Monday, October 15, 2012

Ruh yang telah hilang....

.

Hasri menggumam geram. Dalam hatinya seolah-olah mahu menerkam Kamil dan menggomolnya puas-puas tapi itu bukan caranya. Itu bukan cara seorang yang gentelman. Beradu kekuatan dek kekusutan memang salah satu caranya tetapi bukan cara seorang lelaki yang berbudi pekerti mulia.

 
Sejak kebelakangan ini, Kamil sering menerpa dan menuding jarinya kepada staf-staf. Ada yang diberikan surat berhenti, ada juga yang dimaki lalu berhenti dengan hati kelat. Hasri kurang faham dengan tindakan Kamil yang suka-suka buat begitu. Walau pun mereka berteman rapat tapi sejak akhir-akhir ini tindakan Kamil itu Hasri kurang mengerti. Pasti ada sesuatu dibalik sesuatu, telah Hasri.


Sejurus memberikan isyarat tangan kepada Nita yang asyik terangguk-angguk dek mengikut rentak muzik yang tercorong melalui earphone, Hasri masuk menemui Kamil. Satu persatu Hasri meluahkan rasa berbuku dalam hatinya dan Kamil hanya mendengar dengan tekun dan menjadi pendengar yang berkesan.


Satu per satu Hasri selak dan kupas, selak dan kupas sehinggalah menampakkan isi yang cantik dan harum. Kamil pun hulurkan wadah yang sesuai buat Hasri dalam sessi yang agak tegang walau bersahaja. Sebaik sahaja wadah itu di tangan Hasri, cepat-cepat dia letakkan epal dan pisang ke dalam wadah lalu mereka berdua makan.


Sambil makan, sambil itu mereka bersembang. Sambil Kamil mengunyah, Hasri bercakap tentang segala tindakan yang telah dan akan Kamil lakukan.

"Aku takut nanti apa yang tinggal di sini hanyalah bumbung dan tiang, yang tidak punyai ruh kehidupan."

"Kita boleh cari pengganti mereka." tegas Kamil.

"Kalaulah ruh itu dah hilang, it is very-very costly to put them back. You knew that."



*sigh*

Apa yang Nita dengar hanyalah Kamil dan Hasri sedang enak bersembang dan makan-makan.
Nita tak dapat dengar butir bicara mereka itu tetapi Nita masih mahu mencapai telefon bimbitnya dan masih mahu menulis sesuatu dan kemudian menekan butang 'send'.






.

16 comments:

Aishah Jahirah said...

ruh yg hilang..staf yg berpengalaman...eh selamba nita tu dgn earphone dia.

Aishah Jahirah said...
This comment has been removed by the author.
Kesuma Angsana said...

kdg conpius bila baca N3 ko ni hehe

Nizam.Ariff said...

Aishah,
Haah.. Nita tu selamba je...hahaha

Nizam.Ariff said...

KA,
kadang2 memang aku sengaja tulis macam tu, kak... hahaha

alienpakailipstick said...

Tajuk ko....hmm...buat aku nak tanya macam2

Nizam.Ariff said...

alienpakailipstick,
tanyalah ... aku tak kisah....

cHeRyNa PiReS said...

Haaaii...siapa Nita nieh. Dari hari tu jadi mami jarum. Dah menyampah pulak akak nieh baca:)

Nizam.Ariff said...

cheryna,
Nita hanyalah seorang setiausaha yang berjaya... hahaha

LydSunshine said...

Ruh tu nama harimau dalam citer beast master. Heheh.

Nita masih berpesepsi lagi?

amn said...

nita...nita.....satu kisah tentang smsnya bro...

Nizam.Ariff said...

LyDS,
Nita hanya pelakon..
kita semua yg membacanya yg membuat persepsi... hahaha



azani,
ok. nanti kalau aku ada jalan ceritanya aku buatlah...

sepa said...

si Hasri nih, macam Rafizi gamaknya yer. si strategist. hehehe

Nizam.Ariff said...

sepa,
siapa rafizi?

sepa said...

oya... dalam criter ko memang la takdak rafizi. dlm realiti ada, terutamanya dalam criter sapi...!

Nizam.Ariff said...

sepa,
ooo... aku tak tau pasal tu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com