Tuesday, November 27, 2012

Umpan memancing ikan sawah yang biasa aku guna...

.

Selain daripada cacing tanah, katak, anak kerengga, anak semut, belalang dan anak tabuan, ada beberapa lagi jenis umpan yang aku biasa gunakan untuk memancing secara kecil-kecilan dan kontan ini:




Masa aku kecil-kecil dulu, Pepatung atau dalam bahasa ibundanya di panggil Chatcibor menjadi menu umpan juga.

Cara nak tangkap Pepatung?

Ada beberapa cara. Cara menangkap yang paling 'cool' ialah dengan memegang ekornya dari arah belakang dan secara perlahan-lahan. Bukan mudah sebenarnya kerana mata Pepatung terdiri daripada mata kumpuan.

Kalau nak senang, kami lastik guna getah gelang sahaja tetapi badannya akan hancur. Kalau badannya telah hancur, agak payah untuk kami cangkukkan pada mata kail pula. Atau kalau boleh pun, badannya cepat berderai apabila dipagut ikan.

Satu cara lagi ialah dengan menggunakan getah perekat. Bukan sebarang getah tetapi getah dari Pokok Bacang. Takuk batang Pokok Bacang dengan sebilah parang panjang dan akan keluar getah cair berwarna kuning keputihan. Getah itu belum boleh digunakan lagi sebagai getah perekat kerana masih cair. Biasanya selepas sehari dua, getah itu akan menjadi pekat dan melekit. Pada masa itulah getah Bacang itu boleh digunakan.

Kami gunakan lidi penyapu yang panjang sebagai 'joran' untuk merekat Pepatung. Kami lumurkan hujung lidi itu dengan getah dari Pokok Bacang tadi dan kami akan mengendap Pepatung yang sedang hinggap. Ada satu cara yang lebih 'komersial', kami buatkan berberapa batang lidi penyapu berperekat getang Bacang dan kami cacakkan di atas tanah di tempat yang ada banyak Pepatung. Menjadi resmi Pepatung, ia suka hinggap di hujung batang atau lalang atau rumput. Kami tinggalkan lidi-lidi berperekat tadi sebagai jerat dan sekali sekala kami akan datang untuk memeriksa hasilnya.

Seekor Pepatung dewasa jenis besar boleh digunakan sebanyak 2 kali: bahagian toraks dan bahagian ekor. Sebelum boleh menjadi umpan, sayap-sayap Pepatung itu perlu dicabut kerana sayap-sayapnya akan menyebabkan ia timbul di permukaan air. Kalau kami lakukan 'fly-fishing', kami tak buang. Kalau nak memancing puyu atau anak haruan, umpan biasanya kena ditenggelamkan ke dalam air. Kadang-kadang di dalam badan Pepatung itu pun masih ada banyak udara. Kami terpaksa picit badan Pepatung tadi semasa mencangkukkan mata kail agar kemek sedikit dan udara dikeluarkan. Habis tu, Pepatung tadi matilah? Memang pun.

Kalau umpan habis dipagut ikan atau sebab tersangkut pada rumput, ekornya pula kami gunakan. Kami cangkukkan mata kail mengikut rongga ekornya. Kadang-kadang, kalau kami dapat Pepatung yang massih hidup dan kuat, kami ikatkan seurat benang pada ekornya dan hujung benang yang satu lagi kami ikatkan pula rumput atau ranting kecil. Panjang benang itu lebih kurang sekaki. Kemudian kami lepaskan Pepatung tadi ke udara supaya ia dapat terbang. Oleh kerana benang tadi ada 'pemberat', Pepatung itu terbang tidak tinggi dan perlahan sehinggakan kami dapat mengejarnya semula. Apabila ia hinggap keletihan, kami lambungkan semula ia ke udara... dan kami kejar lagi. Apabila Pepatung itu telah lelah dan tak mau terbang, kami jadikan ia umpan untuk memancing ikan...!






.

5 comments:

sepa said...

sempat lagi ko siksa dia ya.?!

*masa kecik2, kami suka tangkap beetle yg byk di pokok ru. beetle nih saiz ibu jari. tujuannya : bukan untuk dijadikan umpan memancing ikan seluang atau baong, tapi untuk dijadikan sebagai 'self-sufficient' kite. kite yg boleh terbang di udara walaupun angin tak bertipu. caranya : guna benang halus, yg biasanya digunakan di household untuk jahit butang baju yg tanggal atau jahit-semula baju sekolah yg retas jahitannya, dengan benang itu, kami ikat di badan beetle tuh. pastuh baling beetle itu ke udara, dan terbanglah beetle itu. di bawah sini, kami kawal ketinggiannya, dan kekadang sengaja kami sentak benang itu dengan harapan beetle itu cepat letih dan jatuh freefall ke tanah... (cara ikat di badan beetle itu ko kena fikir sendiri yer...!!!)


:)

TiranaAduka said...

salam
Nice blog.

Salam kenal dari tirana aduka

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Aku guna kumbang tanduk yg belang oren hitam, yg selalu byk di btg kelapa mati. Cara yg sama...


TiranaAduka,
Salam buatmu juga...
Silakan berkongsi cerita dgn aku di sini...

LydSunshine said...

Sampai hati ko bunuh pepatung yang comel tu. Tapi teknik tu kreatif la... Cucuk lidi banyak2 pastu biar pepatung hinggap. Dah tu mas ako cabut sayap pepatung tu dia hidup lagi ke dah mati?

Nizam.Ariff said...

Lyds,
Aku suka teknik menjerat tu...rileks je.
Pepatung tu mati sebab kena tarik kepaknya la... sadis? Hahaha...
Takde la, aku putar cabut kepalanya dulu... macam pancung gak la...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com