Thursday, November 29, 2012

Kejuruteraan unggul di zaman British untuk saliran sawah padi ...

.

Sawah memerlukan sistem pengairan yang baik, barulah tanaman padi dapat dilakukan 2-3 kali setahun. Jika tidak, padi mungkin hanya sekali setahun yakni mengharapkan pada musim tengkujuh macam zaman tradisi. Di tempat aku, sistem aliran air utama dikenali sebagai terusan atau kami panggil 'ban' manakala air dari 'ban' ini akan dialirkan ke lot-lot sawah kepunyaan orang kampung melalui parit yang lebih kecil yang kami panggil 'parit kong'.

Sistem aliran air di tempat aku itu telah wujud lama, sejak zaman British lagi kalau tak silap kerana Emak pernah ceritakan yang orang Inggeris yang membuka lot-lot tanah sawah itu dan telah memindahkan para peserta tanah rancangan sawah ke situ.

Untuk memastikan paras air di dalam 'ban' itu sentiasa cukup untuk setiap 'parit kong', satu sistem pintu (gate) dibuat pada jarak-jarak tertentu. Sistem pintu itu diperbuat daripada konkrit bertetulang dan kami panggil 'derop'. Aku rasa ianya dipanggil 'derop' sebab air yang jatuh ke dalamnya (Drop). Struktur 'derop' ini besar!

Keratan rentasnya lebih kurang begini:


Ketinggian di bahagian dalam gegelung itu adalah 2X tinggi orang dewasa dan aku boleh berdiri di pintu keluar terowong air itu.

'Derop' ini dibina sezaman terusan itu dibuat. Semestinya begitu. Dan sudah tentu ianya sudah usang dan lama TETAPI 'derop' itu masih berfungsi sehingga sekarang! Kejuruteraan yang amat baik kerana kita tahu bahawa kuasa hakisan air adalah sangat kuat. Air yang menitik di atas batu boleh menyebabkan batu berlekuk atau berlubang, inikan pula air yang mengalir deras.

Ketika air terusan dikeringkan (atau pada musim menuai), 'derop' itu masih mengandungi air yang agak dalam juga kerana kedudukan 'derop' yang tertanam di dalam tanah dan strukturnya yang besar. Oleh itu, banyak ikan berkumpul di dalam terowong dan gegelung konkrit itu. Kami akan menjala atau memukat di dalam terowong itu. Kami akan masuk ikut pintu keluar terowong itu sambil membawa jaring atau jala menuju ke tengah 'derop' Namun begitu, pada 1/3 terowong, tiada ruang untuk bernafas lagi kerana kedudukan terowong itu condong (lihat rajah).

Oleh itu, kami terpaksa menahan nafas dan menyelam sambil menarik pukat atau jala, lalu timbul di bahagian dalam gegelung konkrit itu. Kepada yang klaustrofobik, jangan harap nak masuk ke dalam 'derop'...


Dan ini adalah video 'derop' itu ketika air penuh... kawasan putih di dalam video itu ialah jalan berturapkan pasir lombong. Luas bulatan pusaran air boleh memuatkan lebih kurang 2 biji bas kilang.





Bunyi pusaran air sahaja sudah mengerikan....!
Tak dapat aku bayangkan aku ada orang terjatuh lalu disedut ke dalam 'derop' tu.... pasti lemas!




.

17 comments:

sepa said...

di kampung mak aku, depapun panggil ban. cuma sawah depa panggil 'belah'... :)

.*eh. apsal lukisan ko tak cantik.?!

Nizam.Ariff said...

sepa,
memang tak cantik pun selama ni, ko tak perasan ke? tulisan aku pun tak cantik... sebab yang cantik-cantik semuanya ada kat wajah dan tubuh aku... keh keh keh

ASH said...

Sepa,
.
.
.
kenapa la ko ada kawan macam budak yang berperasaan macam ni!!
.
.
.
adehhhhhh adehhhh adehhhh
keh keh keh keh...


berbalik kepada perihal BRITISH nih..

aku wonder apa muslihat orang putih buka tanah ( a.k.a rampas tanah ) dan suruh orang kerjakan tanah tu...

ye ker demer buka tanah rancangan sawah untuk kesenangan penduduk setempat?

...atau sebenarnya demer ambik tanah yang lebih berharga penuh dengan bijih...

.
.
.
err tiba tiba...terkeluar tajuk ler pulok!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
hah... aku pun dah mula syak cenggitu...

tasekM said...

pukat la lain tempat.
macam bahaya je situ...


.

Nizam.Ariff said...

TM,
memang bahaya pun...
ada banyak batang besi tajam terjojol pada dinding terowong tu sebab konkrit dah nipis kut...

Tapi ikan banyak!!! terkumpul kat situ jadi macam kolam sebab kat terusan dah kering atau cetek. Kalau hari panas, ikan masuk ke terowong tu sebab sejuk...

LydSunshine said...

Aku tak penah tau pun sistem pengaairan sawah ni. Tapi lukisan tu still aku tak faham. Huhu.

Jna marcello said...

out of topic jap..
Na teringin gila tgk sawah padi..
btul ke org kata kat perlis is the best?? btul ke btul ke?

Nizam.Ariff said...

LyDS,
betul kata Sepa... lukisan aku macam harem... orang tak faham... huhuhuhu



Jna,
tak payah jauh2...
ko pegi je Sekinchan, Kuala Selangor... sambil tgk sawah padi, boleh makan nasi ambeng atau ikan bakar..
kat Perlis ada padi lagi ke? aku ingat kat sana dah jadi ladang anggur dan pelam harum manis je.. hahaha

ASH said...

oooii...
aku baru balik dari PERLIS..
bendang masih ada...cantik, indah, menawan dan permai!
sila jangan ngumpat negeri tempat belajar aku selama 5 tahun tu!!
.
.
.
.
.
pantang!
hahaha

Nizam.Ariff said...

Ash,
orang kata kalau keretapi berhenti kat perlis, ekor keretapi masih ada kat negeri kedah, betul ke?
hahaha...

sepa said...

Ash,
akupun pernah belajar kat Perlis. tapi, 2tahun jeh. itu jam, kat Arau dan kat Beseri depa tanam padi...

.
cuma aku tak pernah tengok ladang tebu.
eh Dino. ko agak masih ada ladang tebu di Perlis.?!

ASH said...

Ladang tebu? masih ada...
rasanya!
kalau tidak, kurang la gula kita..
.
.
.
Aku berkesempatan untuk berada di ladang tebu Chuping dahulu kala!

ASH said...

Nizam,
alhamdulillah la kat perlis keretapi lalu juga...ko tanya orang Tengganu?

Nizam.Ariff said...

Ash,
trengganu tak de keretapi ek?
hahahaha...
aku baru tau

nazgul naz said...

Di Indonesia Belanda hanya gunakan kincir air dan kincir anginnya sahaja untuk mengairi sawahan dan lahan penduduk peribuminya...

Nizam.Ariff said...

nazgul naz,
Oh... ye ke?
Thanks for sharing...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com