Monday, December 24, 2012

Aku masih di sini, cuma aku masih berfikir tentang apa yang mahu aku tulis...

.

Huh! Dah lama juga aku tinggalkan blog aku. Walau pun baru beberapa hari tetapi secara relatifnya ia agak lama juga kerana sejak penubuhan blog akuyangakut ini, boleh dikatakan hampir setiap hari aku kemas kini.

Mungkin musim hujan, mungkin siangnya kelam, gelapnya malam. Mungkin juga kerana aku sibuk di pejabat dan di luar waktu pejabat. Ya, aku sedang berhijrah dalam bentuk zahir dan juga batin. Yang pasti, tidak mungkin aku terlalu sibuk sehingga aku tak sempat kemas kini blog aku. Sebenarnya, aku usung laptop ini hatta ketika berhijrah zahir namun aku hanya pandang beg sandang dengan fikiran yang kosong. Padangan yang kosong. Kosong...

Adakah ini tanda-tanda mid-life crisis dalam dunia blog?

Banyak juga blog yang ditinggalkan atau berubah tempat atau nama ketika ia berusia 4-5 tahun. Kalau blog itu masih wujud dan tanpa perubahan, biasanya dia sudah jarang dikemas kini dengan cerita terkini. Tetapi ada juga blog yang masih bertahan hatta melebihi takuk 6-7 tahun.

Aku ada banyak cerita 2-3 hari ini. Namun cerita-cerita atau fikiran aku itu hanya berpusar-pusar dalam kotak kepala aku sahaja. Alangkah bagusnya jika ada wayar USB yang boleh aku cucuk... tusuk ke otak melalui lubang telinga dan biarkan perisian khas memuat-turun, menafsir dan mengolahkannya menjadi entri. Atau, alangkah bagusnya jika ada seseorang yang dengan senang hati menuliskannya untuk aku.

Apa yang aku fikirkan 2-3 hari ini?
  • Aku baca sepintas lalu di Mastika tentang seorang penulis jemputan bergelaran Profesor Madya dalam bidang Fizik Nuklear yang akan menulis beberapa siri tentang sains dan islam melalui ilmu dan pengalaman ghaibnya. Dalam sinopsisnya, dia ada sentuh tentang Big Bang. Oleh kerana ianya masih dalam bentuk sinopsis, cerita terperinci tentangnya masih aku tunggu. Namun, oleh kerana dia seorang ilmuan dalam Fizik Nuklear, aku syak apabila dia membicarakan tentang teori Kun Fayakun nanti, dia akan sentuh perihal Big Bang juga nanti dan barulah ia akan beralih kepada alam yang sekarang ini.
  • Misteri yang masih menjadi igauan pada ilmuan sains tanpa pedoman ialah apa yang berlaku sebelum Big Bang dan dimanakah Tuhan pada masa itu? Telah di sepakati oleh ilmuan sains tanpa pedoman ini bahawa ruang dan masa tercipta setelah Big Bang. Masalahnya, jika sebelum Big Bang tiada ruang dan masa, dimanakah Tuhan ketika itu? Kepada ilmuan sains yang berpedoman, katakanlah bahawa Tuhan Allah itu wujud dan wujud Dia tidak perlukan tempat atau masa sepertimana makhluk yang diciptaNya. Katakanlah juga bahawa tiada mengurangi akanNya dengan penciptaan makhluknya dan tiada menambahi akannya apabila dikembalikan kepadaNya. Kerana apa? Kerana wujud Allah itu tiada ada tempat (ruang) atau tempat duduk. Dan wujud Allah itu adalah kekal tanpa awal tanpa akhir, bermakna tiada batasan masa untukNya, tidak seperti kewujudan mahklukNya yang dibatasi masa. 
  • Kalau ada sesiapa bijak pandai yang mengatakan bahawa Ruh itu juga kekal tidak mati (kerana ianya datang daripada Allah dan dikembalikan kepadaNya) tetapi hanyalah berpindah alam, katakanlah kepadanya bahawa masalah Ruh itu adalah hak Allah.
  • Kemudian, jika professor itu mahu membicarakan / menyingkap tentang Kun Fayakun, aku amat berharap ianya digarap secara berhati-hati kerana takut-takut kepada pembaca awam seperti aku ini akan tergelincir ke jurang dalam. Menghurai Kun Fakayun secara ringkas amatlah tidak adil kepada aku yang berfikiran awam. Kerana apa? Kerana aku pasti tulisannya nanti tidak lebih daripada 4-5 halaman di Mastika. Jika ianya ditulis secara makro sahaja, banyak persoalan yang muncul tidak akan berjawab dan aku khuatir syaitan akan mengambil kesempatan keatas kelemahan aku dengan membisikkan kesimpulan-kesimpulan yang menggelincirkan fikiran aku.
  • Ada beberapa perbicaraan tentang Kun Fakayun ini yang sungguh kontroversi. Aku amat berharap professor itu dapat mengupasnya dengan AMAT BERHATI-HATI. Ingin aku garapkan awal-awal di sini tentang perbicaraan Kun Fayakun:-
    • Ketika alam ini diciptakan dalam enam masa dan bumi pula 2 masa, adakah Allah menguruskan kejadian-kejadian itu secara 'Macro Manage' atau 'Micro Manage'????
    • Macro Manage bermaksud Allah mencetuskan permulaan kejadian dengan SEKALI Kun Fayakun dan membiarkan segala-galanya berjalan mengikut fitrah kejadian yang dipagari dengan hukum-hukum atau 'laws' yang telah ditetapkan oleh Allah awal-awal lagi.
    • Micro Manage bermaksud setiap rentetan kejadian itu dan SETIAP tahap kejadian memerlukan Kun Fayakun maka barulah berlaku kejadian seterusnya.
    • Jika professor itu cenderung mengatakan segala-galanya adalah 'Macro Manage', bermakna Teori Evolusi mungkin mendasari setiap kejadian di alam ini. Juga, jika manusia mengetahui semua hukum atau 'laws' yang mendasari alam ini (seperti mana ahli-ahli fizik cuba memahami pembentukan alam ini sehinggalah kepada pemahaman tentang partikel bergelar Higgs-Boson atau dipanggil Theory of Everything), ada kemungkinan manusia mampu mengunjurkan kepada masa hadapan bagaimanakah dan bilakah berakhirnya alam ini.
    • Jika professor itu cenderung mengatakan ianya 'Micro Manage', ia bermakna ketidak-pastian atau kebarangkalian untuk sesuatu benda atau perkara itu adalah sama sahaja dari semua arah iaitu Ya atau Tidak. Juga, ia boleh membawa makna yang kita semua dilucut dan dibebas dari segala perbuatan baik atau buruk yang kita lakukan
Kepada professor yang mahu menceritakan tentang Kun Fayakun, berhati-hatilah. Jangan dibuka sesuatu yang sudah pun menjadi rahsia. Rahsia kekallah rahsia.


Jadi, selama beberapa hari ini, aku terfikir sama ada patut atau tidak patut aku tuliskan di sini kerana sensitiviti isu ini. Aku masih berfikir dan berfikir... patutkah atau tidak patut...  tetapi sedang aku berfikir tentangnya, tangan aku turut menulisnya di sini... hahaha.




.

13 comments:

fifie said...

Aku rasa entry kali nie agak berat, huhu. Next time buat entry macam selalu ye nizam.

bukankosong said...

mcm aku untuk terus kekal aktif kat dunia blog, aku byk menceritakan hal2 semasa aku yg simple

tak mau terlalu berat, lagipun aku tak byk ilmu untuk dikongsi melainkan pengalaman sendiri yg boleh kita pikir,kupas dan renung together2

btw info ko sgt menarik

thkns beb

Nizam.Ariff said...

Fifie,
sekali sekala kita selang selikan dengan adegan berat-berat. cuti-cuti ni ada banyak masa untuk baca. tak apa, kan? ... hahaha




bukankosong,
aku ada terfikir nak cuba tuliskan macam nak ko cakap tu tapi aku tak pandai nak ceritakan....

Water Lily said...

Blog aku makn kosong.dari entri mahupun pengisian.

2007-2012 Lama jugak tu..

Hingga kadang aku sendiri naik menyampah ha ha ha

cinta said...

Sangat setuju.
Kalau profesor tu terjun longkang org awam (kita) juga terjun longkang cuma di atas sebab dia adalah profesor dan tulisannya akan dijadikan dalil-dalil untuk pihak-pihak yang berbahas dan peluang pengeksploitasian adalah besar.

btw, suka idea USB cucuk kat kepala. haha..

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
kita cari kekuatan untuk teruskan menulis... hahaha



Cinta,
tulisannya nanti mungkin bermutu dan bernilai tinggi tetapi wadahnya mungkin kurang sesuai... kalau dia tulis di majalaj Al-Islam, mungkin cantik kut...

sepa said...

dalam teori Big Bang, mereka menganggarkan tempoh pembentukkan alamsemesta, kan.?! tapi, mereka tak akan mampu mengukur keujudan pencipta kepada alamsemesta...

*usah ko fikir yang tak perlu difikir... ada masanya kita hanya perlu tahu dan hanya perlu merasa...

sepa said...

kejap. Nampak macam aku merumitkan keadaan.
ok. camnih :
contohnya. bila kita tanam terung, kita akan dapat buah terungnya.
1) untuk orang yg perlu tahu - terung itu dikatanya sudah matang, masak dan panjang buahnya.
2) untuk orang yg perlu merasa - terung itu dimasaknya kari, ada jugak yg celur dan cecah dengan air asam...
3) untuk si penganalisis - depa akan ukur panjang terung itu. depa ukur jugak besarnya... dan mereka akan kata, buah terung itu dari mula berkembangnya sehingga menjadi besar itu. tapi mereka tidak mampu cerita tentang 'pekerja' pollination...
4) untuk si yg lebih mahu mendalami - depa akan kira lagi sehingga mereka menjumpai tempoh pembentukkan bunga...

...tapi. si penanam dan benih itu, mereka tak akan sampai untuk mengetahuinya...!!!



.

Lady Windsor said...

aku kalau baca artikel teori..memang sakit kepala jap..

Lady Windsor said...

aku kalau baca artikel teori..memang sakit kepala jap..

Nizam.Ariff said...

Sepa,
aku rasa tulisan aku tu straight forward je... tapi ko punya komen menjadikan semuanya berputar-putar.. dah aku pulak yang pening.... hahaha


LW,
bukan bidang ko pun falsafah-falsafah je ke? pening gak aku dgn falsafah ni...

Lady Windsor said...

memang aku ambil falsafah dulu tapi dah lama ditinggalkan walaupun lect falsafah aku ada jer online kat fb sentiasa...

Nizam.Ariff said...

LW,
panjang umur lect ko tu....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com