Sunday, November 18, 2012

Memoir seorang lelaki di pagi ahad...

.


Pagi-pagi lagi aku terjah kabus yang membaluti lembah dan gunung. Aku redah jalan yang sejuk berembun, di kiri dan kanan ada tumbuh subur Pokok Kelapa Sawit dan Getah.



Nasi lemak 50sen dijual di sebuah gerai berdepan dengan Balai Polis pekan Nyalas. Dulu 50sen, tadi dia kata dah RM1.00... mungkin nak 'ngam' dengan 1Malaysia.


Setibanya di lokasi, aku pesan teh tarik kurang manis dan aku ambil sebungkus nasi lemak 50sen (dulu), kini RM1.

Kisah-kisah dunia ada tercoret di lembaran suratkhabar itu. Lipatan-lipatan kertas berisi berita basi itu membaluti nasi lemak panas yang tak basi. Kehangatan nasi lemak itu, entah macam mana, mampu menyegarkan kembali berita basi tadi. Itulah kekuatan pembungkus nasi lemak. Kalau tidak, masakan kepala terteleng-teleng membacanya ketika mengunyah hatta ruangan iklan yang tak ada kena-mengena dengan hidup.

Sekembali dari gerai itu, aku capai reket badminton dan aku layangkan bulu tangkis dengan Mama. Aku mahu gerakkan otot-otot pejal di lengan dan bahu kanan. Aku mahu hilangkan lenguh-lenguh pada tengkuk. Sebenarnya, aku mahu hilangkan resah dalam hati sekali. Gagal.

Setelah beberapa minit, aku berhenti. Sengal dan resah hati tak berkurang. Aku takut 'over done', satu hal pulak nanti.

Bagi aku, percutian adalah masanya kembali untuk melihat hijau dan air sungai dan memancing... cuma bab memancing tu belum boleh lagi.






.

9 comments:

Ujie said...

suratkhabar dan berita basi..baru menulisnya smlm.

balik kg bercuti ke ni? nyalas..N9 kan..

Ujie said...

suratkhabar dan berita basi..baru menulisnya smlm.

balik kg bercuti ke ni? nyalas..N9 kan..

Nizam.Ariff said...

Ujie,
Haah... bercuti, tenangkan fikiran... malas nak fikir pasal kerja... tapi Nyalas bukan di N9, dekat sempadan je... Nyalas di wilayah Asahan, Melaka.

sepa said...

ko baca iklan eh. :P

Nizam.Ariff said...

sepa,
iklaneka...
mana tau kut-kut ada berkenan...

amn said...

nasi lemak 50 sen boleh masuk senarai arkib,kali terakhir aku makan di kantin sekolah rendah,telur sebiji

Nizam.Ariff said...

azani,
skrg ni dah tak ada... dah naik harganya

fifie said...

Tak puas hati lah makan nasi lemak kat gerai. Hikhik. Sedap yang dimasak dirumah.

Nizam.Ariff said...

fifie,
kalau sempat dan rajin, apa salahnya buat sendiri. kalau nak makan sikit je, tak berbaloi nak masak sendiri, kan?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com