Friday, November 23, 2012

Cara-cara membunuh dengan menggunakan sehelai rambut manusia...

.

"Kau tahu tak..." tanya aku kepada Chasiman, kira-kira 17 tahun dulu.

Kami sedang makan di sebuah restoran mamak di Bandar Seri Iskandar, Perak ketika itu. Aku kuis-kuis mee goreng dan aku terjumpa sehelai rambut. Entah rambut siapa. Atau mungkin juga janggut si penggoreng mee. Chasiman terus melahap mee goreng (atau roti canai atau nasi kuah kari... aku dah lupa).

"... aku boleh bunuh kau dengan sehelai rambut ni..." aku sambung.

Chasiman dah faham sangat perangai aku, macam Sepa juga. Dia sudah tahu sangat cara fikiran aku. Oleh sebab itu, dia hanya ketawa halus sambil geleng-gelengkan kepala. Dia tahu, otak aku mereng sekali sekala.

"oklah, cepat cerita. Aku dengaq...macam mana?" acuh tak acuh sahaja dia menahan telinganya.

" Begini. Aku suruh mamak tu pegang dan ikat kau kuat-kuat. Lepas tu aku suruh dia pekup hidup kau dengan klorofom. Bila ko pengsan, aku suruh mamak tu suntik ubat bius setempat kat dada. Jadi, bila kau dah sedar, aku suruh dia toreh dada kau sampai nampak jantung yang berdenyut... "

Chasiman dah mula ketawa.

"... dalam keadaan penuh sedar, kau akan saksikan tangan aku menyeluk rongga dada kau. Lepas tu, aku cari pembuluh darah utama. Aku gunakan rambut ini untuk ikat pembuluh darah ketat-ketat. Dalam beberapa minit, kau pun mati. "

Chasiman masih menggigil kerana ketawa.
Setelah habis mee goreng di pinggan plastik hijau, aku basuh tekak aku dengan teh ais. Kemudian, aku terasa seperti ada sayur sawi melekat pada celah-celah gigi. Aku ambik sebatang penyungkil gigi.


"Kau tahu tak, aku boleh bunuh kau dengan sebatang penyungkil gigi?"

Tanya aku lagi dan pada kali ini ketawa Chasiman bertambah kuat.





.

17 comments:

sepa said...

hahaha... bila ko criter Chasiman gelak... aku dah bulih bayangkan betapa lucunya... hahahaha...

*eh, salah. Chasiman gelak camnih. kukkik kukkik kukkik...!!!

Nizam.Ariff said...

sepa,
Chasiman AJK pondok kat bkt Mertajam dah... cer google

oshinz said...

hahaha.. ape punye kisah pembunuhan ni? tragik sangat bunyinya. tak pasal-pasal mamak pun terlibat.

Wanita Mutalib suka Share Instagram's Pictures said...

pandai chasiman ambik hati. ehh?? hik hik.

Temuk said...

Teringat kakang, rambut yang amat-sangat pendek pun boleh menyiksa mata. Pengorek gigi yang patahan kecilnya tersangkut di celah gigi, boleh menyengalkan seluruh gusi. Dari hal kedua-duanya itu, sang hati pun boleh jadi bengal, sekalipun ikut kepatutannya kita tak meninggal.

sepa said...

AJK pondok yer... dekat Penanti la tu. Kitaorang pernah ke sana dulu. Chasiman la yg ajak. Sekolah pondok, banyak rumah kecik2 muat dua orang satu rumah...

*ok. aku gugel.

sepa said...

...internet slow la bang.! tapi, kat list gugel tuh ada nama dia di blog pondokturath.­blogspot.­com. cuma aku tak bleh nak ke site tuh. :)

*aku agak dia nak mendalami tasauf eh. dulu2 dia selalu criter tentang syariat, tarekat dan hakikat...
dia pernah kata begini, suatu masa dulu :
Sesiapa yang berpegang dengan syariat, akan melalui tarekat, dan seterusnya akan sampai kepada hakikat.!

senang2 nanti aku cuba la gugel lagi... internet kat sini slow teramat.!

.

Jna marcello said...

nape Na tak faham..? ;c

ASH said...

...err...
.
.
.
kes jumpa rambut dalam mee sampai nak membunuh!
.
.
.
ceh..

tasekM said...

eleh... sembang pong-pang je la ko tu.
aku syak nampak darah je ko pengsan.
ni pulak nk cari pembuluh darah.

:p



.

ASH said...

TAS,
aku nak LIKE comment ko, buleh?

amn said...

sepa,
makrifat kan lepas hakikat?
ku ingat lupa.


tumpang lalu ron.

cHeRyNa PiReS said...

Punyelah susah payah nak bunuh dgn rambut? Baik tak payah! Pencungkil gigi lebih mudah rasanya?

Cerita kedai kopi...hey!:)

Nizam.Ariff said...

oshinz,
pembunuhan terancang namanya.. hahaha


Wanita Mutalib,
dia kena ambik hati kawan dia yang suka mengada-ngada... kalau tak nanti nangis.. hahaha



Temuk,
aku pernah kena, Kang. Penyungkil gigi tertujah gusi... pedihnyaaaa...



sepa,
tapi dah lama blog tu tak berupdate, aku syak dah tinggal nama je...


Jna,
awak baca literally je.. tak ada maksud tersirat kat sini.... itu cuma nak tunjukkan bagaimana nak bunuh orang dengan satu benda yang sepatutnya tak merbahaya... hahhaha



Ashley,
tak.... aku tak marah, mamak yang empunya rambut tu...



TM,
Ko jangan.... ko nak tengok aku sembelih ayam???

err.... aku tak pernah lagi sembelih ayam la...



Ashley,
ko tak nak like aku sekali ke?
huhuhuhu



Azani,
entahlah... aku bukan ahli ilmuan itu.
yang aku dengar, makrifat > hakekat. sebab bila dah kenal maka tahulah kebenaran sebenar-benarnya yakni hakekat... nanti kalau ko dapat jawapan, bagi tau aku...




Cheryna,
Hah.... awak juga yg faham inti pati cerita di atas tu... bersusah-payah nak bunuh dgn cara yang panjang sedangkan mudah sahaja.... hahaha

sepa said...

azani,

aku pernah tanya kepada Chasiman, camnih : makrifat itu pulak apa.?!

dia jawab camnih :

"ilmu makrifat membahas ttg mengenali Allah pada aspek af'al, asma, sifat dan zatNya. ilmu ttg af'al, asma, sifat dan zat Allah itulah ilmu hakikat.

lbh mudah lagi, makrifat adalah perbuatan utk mengetahui, sdgkan hakikat adalah objek yg ingin diketahui..."

.
suatu petang, dalam tazkirah di nasional.fm (yg biasanya bersiaran tiap2 hari dari jam6.30ptg hingga 6.45ptg), ada sorang ustaz membicarakan tentang Islam, Rukun Islam dan Rukun Iman.
katanya : dalam rukun Islam, tahap mula digelar Muslim, kemudian Mukmin dan Muhsin yg tertinggi. jugak katanya lima rukun Islam itu disusun sedemikian adalah pengukuran tingkat itu.
katanya lagi : dalam rukun iman, sekiranya kita berjaya memahami sepenuhnya yg ke-enam (yg tertinggi), iaitu percaya kepada qada' dan qadar, barula kita mula mengetuk ambang pintu tasauf...

katanya jugak : tasauf tidak semudahnya untuk kita dalami sekiranya faham kita di rukun imam yg ke-enam itu masih penuh keraguan dan kesangsian...


.

amn said...

hebat ,suka berkawan dengan anda semua.

benarlah kata seorang tuan guru dulu,permata yang dikalongkan tepat pada yang ahli akan bergemerlapan

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Aku tak tau...
Ko lebih tau...


Azani,
Aku dah brkarat

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com