Wednesday, September 5, 2012

Makan-makan nasi arab di Selangor

.
Kita berpantun-pantun dahulu ya....


             Kalau tuan mudik ke hilir,
                       baca peta janganlah jahil.
             Kalau tuan lapar zahir,
                       singgah makan di R&R Dengkil.



Aku pernah pergi ke beberapa buah restoran yang ada menyajikan Nasi Arab atau nasi arab yang diMalaysiakan. Masing-masing ada kekuatannya sama ada dari segi nasi atau pun lauknya. Tapi, aku lebih banyak makan Nasi Arab di rangkaian Restoran D'Arab Cafe. Bagi aku, tekak 'pan-asian' aku ini lebih sesuai dengan sajian di situ.


Dan kini sebuah lagi rangkaiannya telah dibuka di R&R Dengkil di lebuhraya ELITE menghala ke selatan. Kalau aku nak balik ke Melaka, aku boleh singgah di 'D'Arab Dengkil' dan tapaw untuk makan bersama-sama orang di Melaka. Sesampai di Melaka, nasi arab aku itu masih suam-suam kuku. Kalau nak kekal panas, letak sahaja dekat enjin atau ekzos kereta...


Kalau nak ke KLIA atau Nilai ikut Lebuhraya ELITE, boleh singgah di R&R Dengkil untuk dapatkan nasi ni...


Aku lebih suka Lamb Kabsah berbanding ayam..


Kalau ayam, aku lebih suka Roasted Chicken...


Kalau di restoran nasi arab yang lain aku biasanya tak minta tambah sos tomato+cili+limau tetapi di sini aku pasti minta lebih sos. Aku tak tau nama sos tu. Nak kata sambal, tak lah pedas sangat tapi kemasamannya cukup untuk seimbangkan rasa dagingnya.

Dan yang menariknya ialah Cili Hijau yang disediakan sebagai ulam! Terasa sungguh Jawanya. Sayugia masukkan nasi ke mulut dulu baru digigit Cili Hijau tu.

Juga Limau Nipis yang diperahkan ke atas daging atau pun terus kepada nasi. Ok juga sebab tak perlu pesan yogurt masam.




Jangan dicari aku... aku tak ada di dalam foto.


Ramai yang lebih suka makan sambil lepak-lepak di meja luar berbanding di dalam mungkin sebab gerun melihat ayam panggang sebesar meja.



Sesiapa yang berhajat, lepaskanlah hajat itu dulu di tandas R&R. Lepas tu barulah buat isian-semula di D'Arab Cafe R&R Dengkil ni... hahaha.






.

15 comments:

Anonymous said...

comel sungguh si anak tenuk,
sangat manja bila suap,
makan kat luar baru seronok,
baru boleh pekena asap.

Lady Windsor said...

cik nyonya memeram betik
betik diperam dengan jerami
lokasi menarik susun atur cantik
patutla nasi arab tu yummy.

kehkehkeh...

LydSunshine said...

Nak komen kena berpantun ke? Malasnya nak fikir. Hohoh.



tasekM said...

besornya ayam kat dinding tu...




.

Nizam.Ariff said...

Alamak.. kena berpantun gak nak balas ek?


SM,
Anak lembu anak tenuk
duduk ditembok dihempap bata
duduk di luar memang seronok
sambil mengasap menjamu mata



LW,
betik diperam dalam jerami
cempedak pula disangka nangka
nasi arab memang yummy
pekena pula teh arabnya



LyDS,
cepat.. cari idea berpantun.. keh keh keh




TM,
Ayam panggang sebesar meja
diarak orang dibuat makan
kalau puan masih meneka
ayam panggang tak boleh makan

kena makan boleh la...




Anonymous said...

nasi arabmmg best tp kuantiti die tu yg bayk sgt for sorang makan lah!

Nizam.Ariff said...

KA,
kalau gitu, aku cadangkan ko makan nanti ajak aku sekali...
takpe, aku sanggup makan banyak demi ko, aku tak kisah.... hahaha

Anonymous said...

bagai burung pulang ke sarang
hinggap di dahan sampai ke petang
kalau mahu hatiku girang
bak mai rokok sebatang!

Nizam.Ariff said...

SM,
hinggap di dahan sampai ke petang
dari petang sampailah ke malam
dapat sebatang tak pulang-pulang
balik subuh leher pun lebam


keh keh keh...

Fadhilah Maarif said...

anak kucing kesayangan tuan
mati tertambat dikaki meja
sungguh cantik gambarmu tuan
ceh, bikin orang tertelan liur je..

haha, sedap tuuu..

sepa said...

sini sawit, sana sawit,
nama dah duduk di ladang sawit,
eh, cer ko pos ke sini sikit,
nak rasa, kotkot rasanya tak pahit.

*apa jenis pantun da.!

hahaha

Lady Windsor said...

errr nak makan nasi arab, ajak aku sama..hahaha..

Nizam.Ariff said...

FadhilahM,

Mati tertambat dikaki meja
Tikus bersyukur membuat jamuan
Walau menjejes liur diseka
takkan henti selagi tak makan.

hahahaha




sepa,

sini sawit sana pun sawit
sawit ditanam rapat-rapat
sinun mahu rasa sikit
sinin kata meh la rapat...



LW,

Lompat sikatak lompat
lompat sampai masuk perigi
kalau cik adik nak dapat
meh la lompat ke belah sini...

ASH said...

ambuiiihh..
.
.
.
Pak Mamat tidur siang,
Lepas makan, demer tayang!

.
.
.
Pantun dua kerat,
sebab aku tak larat!

Nizam.Ariff said...

Ash,
kalau tak silap aku, kat bangi sana ada nasi beriyani/arab yang sedap2...

cer buat entri sikit

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com