Wednesday, October 3, 2012

Terung Panjang, pokoknya kecil tapi

.

Tak padan dengan kerdilnya, ia masih mampu memberikan hasil yang terbaik yang boleh dikira melangkaui batas kemampuannya.





Pokok terung pepel panjang ini tumbuhnya di rumah mak mertua. Hidupnya di tanah gersang berbajakan tahi lembu. Dewasanya bersiram air paip. Syukurnya pada cahaya matahari.

Rintihnya tak terdengar. Perihnya tak dipeduli. Tangisnya tak dihirau.

Namun begitu...

Semangatnya bak sang patriot. Cekalnya bak rotan saga, liat sungguh. Azamnya menggunung Ledang.

Jiwanya berkobar-kobar berbakti, memutik, membesarkan, memanjang buahnya. Menjaga keperluan buahnya dari pentil hijau sehinggalah besar panjang seperti itu.

Untuk siapa? Untuk orang yang ia tak kenali, yang ia tak pernah berkongsi bumbung, tak pernah berkongsi lantai hatta berkongsi katil, tilam dan bantal, tak berkongsi hati dan perasaan. 

Ia masih berbakti....




Dan aku terlupa nak sebat sebiji untuk dibawa pulang ke S.Alam walau pun aku dah ambil fotonya.... maka, Asam Pedas berempah gaya Melaka masakan Mama tak berterung...  huhuhu




.

26 comments:

sepa said...

aku rasa la kan, dan aku yakin... pokok terung memang dah ruper tuh. hehehe

*ko tanya sama itu pokok pauh, apsal pokok besar, buah kecik. :p

Lady Windsor said...

haha..dulu aku tak makan terung, tapi lepas kenal dengan perak man, terus aku tahu pajeri terung, terung goreng cili dan terus rebus...sedap gak kan...

ardz marn said...

ya.. gua pun ada terung yang gua jaga.. tapi untuk yang dikenali, berkongsi bumbung....dan berkongsi hati dan perasaan..

dan ia masih berbakti..



keh3..

ibundo said...

kalau tak disokong, mau rebah menyembam bumi.

tasekM said...

aku syak pokok terung tu kalau gemuk buah dia kontot la...



.

LydSunshine said...

Besar terung dari batang pokok.

NM02 said...

tak reti mkn terung.. hehee

Nizam.Ariff said...

sepa,
kalau aku tanya, nanti ada yang anggap aku dah biol... hahahaa



LW,
paceri terung adalah sedap...
terung sambal pun sedap.. aku suka terung..



ardz,
Lu punya terung jenis terung pipit ke terung tomoi (bulat)?
kakakaa




Ibundo,
yang tak de pasak pun masih elok tegak berdiri.... mungkin batangnya masih kuat..



TM,
mana ko tau?
ko pernah tengok ahli sumo/bina badan ek?




LyDS,
aku belum lagi jumpa terung sebesar batang pokok terung... hahahaa



NM02,
orang kata terung ni 'angin'. sesetengah orang memang tak boleh makan terung....
aku suka terung, walau hanya dipanggang dan dibuat cicah sambal belacan...

Lady Windsor said...

Mak mertua aku suka buat pajeri terung dan terung goreng cili, sebab tu aku tau cemane nak makan terung..dulu aku tak makan.

bukankosong said...

nenek aku ada kebun terung nih

mmg kiuttt

Nizam.Ariff said...

LW,
hahaha... sama la dgn aku.
lepas dah nikah, barulah aku pernah rasa asam pedas...sebelum ni aku tak kenal pun...



bukankosong,
kebun terung?
pergh.... seronok bila berkebun dan buahnya menjadi... aku suka pertanian...

Lady Windsor said...

belacan pun aku cuma tahu makan lepas duduk satu rumah dengan perak man...kalu tak...babai je la wehh..

ehh habes tu ko tak tanam cili ka? togei ka?

Nizam.Ariff said...

LW,
rumah aku 5 tingkat tingginya...
mana nak nanamnye weh...

Lady Windsor said...

ala guna jer pasu eh..

Nizam.Ariff said...

LW,
aku ada cuba tanam cili...
tak maunya. dia nak cahaya matahari yag panas terik kut...

yg hidup dalam pasu ialah pokok limau, limau purut dan nanas hijau hiasan.
limau purut tu untuk aku ambil daunnya...

Lady Windsor said...

wahhh ko memang greenthumb eh! aku cuma berjaya gemukkan orkid jer..bunga melur ada sket-sket..kalau tanam cili, pandan atau serai je, orang kelantan cakap mapuh kerahhh! haha..

Nizam.Ariff said...

LW,
takde green nyer.
mak mertua aku yang betul2 green.. semua tu dia yg tanamkan dalam pasu... aku cuma ambik dan bawak balik ke S.Alam... kakakaka

Lady Windsor said...

ceittt..celup rupa-rupanya! taram je la beb asalkan ko dapat hasil..ye dak..

Nizam.Ariff said...

LW,
aku sub-con tanam-tanam ni kat tangan yang sejuk...
bab menyiram aku buat... hahaha

sepa said...

aku tengah buat projek menanam terung. mem besar kata semaiannya dah tumbuh. projek pertama menanam terung, benih di semai semua tak tumbuh. 'flower bed' dah siap lima. aku nak buat sampai 10 'flower bed'.
week-end nih aku criter progress dlm blog aku.

terung adalah feveret aku... suka yg masak berkari, dan yang bercili...

:)

Nizam.Ariff said...

sepa,
Mak Kucai pernah pesan kat dia, katanya kalau lelaki suka macam terung nanti anunya lembik macam terung kena salai!

Aku tak tipu, nih dia sendiri cakap kat aku... masa tu aku tumpang tidur kat rumah dia kat Bt gajah tu....

betul ke?

sepa said...

aku manala tau.!

aku makan satu je la... yg lain aku jual, biar satu bandar anunya lembik.! hahaha...

Miss Volvo said...

sebijik je? sikitnyeee klu sy xcukup tu ehheheh

Nizam.Ariff said...

sepa,
Ko nak pedajal jejaka-jejaka Sarawak?!!

ko jantan jahat... hahaha



Miss Volvo,
sebijik tapi besarrrr.... hahahaa

Lady Windsor said...

mwahahahaha first time aku dengar lelaki makan terung anunya akan lembik...wakakakaka...weiii sakit perut aku gelak wehhh!

Nizam.Ariff said...

LW,
aku nak cakap tapi malu pada mulanya.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com