Tuesday, September 18, 2012

Sensitif atau tidak?

.




Kadang-kadang kita akan berjumpa dengan orang-orang yang kurang sensitif dalam perkara-perkara yang kita anggap sensitif. Kadang-kadang, kita yang menjadi terlalu sensitif terhadap perkara-perkara yang mungkin orang lain anggap tak sepatutnya menjadi isu yang besar. Selalunya, untuk orang yang berfikir, kita seharusnya memikirkan tentang orang lain selain berfikir tentang diri sendiri.

Aku tak tahulah sama ada aku ini tergolong dalam golongan yang tak sensitif atau terlebih sensitif. Aku perlukan orang lain untuk menilainya kerana kalau ikutkan fikiran aku yang tumpul ini, aku agak sensitif dalam sesetengah perkara tetapi kebanyakkannya bukan dengan perangai manusia kerana aku telah sedia maklum manusia ini ada macam-macam perangai dan personaliti. Jadi, aku perlu fahami gaya seseorang itu dan apabila aku telah tahu, segala tindakannya sama ada sensitif atau tidak, aku akan faham dan tak cepat sangat melatah.

Tetapi sesetengah orang pula akan melihat aku ni sebagai orang yang tak sensitif, kurang memberi respons, jenis tak kisah. Mereka itu mungkin tak faham. Sebenarnya, aku telah sedia maklum tentang perkara itu, jadi aku tak begitu mahu melatah.


Oh ya, tentang foto itu. Botol itu mengandungi kicap manis sebenarnya, bukan 'oil'...

Tapi, aku tak kisah kerana aku tahu itu kicap.






.

10 comments:

bukankosong said...

kes baca lebal tak paham ke nih?

Nizam.Ariff said...

bukankosong,
aku takut itu betul2 minyak, bukannya kicap.
minyak hitam, contohnya... hahaha

Anonymous said...

kkdg kita kena jadi sensitif juga !

Nizam.Ariff said...

KA,
mungkin aku ni jenis lebih cepat memahami, cepat memaafkan... jadi kurang sensitifnya.

Lady Windsor said...

aku rasa aku pun cepat memahami dan cepat memaafkan serta peka dengan reaksi orang lain...dan aku bukan jenis sensitif walaupun orang kata aku sensitif..

Nizam.Ariff said...

LW,
terbalik...
dia org kata aku tak sensitif tapi sebenarnya aku sensitif, maksud aku, aku peka...

sepa said...

Florence Littauer ada tulis dlm bukunya "Personality Plus", ada empat :
1. 'Powerful' Choleric.
2. 'Perfect' Melancholy.
3. 'Popular' Sanguine.
4. 'Peaceful' Phlegmatic.

Aku rasa aku ada semua, dalam fraction yg kecik2, tapi percent yg besar ada kat Melancholy dan Choleric.

eh. ko try la jawab kuiz dia (aku tak pernah cuba, tapi)... di sini : http://www.quibblo.com/quiz/2FF0QY4/Personality-Plus-Test

:)

Nizam.Ariff said...

sepa,
satu hapah mende pun aku tak faham dia punya terms tu... hahaha

Lady Windsor said...

aku rasa aku faham..macam subject rhetoric dan falsafah yg aku belajar dulu...

Nizam.Ariff said...

LW,
bab-bab psycho ni eh?
tang ni aku lemah.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com