Friday, November 2, 2012

Beginilah kehidupan yang dia idam-idamkan...

.

Syukurlah. Inilah kehidupan yang diidam-idamkannya.

Bau rumput yang baru dipotong sungguh segar. Pokok-pokok meredup nyaman, angin pagi semirbit mengoles pipi dan menyibak beberapa helai rambut yang jatuh di dahinya. Pokok-pokok bunga merenek, berbunga merah putih kuning, sesetengahnya harum dibawa angin yang mengoles tadi. Inilah kehidupan yang dia ingini.

Anak-anaknya seronok bermain kejar-kejar tanpa perlu apa-apa barang mainan pun, cukup sekadar 'angah cuit along, along cuit angah balik', manakala si bongsu ketawa mengigal di pangkuan isteri. Si bongsu itu masih kecil tetapi terlalu comel, secomel isterinya. Inilah yang dia mahukan selama ini.

Duduk-duduk di pagi indah bersama-sama keluarga di hujung minggu, dihidangkan meriah gelak tawa, dijamu senyuman manis si isteri. Nikmat anugerah Tuhan kepadanya. Syukur. Sambil itu dia hirup secawan kopi O tanpa gula. Sebelum dia mendekatkan bibirnya pada bibir cawan itu, si isteri menahan tangannya lalu meletakkan seketul ais, melebur di dalam secawan kopi yang masih panas. Si isteri tahu dia suka kopi O yang suam-suam kuku. Oh! Inilah yang dia...


* kliiingggg! *

Sekeping duit syiling berputar jatuh ke dalam cawan besinya.

Dia mendongak lalu tersenyum sebagai tanda terima kasih atas pemberian itu. Senyumannya terukir panjang, meleret diseret kaki-kaki yang lalu lalang di siar kaki itu (kaki lima) sehinggakan kelihatan gigi sebatang dua yang berkarang, berkarat dan bibir yang pecah dikucup sejuk malam tadi, juga mata yang kelabu diketuk debu.

Si tua itu kembali memandang ke hadapan. Ada padang kosong penuh sampah dan buaian kosong digoyang angin.

... dan si tua itu membetulkan sila kaki kudungnya lalu kembali termenung mendakap angan-angan.

Inilah angan-angannya:

'Bau rumput yang baru dipotong sungguh segar. Pokok-pokok meredup nyaman, angin pagi semirbit mengoles pipi dan menyibak beberapa helai rambut yang jatuh di dahinya. Pokok-pokok bunga merenek berbunga merah putih kuning, sesetengahnya harum dibawa angin yang mengoles tadi. Inilah kehidupan yang dia ingini. 

Anak-anaknya seronok bermain kejar-kejar tanpa perlu apa-apa barang mainan pun, cukup sekadar 'angah cuit along, along cuit angah balik', manakala si bongsu ketawa mengigal di pangkuan isteri. Si bongsu itu masih kecil tetapi terlalu comel, secomel isterinya. Inilah yang dia mahukan selama ini....................... '






.

20 comments:

cheryna zamrinor said...

Jgn bagi Sha sedih.Pls?

tasekM said...

nota kepada KOG,

beb...

sok sek sok sek... main gitar...
sok sek sok sek... citer-air-mata...
sok sek sok sek....
sok sek...








eh... memang berhasil.
terer betul.
hehehe....



.

Lady Windsor said...

beb, ko memang pakar buat narratif anti climax, kalu ko masukkan elemen deus ex machina lagi best oo..sambung please!

LydSunshine said...

Ooo.. sedihnya... ingatkan realiti. Berangan la si tua.. Angan2 tidak perlu dibayar. Kadang2 kita boleh gembira dgn berangan.

kucingorengemok said...

tang video main gitar yang tak tahan tu, hahaha... eh, kita salah tajuk ke ni, tas?

sepa said...

menarik weh.!
mengingatkan aku pada si Danika dalam muvi 'DANIKA'...!!!

*si Danika ini seorang gelendangan, yang asalnya seorang yang berkarier, yang menginginkan perfect life untuk dia, untuk suaminya dan untuk anak2nya... tp akhirnya dia menjadi gelendangan, setelah dia musnahkan segala im-perfection dalam kehidupan berkeluarganya...

*eh. ko carik muvi nih, pada aku, muvi nih masuk dlm genre ko...!!! oya, memula criter, memang nampak sangat mengelirukan, tp aku rasa ko akan asyik menontonnya...


.

Anonymous said...

mula2 dah ok, masuk part ending alahai.... sedih

Nizam.Ariff said...

Cheryna,
Sha jangan sedih. Ini adalah sebahagian drpd erti kehidupan... kita kena terima...


TM,
sanggup ko ngumpat orang yang sedang menahan sakit dan menerima dugaan ini... huuuu


LW,
huh.. aku terpaksa google pasal bende tu dan aku jumpa ini:

Aristotle criticized the device in his Poetics, where he argued that the resolution of a plot must arise internally, following from previous action of the play..

dan aku masih tak faham.... kakakaka



LyDS,
cukuplah kut dengan angan-angan tu.. sebab angan2 ini tak ada yang halang...



KOG,
OOOOOOoooo... ko pun sempat tengok video aku tu ek?
Amaca, boleh jadi Yuna tak sikit hari nanti? keh keh keh...



sepa,
ko suruh aku tgk muvi2 yg macam tuh?
huh.. ko pun tau aku suka muvi jenis macam mana kan?
kalau tak bersembur otak, mesti jenis yang tarik tulang belakang... tu je ... hahaha




KA,
sedih ke kak?
Ala... aku cuma nak ceritakan realiti kehidupan je...

sepa said...

eh takpe la sekali sekala ko layan heroin yg melankolik dan hero yg kasanova... hahaha.
heroinnya not bad, man.! bulih tahan la cun dia. terliur jugak la nengoknya... tp still tak setanding heroin pujaan ko si Lisa Surihani tuh... :D


.

Lady Windsor said...

Dino,
DeM tu secara mudahnya ialah ko buatkan ada elemen kebetulan org tua yg berangan2 itu hidupnya tiba2 jadi real kerana ada org jatuhkan duit depan dia..unsur kebetulan yg sgt tidak masuk akal...aku suka guna kaedah ini dulu utk menggula2 kan pembaca..

Sham said...

Mana pegi anak2 n isterinya...ke semua tu angan2 blako...?

ckLah @xiiinam said...

Kesian pakcik tua tu...

Nizam.Ariff said...

Sepa,
aku masih belum ada mood nak tengok cerita melankolik buat masa ni... aku masih nak tengok darah dan kematian ... hahaha




LW,
ooo.... kalau gitu mudah je la... tapi Aristotle tak setuju, dia suh ikut the play, no god's intervention..




Sham,
Ini sketsa... ceritanya mati setakat tu je. Kalau diceritakan kesemua asal dia jadi macam tu, anak bini, kawan2nya.... mau jadi novel pulak nanti...

Nizam.Ariff said...

cklah,
selamat pagi cklah...

nanti aku cuba hayati lebih sikit, aku mahu cari kebahagiaan orang tua itu dalam hidup sebegitu...

Jna marcello said...

touchingggggggggggggggggggggggg~

Nizam.Ariff said...

Jna,
ko nanges tak?

hahahahaha

Lady Windsor said...

sebab tu namanya deus ex machine..mesin ajaib yg boleh buat apa saja dalam cerita manusia

Nizam.Ariff said...

LW,
mesin ajaib bagi aku ialah mesin ATM... hahaha

aza ni said...

bravo

Nizam.Ariff said...

azani.
tq

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com