Tuesday, October 2, 2012

Urut tulang dan sendi ala Taichi Master

.

Aku pergi urut tulang dan sendi di Tangkak, Johor. Sakit urat dan sendi aku masih berbaki. Sakit yang hari itu di tempah lain telah ada perubahannya. Pada kali ni, aku urut di bahagian-bahagian lain pada badan pula. Tak payahlah aku beritahu (kepada yang suka berimaginasi tanpa graviti, aku bukan urut batin ya).

Pada bulan lepas, aku ada ceritakan tentang si Tukang Urut yang bergaya  Taichi ini. Juga tentang keturunan si Tukang Urut ini. Mak mertua aku dah pernah pergi sejak datuknya yang mengurut untuk patah-patah dan terseliuh. Sekarang ini datuknya sudah tua. Anak dan cucunya yang meneruskan tradisi mengurut patah tulang dan lari sendi ini. Tetapi, aku bukan urut kerana patah tulang atau lari sendi. Tak payahlah aku beritahu.



Anak. Dia mengurut di ruang tamu yang terbuka untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat.

Dekat kaki tukang urut di atas itu ialah timbunan kepingan buluh yang aku rasa untuk diikatkan kepada tulang yang patah.



Cucu. Dia mengurut di dalam bilik yang pintunya terbuka, lebih ekslusif.


Si cucu ini walau pun umurnya baru 26 tahun tetapi telah tamat menuntut ilmu urut-mengurut ini dan telah pun mendapatkan sijilnya. Kebanyakkan masanya dia urut menggunakan sikunya. Bila ditekankan sikunya, terasa seperti langit nak runtuh... punyalah sakit. Tapi, aku diamkan saja. Aku rileks dan control macho depan Mama.


Selang 3 hari ini, terasa urat-urat yang tegang kembali kendur. Namun, ia tidak menjamin kendur selama-lamanya. Pada satu hari nanti urat-urat aku itu mungkin kembali menegang akibat ketegangan di tempat kerja mahu pun di rumah. Kalau itu berlaku, harus aku ulangi lagi ke situ...






.

25 comments:

Jahirah said...

penuh skill mengurut....turun temurun la diaorg ni ngurut ye.

Nizam.Ariff said...

Aishah,
nampak gayanyer gitu la...

tasekM said...

aku... kot org tu urut sakit nho... mau aku karate balik tukang urut tu... kah2.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
huh.. karate-karate... baik la ko punya karate.

cakap banyak tak mao.
kalau berani, pegi la ke situ... kat Tangkak...

kakrose said...

kat tangkak tu di mana Nizam?

sepa said...

ko nih biaq betul, bang.!

kejap urut kaki la. kejap urut sendi la.

urut adik jeh dah cukup. hahahahahah...

Nizam.Ariff said...

Kak Yon,
Kalau dari Jasin ikut Chincin, sampai je kat simpang 4 kat jalan utama pekan Tangkak tu, lurus lagi ke depan... jumpa deretan rumah kedai di kiri jalan... ada satu rumah kedai yang ada tanglung merah... berdepan dengan Jabatan Pertanian Tangkak.



Sepa,
dah selalu guna, kena servis la brader...

lu punya kereta pun kena tukar tayar gak bila sampai masa.. hehehe

Lady Windsor said...

ko bagilah tukang urut paling best sekali pun...i will never!! sebab aku geli...haha

Nizam.Ariff said...

LW,
kalau dah sakit, hilang geli tu weh... ko pasrah dan redha je kena jamah.... hahaha

Fadhilah Maarif said...

macam sakit je kena urut tu..


errr..ada ke urut yang sedap...

aza ni said...

kalau urat, ...mmg kena urut, pakai mesin gegar...tk jalan, kan?

Nizam.Ariff said...

FadhilahM,
urut tu... mula-mula sakit, lepas tu sedap... hahaha



azani,
mesin gegar bagi sedap je.. ada gak gunanya, untuk lancarkan darah....

gegarannya tak lah sampai capai skala richter tapi impuls gegaran tu terasa gak...

Lady Windsor said...

pernah la aku pergi mengurut sebab keperluan medikasi tapi sepanjang sesi tu aku ketawa...cehhh sampai tukang urut pun ketawa sama...

Nizam.Ariff said...

LW,
dia urut kat ketiak la tu ... hahhaa

oshinz said...

salam saudara nizam,

boleh saya dapatkan alamat tempat urut tersebut?

terima kasih ya.

Nizam.Ariff said...

oshinz,
salam kembali.
maaf, aku tak ada alamat sekarang ni.

cuba googlemap: jabatan pertanian Tangkak, Johor. Tempatnya ialah berdepan / seberang jalan dengan jabatan pertanian ni. Rumah kedai 2 tingkat ada tanglung cina warna merah banyak tergantung.

tapi, nak bagi tau awal-awal...

walau pun dia hanya mengurut dan menggunakan akar kayu sebagai 'koyok' tampal, tapi aku rasa dia guna sejenis arak cina untuk mencampurkan ramuan tu...

seperti mana yang kita tahu, arak adalah najis. Dia urut tak guna minyak panas... atau minyak gamat... hahaha

oshinz said...

adoi.. ye ke macamtu?

emmm sebab ada kawan tu die cakap tulang kaki die mungkin lari dari kedudukan asal sebab pernah jatuh terhentak. so kalau boleh nak betulkan kedudukan tulang tu kembali.

dah tak boleh nak pergi la kalau macam tu?

Nizam.Ariff said...

Oshinz,
ikut masing2 la... aku tak boleh nak cakap.

macam aku, aku dah lebih 4 tahun menderita. Aku dah jumpa pakar 2 kali semuanya kata kena operate. aku dah urut berkali-kali...

ini adalah ikhtiar aku...
aku anggap, arak yang dia sapu kat badan aku semasa mengurut tu kira darurat dan harus je la..

oshinz said...

okay.. kalau dah awak kata macam tu, kite lega sikitlah. sebab kawan tu pun die akan sakit kalau jalan banyak2. kite cuba la nanti. thanks for the info ya. =)

Nizam.Ariff said...

oshinz,
ok...
no problem.

berusahalah ek...

Fais-SKA said...

menjadi ke ni?? hu3

Nizam.Ariff said...

SKA,
aku pegi sekali je pun..
tapi sekali tu pun lega gak otot aku
aku rasa kena pegi 5-10 kali la kut baru ok..

sebab aku ni masalah tulang belakang
aku pegi Chiropractic pun 40 kali , 3 kali seminggu baru OK...

jadi, kalau kat situ, pegi la 2 kali seminggu untuk 1 bulan... baru ok la kut

Unknown said...

owg tu memang pandai urut..tulang lari pon..boleh tarik..sy penah gk jgk..time sy patah tangan..

tapi skung ni leher saya terseliuh pasal jatuh motor semalam dan xdapat gk jumpa uncle urut ni pasal saya skung berada di shah alam

i miss u uncle urut...<3

Nizam.Ariff said...

Ashok,
Bila dah elok sikit nanti boleh la pergi sana...tak apa, tak lari kemana-mana uncle tu... hahaha

You.. get well soon, k.

Unknown said...

Uncle ni ade lg x?sy ade masalah sakit pinggang la,,da g refer Dr n Dr ckp sendi prblm,,Dr just bg ubat urat and smpai skrg x elok lg,kalo ade no phone jncle ni oke jugak,,huu

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com