Saturday, November 3, 2012

Apabila kehidupan yang dipacu laju tiba-tiba terhenti...

.

Ketika hidup kita semakin menjadi-jadi, seseorang menarik 'hand brake' dengan satu kejutan kusss-semangat kerasnya. Maka sesiapa yang TIDAK berpegang teguh pada 'hand rail' atau memakai talipinggang keledar atau berpaut pada mana-mana bahagian kehidupan yang bergerak laju tadi pasti akan bergolek-golek terlajak ke depan.

Pasti terhempas pada papan pemuka (dashboard) atau kalau lebih teruk, akan terjun melalui cermin hadapan (windhield). Mana yang sempat berpaut tadi, akan terasa kebas tangannya. Mana yang sempat memakai talipinggang keledar tadi, akan senak dada dan perutnya.


Aku.

Aku lelaki yang menjadi saksi kemalangan ngeri, di depan mata, ketika aku sedang enak duduk di meja baru di tepi taman di tepi jalan itu sambil menghirup secawan kopi O rendah gula, dari tadi telah asyik melihat kenderaan kehidupan itu meluncur laju dan semakin laju.

Sejak semalam, kelmarin dan kelmarin dulu, pecutan kenderaan itu semakin bertambah dan bertambah. Dan aku sudah mengagak sesuatu akan berlaku. Kerana aku tahu, melalui pengalaman mereka-mereka terdahulu, sesuatu yang bergerak pasti akan terhenti pada satu hari nanti. Lebih laju kenderaan itu, lebih teruklah hentamannya.

Oleh itu, pada pagi ini, aku siap-siapkan air kopi O rendah gula dan aku bawanya duduk di kerusi batu dengan satu matlamat: melihat kehidupan itu terhenti!

Dan aku, wahai kawan-kawan, bukanlah lelaki kejam yang kamu fikirkan itu. Aku hanya mahu melihat kemeriahan temasya kehidupan yang kini berterabur dan bersepai.....!


... dengan sedikit ketawa keseronokkan... " haahahaha...."






.

19 comments:

Lady Windsor said...

Jadi sejak ko duduk sambil minum kopi o rendah gula tu, sudah berapa banyak kehidupan terhenti di depan mata ko?

LelakiSemalam said...

ah kau ini bikin aku celaru sahaja...hehe

Nizam.Ariff said...

LW,
Adalah satu bas penuh penumpang...
Adakah aku seorang yang menjengkelkan dalam siri cerita ini?




Lelakisemalam,
celaru minda takpe, bro...
ada ubatnya... hahaha

amn said...

nak join?

Nizam.Ariff said...

azani,
join mana?
tak faham.

cHeRyNa PiReS said...

Kita ada pilihan bila melihat keadaan itu. Sama ada nk jd adi wira menggantikan abg bomba dan terus menolong org yg tersepit. Atau cepat2 panggilkan ambulan utk menolong mereka yg parah.

Tp itu pilhan.Biarkan saja sampai mati pon boleh.

Tp x dpt tidak, pasti ada senyuman sinis disebalik setiap tindakan. Terpulang sama ada si bongkak mlg perlu melihat senyuman itu atau tidak ;-)

Jom minum kopi o?

tasekM said...

hidup ini berputar.
jika hari ini kita mentertawakan.
pasti satu hari nanti kita pula ditertawakan.


.

Nizam.Ariff said...

Cheryna,
Sha pun nak join tengok dia org tu ek? Jadi org sinis tak baik tau.. hahaha


TM,
itu esok-esok... esok la citer...
jom join minum kopi?

tasekM said...

minum kopi sambil menyinis?
tak minat aku.

kot aku nk sinis pun, aku sinis ko je.
bukan sinis sebenarnya.
aku kutuk terus.
kutuk depan2.

:D




.

Nizam.Ariff said...

tm,
aku sakit balik nih...
malam tadi tersilap kat mana ntah time tido
kena balik macam hari mula2 yg berguling2 tu
sehari aku payah nak bangun...

Jna marcello said...

perhh egt kan kenapa laa..
klau anda gembira tepuk tangan *clap clap

sepa said...

aku. aku suka duduk di stesen bas, sambil minum kokakola di dalam gelas...
melihat orang masuk ke dalam bas, dan berlalu pergi, meninggalkan sepi...
...dan datang sebuah bas lagi, orang masuk ke dalam bas lagi, dan berlalu lagi... sepi lagi...
...dan bas datang lagi... dan akupun berlalu pergi, kerana segelas kokakola-ku sudah habis...!!!



.

Embun Melati said...

Awak ni memang suka majazi cerita dengan kenderaan kan?heheheh

Lady Windsor said...

tak jengkel lah...kalau aku ada peluang macam ko pun aku akan buat, melihat sebuah kehidupan yang tiba-tiba terhenti...

malangnya rumah aku tidak menyediakan senario begitu...jadi aku hanya melihat bulan di langit sambil mendengar lolongan anjing kepada makhluk yang tidak nampak saja..

Nizam.Ariff said...

Jna,
aku nak tepuk tapi tangan aku sakit...
perlukan 2 tangan untuk tepuk tangan.... kan? hehehe



sepa,
itu sebab ko tunggu bas ko tak sampai2 kan?


embun,
buat masa ini, kerjaya aku disekitar kenderaaan, tu sebab lah banyak citer pasal ini...



LW,
aku respek mereka yang memandu kenderaaan kehidupan dengan lambat, steady dan selamat... rileks... buat apa terburu2 nak kejar sangat dunia.
jadi, kepada yang bernafsu tinggi, semua nak .. itu nak ini nak.. sekali kereta terhenti dan dia belum bersedia.. hah.. itulah jadinya...

Lady Windsor said...

aku kadang2 pecut, kadang2 slow and steady..

but to be honest..lately ni aku praktik slow and steady sebab aku nak nikmati hidup sebaik-baiknya...rumah kata blah, kubur kata mari..jadi sepanjang perjalanan dari rumah ke kubur tu, aku nak lihat burung bertenggek atas dahan, bunga kembang tepi jalan, air hujan menitik di hujung daun dan aku boleh hidu bau rumput segar..sambil hirup kopi panas dinihari...

Nizam.Ariff said...

LW,
betul tu.... sungguh betul..

living in a fast track akan menyebabkan kita tak sempat nak lihat details... kita terlepas banyak perkara...

Aishah Jahirah said...

pecut bila ada keperluan yg mendesak je...kalau tak steady sudah...berhenti mengejut pada kelajuan yg maksimum xmengujakan langsung...

Nizam.Ariff said...

Aishah,
betul... aku setuju.
itulah yang sebaik-baiknya..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com