Wednesday, November 14, 2012

Petua mencari penyelesaian masalah duniawi...

.

Ini hanyalah petua. Petua yang tiada kena mengena dengan masalah jiwa. Ini petua yang kerap-kali aku guna. Oleh kerana ianya hanyalah petua, tiada paksaan dalam mengamalkannya. Petua ini pun aku dapat daripada orang lain, jadi eloklah aku kongsikan juga kepada orang lain.


Ada tiga (3) cara untuk mencari penyelesaian ketika menghadapi kebuntuan:

  1. Buang atau elakkan penyebab / perkara buruk dari masalah itu (take out / avoid the bad things).
  2. Selesaikan konflik yang berlaku (resolve the conflict).
  3. Perbaiki lagi perkara yang baik supaya menjadi lebih baik (enhance the good things)

Jadi, jangan susah hati sangat.
Setiap penyakit adan ubatnya melainkan mati.
Setiap kebuntuan ada penyelesaiannya kecuali ... err... 'mati kutu'.


Selamat bekerja kepada mereka yang bekerja.
Selamat bercuti kepada yang bercuti... seperti aku.





.

14 comments:

Aishah Jahirah said...

selamat bercuti....
masalah duniawi ni xpenah nak surut masalahnya...hadap je la kan...:)

smbotak said...

kita ditempatkan atas dunia ni dibekalkan dengan masalah. masalah yang bukan hanya untuk ditanggung tapi juga dicari jalan penyelesaiannya.

Nizam.Ariff said...

Aishah,
kadang2 lemas juga dibuatnya....



SM,
dan kalau penyelesaian tak jumpa-jumpa, kena tanggunglah sampai bila-bila...

smbotak said...

insya-Allah ada, macam penyakit yang disertakan dengan penawarnya. jumpa atau tidak je.

Nizam.Ariff said...

SM,
bilalah aku nak jumpa penawar aku ni.... huhuhu

LydSunshine said...

Petua ni biasa dgr. Tapi selalu yg jadi masalah, 1) nak buang penyebab tu pun dah failed sebab hati tak cukup kuat. 2) nak selesaikan conflict pun otak buntu 3) kalo no 1 dan 2 dan gagal, yg ketiga lagi la..

Tapi takpe.. yakin boleh!

cHeRyNa PiReS said...

Setiap penyakit ada ubatnya walaupon penyakit hati. Kan? :)

sepa said...

apabila aku berada di tempat kerja yang jauh di pedalaman dan belantara ini, sering dan banyak kali jugak, upaya untuk access internet terganggu... walaupun ada kemudahan VSAT (untuk yang tidak tahu - VSAT adalah very small aperture terminal yang ada komponen dish seperti dish Astro.!)...
maka itu jugak, aku kekadang mengalami kesukaran untuk berhubung dalam ruang siber...!


ah... sesungguhnya komen aku itu tiada kaitan dengan entri kamu...


.

salam Awal Muharam sedara...!


.

Jna marcello said...

HPY WORKING AND HPY HOLIDAY.. ;D

محمد رازيق said...

petua yang baik bro. aku pun tengah try nak cari penawar. hehe. bukan apa, kadang2 konflik tu kita yg cari sendiri. hehe

Kesuma Angsana said...

he he bolehpakai ke petua ni !

Nizam.Ariff said...

LyDS,
kena yakin boleh.... huhhuhu


Cheryna,
betul tu.
bukan sahaja penyakit hati, malah kalau sakit hati pun ada ubatnya... hahaha


Sepa,
salam awal hijrah untuk ko juga...



JNa
Awak dah holiday minggu hari tu kan?



Mim-Ro,
kita cari sama-sama, sama-sama kita cari penawar duka.... huhuhu



KA,
boleh pakai tapi payah nah buat.... hahaha

Jna marcello said...

DAAA SEBB TU NA KENA KERJA SKRNG... SADISSSS T_T

Nizam.Ariff said...

Jna,
takpe, esok cuti lagi...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com