la.. tapi mass kecik sangat... boleh diabaikan.

kalau kat bumi, orang dgn bumi. kalau dekat bulan, orang dgn bulan. kalau dkt matahari, orang dgn matahari... begitulah pasangan2nya....


formula f-mg tu sesuai untuk jasad bebas...

amn said...

kus semangat...hampir nak padam jamong ku...

kiranya kena tengok di mana dipijak,bumi, graviti bumi,bulan graviti bulan, tapi kalau kita berada di angkasa, camana pula?bukan ke tengok mana yg hampir/kuat?


blur balik.

Nizam.Ariff said...

azani,
Yup... siapakah pasangannya.
kalau ketika terapung2 itu paling dekat dgn Pluto kiralah kekuatan graviti dgn Pluto. kalau semuanya jauh-jauh belaka sampai boleh diabaikan, itulah yang buatkan kita terapung diawangan-awangan...

dan ia bergantung kepada jisim kita gak. kalau setakat ko yang terapung dan object paling dekat pun sejauh 70,000 tahun burung terbang, boleh diabaikan... tapi kalau berat badan ko macam gunung everest, effeectnya mungkin ada...


yang ko guna f=ma tu adalah daya pecutan yang ada untuk objeck yang sedang memecut. Itu bukan untuk kira graviti.

f=mg tu kalau objek itu memecut ke bumi dengan gaya jatuh bebas... jadi pecutan yang dialaminya adalah disebabkan tarikan graviti. bolehlah guna formula tu... dan formula itu juga untuk ukur berat, iaitu berat=jisim x tarikan graviti. ingat, kat sini graviti adalah bergantung kepada graviti dimana planet dipijak..

formula itu bukan untuk ukur Daya Graviti yang terhasil dari 2 atau lebih objek.

Cikgooden said...

yang aku tahu...letak kepala atas bantal...Lena..

bab bab graviti apa jadah tu, tak masuk dalam mimpi dah...

Nizam.Ariff said...

cikgooden,
aku payah nak lena la sejak kebelakangan ni....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com