Thursday, November 8, 2012

Kejanggalan...

.


Dalam janggal ini aku cari
figura-figura abjad pada petak plastik
dengan tangan kiri
Sukarnya janggal ini
untuk menelah rasa isi hati
yang sebahagiannya telah mati...



Seyesly, aku masih mahu berkarya, malah karya-karya aku sedang berbaris panjang dalam kotak kepala aku ini. Benarlah seperti kata seseorang, impian tiada batasan. Yang membataskannya hanyalah fizikal yang segala kekurangan.

Cocok sungguh dengan aku dikala ini. Menaip sebutir-sebutir kurasakan sungguh lambat, sedangkan fikiran aku telah pun menekan figura noktah. Aku seakan-akan mahu menjerit dan berkata "lembab sungguh kau!" kepada tangan kiri aku tetapi aku pendamkan sahaja.

Kerana apa? Kerana tangan kiri aku tidak pernah diberi peluang untuk mengetuai segala tanggungjawab, ia perlukan masa dan keadilan juga. Juga kerana selama ini aku pandang tangan kiri dengan sebelah mata, tak pedulikannya sangat kerana tugasnya selama ini hanyalah tugas-tugas 'low class', ia cekap mencebok dan mengorek lubang hidung.



Kawan-kawan sekalian, ambillah iktibar dari nukilan aku ini...

Salam buat semua.




.


12 comments:

Aishah Jahirah said...

sabar2..tangan kiri kan xbiasa buat kerja2 tangan kanan...haruslah lambat...:)

Nizam.Ariff said...

Aishah,
ye kak.
aku kena belajar bersabar...

alienpakailipstick said...

Tapi kau tetap berjaya menzahirkan segala rasa yang ada pada aku kepada perkataan...take care

Nizam.Ariff said...

alienpl,
lambatlah tapi
menaip satu2...

cHeRyNa PiReS said...

tangan kiri Sha selalu peranannya lebih banyak. Contoh bila nak basuh pad. Susah tau...ingat senang ke?

Hehehe. Kotor kan?

Org yg buat kerja kotor, walau nampak senang...tp tanggungjawab tu berat sebenarnya.

Bayangkan pad yg dibasuh cincai, atau buntut yang tak dibasuh bersih.

Apa implikasinya:)

Nizam.Ariff said...

Cheryna,
itulah yang cuba aku cakapkan...
tangan kiri kita banyak jasanya.

macam orang pungut sampah, orang sapu sampah di jalan... bayangkan kalau dia org mogok?

dan.... tangan kiri itu boleh juga diandaikan sebagai teman hidup... isteri. jasanya banyak tapi jarang dimengerti atau dihargai... masak, kemas rumah, mandikan anak, sedia air minuman dsb...

sepa said...

salam jugak. ...dan semoga maju jaya, tangan kiri.!

LelakiSemalam said...

apa kata kita potong jer sikiri tu...hehe!

tasekM said...

aku ada kawan yg tangan kiri sama cekap dgn tangan kanan.
bagus betul.




.

amn said...

masa tangan kanan patah dulu, yg kirilah take over,hatta menulis


mmglah a mcm torpedo,tp cikgu kata maih boh dibaca,,,slow amat slow

Lady Windsor said...

Bukan setakat tangan kiri, semua anggota badan kena dihargai..complete each other. Tak lengkap satu je, semua stuck kan...

Nizam.Ariff said...

sepa,
terima kasih, sahabatku...


lelakisemalam,
itu dah dikira menganiaya... hahaha


TM,
tak yah pegi jauh-jauh.
Dak Ai tu kanan dan kirinya dua-dua hidup... yg celah2nya ko kena tanya dia sendiri ..



azani,
betul tu. jangan diperkecilkan peranan kecil seseorang...


LW,
teringat aku akan cerita antara kepala, tangan dan kaki (yg boleh berkata-kata tu)

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com