Sunday, November 25, 2012

Monolog aku di pagi Ahad...


Berapa kalikah aku patut bermimpi baru aku boleh bertemu kamu?
Oh, mungkin kerana kita berada di dalam galaksi yang berbeza
Kau berada di Bima Sakti sedangkan aku berada dalam diri sendiri...

Pagi ini mendung tetapi aku tahu cerahnya ada di sana
Sengaja aku tuliskan di sini kerana aku tahu
di galaksi kamu tak pernah ada suram tengkujuh
Di galaksi kamu kerap ada pelangi indah.
Di galaksi kamu ada mentari kekal cerah.

Selamat pagi, wahai galaksi!
Selamatlah kau dengan warga-warga kau sekali
Semoga dunia tak sunyi dengan mimpi.

Pagi Ahad ini, aku jengah nasib aku di luar jendela
Itulah indahnya galaksi-galaksi kita
Harapan bergayut lama dan kita sentiasa berpegang pada janji-janjinya
Namun, siapalah tahu akan nasib sehinggalah nasib itu muncul sebagai takdir





(aku cuba post pagi-pagi tadi tetapi tak jadi. rupa-rupanya payah nak taip guna galaxy)

.

9 comments:

Jna marcello said...

pagi ahad yg buat pertama kali nye na bgun tdo ptgg hahaha

mmg penat sbb sebulan kerja tanpa offday dan bekerja sehari 10jam..

hihihi

aza ni said...

cerita pasal galaksi ni,aku baru terjumpa satu blog yg cerita kata teori big bang dalam alquran, tak silap blogtokwan, nanti aku cari add dia,aku tak mahir dlm hal hal big bang ni terus b;ock otak aku,

aza ni said...

sori ron, bukan blog tok wan tapi web azim.com
http://www.al-azim.com/~smkdolsaid/sainsdlmquran.htm

tasekM said...

angkat galaxy tab 10.1 ke 7.0...?

Nizam.Ariff said...

Jna,
Kuatnyer bekerja...
Takpe, masih muda... kuat dan bertenaga. dan tua macam aku ni, tenaga ada tapi kederat tak ada..



azani,
aku tak nak kaitkan sebarang teori sains manusia dengan dalil al-quran... sebab teori sains manusia sering berubah dan bertolok tambah sedangkan al-quran tidak. Sekarnag dia kata teori big bang. Macam mana kalau tahun depan dia org buat teori baru dan teori big bang jadi lusuh dan tak terpakai? adakah dalil al-quran akan diperlecehkan oleh mereka?




TM,
Ada yang 7.0 ke?
aku tak tau. aku beli 10.1 je la.
dia org kata yg 7.0 tu Note... lebih mahal.

tasekM said...

apa pulak tak adanya...

http://www.samsung.com/global/microsite/galaxytab/7.0/index.html?type=find

Nizam.Ariff said...

TM,
aku cuma tau 10.1 je. aku mintak yang tu dia terus bagi...
aku ni buta IT gajet... huhuhu

ASH said...

kunun...
buta IT gajet
.
.
.
eeeiii...getik dengor nyer!!

Nizam.Ariff said...

Ash,
dah tua-tua gini, mana la nak larat kejor perubahan teknologi yang pantas berubah tu... ketar lutut nak perambatnya... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com