Saturday, October 13, 2012

Kota keparat, kota keramat...

.


Kalaulah benar kau seorang wira
jadikanlah kota korporat keparat
menjadi kota syurga keramat.



Wahai warga korporat sekalian.
Sayugia diingatkan bahawa kamu semua hanyalah peminjam selama kamu hidup di dunia ini.
Tugas kamu tidak kurang banyaknya hanyalah:
     - mengeluarkan sesuatu yang telah sedia ada di dalam perut bumi
     - memindahkan sesuatu dari satu tempat ke satu tempat
     - mengubah sesuatu yang elok menjadi musnah, yang indah menjadi lucah
     - sembunyikan sesuatu yang terdedah, menutup sesuatu yang terbuka
     - dan perkara-perkara lain yang berkaitan tanpa kurang banyak dari banyaknya.

Dari setiap tugas-tugas itu, kamu teguk nikmat yang kamu rentap dari tangan-tangan kami
Sedangkan kamu tahu bahawa yang kamu teguk itu hanyalah peluh dan darah kami
Juga airmata, mungkin juga rentap semua yang ini:
     - harmoni sebuah rumahtangga
     - kasih sayang seorang ayah atau ibu daripada hak seorang anak
     - masa bersujud kepada Tuhan
     - dan perkara-perkara lain yang berkaitan tanpa kurang banyak dari banyaknya

Janganlah kamu kata kamu telah memudahkan dunia buat kami
Itu hanyalah madu yang kamu jaja melapis bibir
Sedangkan di punggung ada sengat berbisa mencodak
Menyuntik bisa dalam darah kami.





.

7 comments:

sepa said...

eh bang, tuan Pi'eM baru umumkan BR1M2.0...!!! kita ramai2 isi borang2. :D

Nizam.Ariff said...

sepa,
macam bersubahat je... hahahaa

sepa said...

itula... dulu aku pernah rekemen :
1. harga upah; berkadaran dengan harga makanan asas (seperti beras),
2. waktu berkerja; mematuhi waktu solat. check-in 30 minit lepas subuh, n check-out 30 minit sebelum asar.

kan ko dah kena Dilemma Korporat...

:)

amn said...

dunia oh dunia

jambatan ke akhirat

makin berkaarat

sesatnya melarat

benarbya birat

aku tak larat

Khairunnisa' said...

This post is so deep.

Nisa

Sham said...

aku cuba memahami maksud yang tersurat dan tersirat...

Nizam.Ariff said...

sepa,
aku mangsa korporat.... hahaha

Azani,
kalau berkarat sangat, sembur la WD40... hahaha


Nisa,
please take it literally...


sham,
ia ada di sekeliling kita...
ko akan faham...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com