Sunday, September 9, 2012

Trankuiliti di Shah Alam... cerita sebuah tasik yang damai

.

Trankuiliti di tasik yang entah apa namanya. Ketenangan tasik ini sekali-sekala digugah dengan keriuhan anak-anak Toman dan Haruan bermain-main dipermukaan air. Hijau airnya cukup menjadikan suasana hati aku damai dan sentosa. Oleh sebab itulah aku mahu berjiran dengan tasik ini. Aku mahu berkongsi ketenangannya, semoga perasaan itu dapat meresap masuk ke benak hati.







Walau pun aku suka memancing tapi aku belum sanggup untuk mencarik kanvas damai yang menjadi muka tasik ini. Tunggulah sikit masa lagi, mungkin aku cukup tega untuk memperkosa ketenangan itu demi segenggam nafsu yang aku tahan-tahan selama ini. Air yang keruh itu bukan akibat ikan Toman atau Haruan menangkap anak. Ia keruh kerana ada beberapa budak lelaki yang berkubang di tebingnya. Budak anak orang asal di situ.


Kata mereka lagi, kalau nak mandi kenalah hati-hati kerana di tebing tasik itu penuh dengan kayu-kayu tenggelam. Banyak mata kail yang tewas menjadi korban kayu-kayu reput itu. Kalau mahu memancing, silalah pergi ke hujung tasik sana dengan sampan, terang mereka lagi.





Menurut budak-budak itu, saudara-maranya telah dipindahkan ke lot banglo yang disediakan tidak jauh dari situ. Manakala pondok-pondok yang kelihatan di tebing sebelah kiri itu pula adalah kepunyaan neneknya. Malah kawasan hutan di sekitar pondok-pondok itu juga milik neneknya, yang mereka panggil 'kebun'. Itulah kawasan hutan yang masih tinggal selain hutan simpan kerajaan negeri di sebelah depan dan kanan foto itu.


Neneknya lebih suka duduk di pondok-pondoknya, apabila petang barulah dia pulang ke rumah banglo. Mereka mendapat banglo setelah tanah mereka serta tasik itu dibangunkan, menjadi kejiranan moden yang mana aku turut serta menjadi orang nakal yang sanggup menyisihkan sedikit tradisi untuk kepuasan sendiri.


Aku tanya budak-budak itu, aku boleh menjerat burung di hutan itu? Mereka kata, burung tak dijerat tetapi dilastik. Aku tanya lagi, mengail ikan Haruan dan Toman guna umpan apa? Mereka jawab, umpan tiruan tak dihiraukan ikan-ikan itu. Perlukan umpan 'hidup' baru boleh. Umpan 'hidup"? Adakah katak minyak yang biasanya aku guna di kampung aku. Tak, dia jawab. Mereka guna umpan cicak hidup. Tangkap di mana? tanya aku lagi. Mereka tangkap umpan cicak di pondok-pondok neneknya.


Dengan penuh ikhlas aku bertanya, kalau aku tangkap ikan di tasik itu tak ada apa-apa yang berlaku ke? Maksud aku, mimpi ngeri atau disampuk hantu tasik? Mereka ketawa, setakat ini tak ada apa-apa pun yang berlaku, mereka selalu menangkap ikan di situ, jawab mereka.


Tasik itu kejiranan aku. Mereka itulah jiran-jiran aku.





.

13 comments:

ckLah @xiiinam said...

Nak pinjam lastik atau pancinh berumpang cacing?
CkLah ada....

ckLah @xiiinam said...

*ish....pancinglah.

Nizam.Ariff said...

cklah,
aku ada.. memang sentiasa ada di dalam kereta tu. Tapi rasa-rasanya dah setahun tak keluar-keluar... hahaha

sepa said...

nak mengail ikan pun kena fikir jugak ke bang.!

ahhh.! ko campak je kail, dan tunggu ikan makan. hehehe

Nizam.Ariff said...

sepa,
kena ada pengetahuan tentang elemen-elemen yang berkaitan... cuaca, arah tiupan dan kekuatan angin, darjah kecondongan matahari, tarikh bulan melayu... macam2 woooo... hahaha

Lady Windsor said...

aku ngeri tengok tasik cenggitu, air hijau pekat dan keruh..huhu..ngeri sehh..aku teringat ada makhluk hijau kat dalam ayor tasek tu..karang kalau aku dok mengail kat tepi tu, timbul makhluk tu..habesss aku..! Idok le aku nak mengail di situ..

Nizam.Ariff said...

LW,
kalau berenang atau bersampan aku pun ngeri gak, lebih2 lagi kalau airnya tenang, hijau dan sejuk....
macam2 makhluk amphibia dan reptilia ada... hahahaha

SuzieLAWAti said...

ini tasek yang kat puncak alam tu ke..
tepi jalan yang ade signboard "tapir melintas" tu ke...

ke kat mana... cer cite.. ehhee...

Nizam.Ariff said...

CPL,
tak.... itu jalan ke paya jaras/kuala selangor...ini tempat lain, tempat yang agak baru dibangunkan tak jauh dari pusat bandar...
tapi kalau nak dijadikan tempat shooting menarik gak rasa2nya... nantilah aku cuba...

Lady Windsor said...

haa kan...aku tak boleh nak bayang apa makhluk ada kat situ..macam batu dam kat gombak, depa kata kawasan dam tu adalah kampung orang asli dan masa dam tu dipenuhkan air, masih ada penduduk yang tak tahu dan tak keluar dari rumah mereka. jadi kau bayangkan apa senario tu....

Nizam.Ariff said...

LW,
wuuihh.. gitu ke?
tetiba aku teringatkan lagu 'Run to the hill' ...

Lady Windsor said...

kalau ikut cerita mulut ke mulut, itu le yang aku dengar dan aku pernah berkeno di dam tu, tengah hari cuaca panas elok, tetiba datang ribut dengan air dam berombak gila..haa terkejut ngko...itu jam juga kami satu bot panik..rupa-rupanya ada antara individu yang berkayuh di situ cakap takbur..aku kat situ sebab praktis untuk rowing intervarsity beberapa tahun lalu..depa kata kat dalam dam tu ada banyak balak berharga sebab kampung orang asli tu dalam kawasan balak...haa ko pernah dengar tak membalak dalam air?

Nizam.Ariff said...

LW,
pernah.. kat tasek kenyir. kat dalam NatGeo pun ada tunjuk.
org tua2 kata jin banyak yang duduk dalam air daripada darat... mungkin sebab org asyik konker darat je....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com