Saturday, November 24, 2012

Bagaimana membunuh dengan sebatang penyungkil gigi...

.

Aku tayangkan sebatang penyungkil gigi kepada Chasiman. Kami masih belum beredar dari meja makan di restoran mamak di Bandar Seri Iskandar, Perak kerana kami masih belum bayar makanan dan minuman yang telah kami pesan dan makan.

"Kau percaya tak aku boleh bunuh kau dengan penyungkil gigi ni?" tanya aku, meminta kepastian Chasiman.

Seperti tadi juga, Chasiman geleng-gelengkan kepala sambil ketawa.

"Tak pa, tak pa. Hang cerita, aku dengaq. Kalau aku tak dengaq karang hang tarik tulang belakang aku...", Chasiman beralah.Memang benar, aku suka tarik tulang belakang ala-ala gaya 'Predator 1' (yang mengumpulnya sebagai trofi pemburuan).

"Mula-mula, aku celupkan penyungkil gigi ni ke dalam sos cili. Bila kau dah hidupkan enjin motor di tempat parking tu, cepat-cepat aku cucuk mata kau dengan penyungkil gigi ni..." kataku.

"... dalam keadaan sakit bercampur pedih dek sos cili tadi, ko meraung kesakitan. Cepat-cepat aku tekan gear 1. Kemudian, aku piuh sikit pendikit minyak motor kau agar bergerak ke tengah jalan raya. Oleh kerana kau tutup mata, kau tak nampak kenderaan yang bergerak... dan sebuah lori treler pun merempuh kau... kau mati dengan trajis sekali..'


"Ok..ok.. aku percaya... aku percaya..."
Dan seperti biasa, Chasiman ketawa lagi tetapi muka aku masih serius...






.

8 comments:

sepa said...

eh. bukanke dia membonceng ko.! patutnya, dia yg buat ka ko.! hehehe

fifie said...

Gila tragis cara pembunuhan.

ckLah @xiiinam said...

Cerita apalah gamaknya tu sampai nak berbunuhan segala?


:-)

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Aku tak naik.
Dia yg bawak.


Fifie,
Saja seronok2 je...


Cklah,
Saja2 je...

amn said...

aku pernah tengok orang kena bunuh dengan paku....movie apa tah?

Nizam.Ariff said...

Azani,
Org kena cocok dgn garfu pun ada kalau muvi... hahaha

ASH said...

...lepas ni ko nak bunuh orang pakai apa pulak?
.
.
.
.
.
errrr...
.
.
.
.
BTW, kalau ada orang guna idea ko ni...
.
.
.
.
.
.
SIAP LERRR!!!

Nizam.Ariff said...

Ashley.
kejp... tengah fikir.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com