Monday, October 29, 2012

Menjadi Hantu Penanggal...

.

Diagnos yang aku terima minggu lepas (tentang tangan aku yang sakit) adalah bersamaan dengan diagnos yang pernah aku dapat pada tahun 2008 dan 2011. Sakit yang aku anggap berpunca pada bahu rupa-rupanya berpunca dari tulang tengkuk. Lebih tepat sekali, tulang C4/C5 mengapit saraf ke tangan. Yang terasa tangan hingga ke hujung jari. Sebenarnya, tangan tak sakit pun.

Aku rasa eloklah aku kongsikan antara punca-punca yang mungkin:
  • Aksi suka meletupkan tengkuk. Seingat aku ketika final exam di U dulu, aku terpaksa topang dagu kerana tengkuk aku terlalu lenguh, dan aku tulis jawapan menggunakan tangan kanan. Sebabnya, lebih lenguh maka lebih keraplah aku letupkan tengkuk. Tapi, aku dah tak buat sejak itu, maknanya dah berbelas-belas tahun aku tak buat dan mungkin bahananya baru sekarang dirasa.
  • Tidur jenis mengiring atau meniarap, dan tilam pula jenis lembut. Ini menyebabkan posture badan terutamanya tengkuk seperti terkiat sepanjang malam dan selama berpuluh tahun hidup.
  • Penggunaan komputer dalam tempoh yang lama. Lebih-lebih lagi laptop kerana keyboard dan display dekat-dekat. Sungguh tak ergonomik untuk menaip dalam tempoh yang lama. Lebih baik guna desktop PC kalau nak menaip lama-lama. Apabila menaip dalam keadaan tidak ergonomik, tanpa kita perasan, kita akan tunduk atau membongkok.
  • Kemalangan atau terjatuh sehingga mencederakan tulang belakang.
  • Sering menyuruh anak buah atau kawan-kawan pijak-pijak belakang atau mengurut menggunakan kaki.
  • Mengangkat beban yang berat.
  • Mengangkat beban yang tidak seimbang, seperti beg galas yang disangkutkan pada sebelah bahu. Sebenarnya, bahagian yang sebelah lagi akan cuma mengagih beban itu menyebabkan posture melengkung.

Dan sekarang, aku diajarkan cara-cara untuk menjadi Hantu Penanggal.

Aktiviti menarik kepala akan berterusan selama 2 minggu lagi. Dan aku perlu kerap menarik kepala sendiri apabila terasa lenguh tangan kanan.


Jadi, kalau ada sesiapa yang ternampak lintasan kepala aku atau kepala aku terkatung-katung di awangan, tolong jangan lastik...





.

18 comments:

cHeRyNa PiReS said...

Eerrrrr...scary la Nizam. Nak letup2 kepala mcm Altantuya pon x brani..errrrr...xnk jumpa doktor?

cHeRyNa PiReS said...

Jumpa dr. pakar lagi dr doc aritu keeee...huhu..

smbotak said...

1. aku setiap kali pergi kedai gunting, mesti dia `letup'kan tengkuk aku. bahaya ni! (TAK OK)

2. alamak, aku pun suka tidur meniarap. kadang2 mengiring sambil tekup dengan bantal. (TAK OK)

3. yang ni selamat, sebab aku banyak guna pc je. (OK)

4. accident, tapi patah kat tibia dengan femur je. (OK)

5. tak pernah mintak budak pijak-pijakkan badan, karang berderai tulang. dah la kurus kering. (OK)

6. dulu la, biasa pikul barang masuk hutan. (OK)

7. beg aku sekarang ni ringan je. beban kat kepala je yang berat. (OK)

.... kesimpulannya adakah aku perlu risau atau kena selalu buat medical check-up? minta sedikit pendapat.

.... unidentified flying object (UFO), flying head!

tasekM said...

aku tak reti letup tengkuk.
sakit!



.

Nizam.Ariff said...

Cheryna,
dulu pun pakar gak cuma aku minta pendapat doktor lain. Oleh kerana diagnos adalah sama, maka betullah tu... bukan ada hantu bertenggek kat bahu aku... hahaha




SM,
ko ada rasa kerap kebas atau lenguh pada lengan, atau jari manis+jari hantu? awal-awalnya macam tu la symptomnya...



TM,
elok la tu.. jangan dimulakan.
nyesal tak berguna...

ckLah @xiiinam said...

Lain kala, kalau ke Shah Alam kena bawak saka sekalilah kalau macam ni.....nak lawan hantu penanggal.


:-)

sha83@kaizer said...

letupkan tengkuk?!!! macam pernah je buat.... lama dah tak buat...

tapi part yang pijak pijak belakang tu ...memang tak pernah la .. slalunya saya yang jadi tukang pijak ...

errr.. agak-agak kepala tu terbang sampai serawak tak?!!!

ha ha ha ..

apa-apa pun lebih baik check doktor bro ...

teringat insiden makcik depan bilik arwah dulu ...dia kata selalu sakit dr bahagian paha ke atas .. satu hari tu .. dia tak boleh nak gerak kawasan tengkuk dia... ingatkan salah bantal ke apa .. skali bawak jumpa doktor sakit tulang belakang.. jadi buat la pembedahan kecil. sekarang ni tengah tengok star king ... tukang urut tu habaq jangan suruh orang pijak nanti saraf-saraf dapat beban dan saraf akan rosak...

pelik jugak ni ... setiap benda yang ditengok macam flashback pada maklumat di masa depan pulak

Fadhilah Maarif said...

kalau takut kena lastik, jangan keluar..haha

Nizam.Ariff said...

cklah
dia orang tak lawan...
aku takut nanti dia orang berkawan... hahhaha



sha83,
semalam, jururawat (lelaki) tu kata kat pangkal tengkuk ni ada banyak otot dan saraf... dia pesan kalau nak urut kawasan tu kena hati-hati...




FadhilahM,
ok.. aku cuba tak jadi hantu selalu.... hahahaha

sepa said...

point ke2 tuh... tentang tidur. takkan dua gaya jeh, bang.! :P

*20tahun dulu, aku pernah, angkat satu kotak yg agak berat, dalam rasa kurang bersemangat - menyebabkan aku mengangkat secara sentak, dan tersentak jugakla rasa di tulang belakang - bahagian bawah sikit dari tengah... natijahnya, masih ngilu2 sampaila ke sekarang...


.

*eh. ko jangan main magik2, tanggalkan kepala... kalau aku jumpa, kepala itu terawang2, sah2 aku rembat dgn penyapu... hehehe

Nizam.Ariff said...

sepa,
tu la...
bahananya bila dah tua-tua macam kita ni... sakit mula datang... sengal-sengal tulang...

oshinz said...

ngeri tengok orang letupkan tengkuk. kalau betul-betul patah camne.. hehe.

Kesuma Angsana said...

hantu penanggal.... alamak!

Nizam.Ariff said...

oshinz,
patah kalu, mati la jadinya...
tak pun, lumpuh satu badan... hahaha



KA,
hah... cepat gantung duri mengkuang... hahaha

amn said...

cuba ikan linang,dulu aku pernah ke neuro pasal MS, asyikmkn panadol kerajaan berbiki biji,last ustaz syorkan linang, alhamdulillah,lama tak kena MS, tpi yang lain lah pulak datang.

amn said...

alamak MS dah mari biki=biji

Lady Windsor said...

yang no 3 tu berlaku pada aku...18 tahun mengadap pc lebih 12 jam setiap hari..lately ni aku sedar postur badan aku macam bongkok dan suffer gila pada pangkal leher..dan bahu juga. aku dah ada backpain rpoblem pun dan bawa ke tangan, carper tunnel syndrom. Pertengahan tahun hari tu buat fisio tiga bulan kat HUKM dan ok sekejap. Currently ada balik dan makin teruk backpain and numb pada tangan...maybe aku tak boleh elak lagi dah, kena buat minor operation utk besarkan vein pada tapak tangan...

Nizam.Ariff said...

azani,
ikan linang?
ok.. aku cuba cari...



LW,
hah.... kita kena benda yg sama la tu..
jadi ko fahamlah keadaan aku nih....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com