Thursday, December 27, 2012

Cara terbaik berpindah rumah...

.

Aku. Bab pindah memindah ni memang aku lemah sekali. Aku. Senang cerita. Malas. Tapi apabila aku teringatkan ini, aku jadi bersemangat pula.


Ceritanya aku ada ceritakan di sini....

Aku tak tahu bagaimana cara mudah hendak berpindah. Jadi, aku bertanya kepada orang yang pandai. Ada banyak cara rupa-rupanya:
  • Cari kotak banyak-banyak, bungkus dan kotakkan semuanya. Bila semuanya dah sedia, upah orang atau agensi untuk 'angkat dan angkut' ke rumah baru. Kerjanya rumit dan leceh, lebih-lebih lagi ia perlukan dedikasi yang tinggi dan masa yang banyak untuk membuat persiapan. Semuanya 'all-in-a-go'. Walau pun leceh tetapi ianya 'clean cut'. Biasanya cara begini apabila rumah lama yang disewa itu sudah ada penyewanya.
  • Kalau banyak duit, beli sahaja barang-barang yang baharu di rumah yang baharu. Bukan semua barang tetapi perkara-perkara asas seperti almari, rak di stor, katil, sofa, meja makan, dapur, peti sejuk, mesin basuh. Makanya nanti hanya perlu angkat barang-barang yang kecil sahaja dan terus masukkan ke 'perumah' yang baharu. Barang-barang yang di rumah lama di lelong di mudah.com atau sedekahkan sahaja kepada penghuni baharu.
Oleh kerana rumah aku yang lama itu masih kepunyaan aku dan aku tak ada rancangan untuk disewakan pada masa terdekat, orang yang pandai itu berikan idea berpindah seperti berikut:
  • Fokus pada satu-satu kawasan dahulu. Contohnya, pertama sekali fokuskan pada bilik tidur utama. Buat metodologi 3S (Sisih, Simpan,Sapu) yakni: 
    • pilih barang-barang yang tak diperlukan lagi dan sisihkan ke tepi
    • barang-barang yang masih diperlukan disimpan di satu tempat atau terus dimasukkan ke dalam kotak
    • kemaskan bilik itu, buang barang2 yang tak diperlukan tadi, kosongkan almari dan cuci sebelum dihantarkan ke rumah baharu.
  • Kekurangannya, perlukan tempat untuk transit barang-barang. Jadi nanti rumah baharu itu akan berselerak dengan timbunan pakaian dan kotak-kotak barang. Kelebihannya, boleh buat rileks-rileks dan sikit-sikit. Bila dah hantar barang-barang tu, barulah pindahkan almari atau katil atau barang-barang yang besar-besar.

Bagi aku, 'cut-off' berpindah rumah ialah apabila peti sejuk dan tong gas dipindahkan. Selagi dua barang ini belum dipindahkan, belumlah lengkap perpindahan itu. Kerana selagi peti sejuk dan tong gas tak ada di rumah baharu, kenalah makan di luar. Sungguh tak lengkap rasanya. Kalau hari-hari makan di luar atau 'tapaw', serasa macam tinggal di homestay atau di motel. Tak rasa macam tinggal di rumah.

Ah! Malasnya nak pindahhhhhhhh.....! 





.

18 comments:

smbotak said...

1. leceh, rumit, berserabut sikit nak pindah. tapi bila semua dah setel, senang hati...

2. sebab utama aku tak beli perabot masa menyewa dulu, senang nak pindah rumah...

3. peti sejuk paling kritikal, kalau silap cara pindahkan memang jahanam.

LydSunshine said...

Tak de sape yg suka berpindah ni kecuali kaum nomad. Ehehe.

Umah lama ko kat mana? Tanak sewakan ke?

Nizam.Ariff said...

SM,
Bab peti ais tu memang aku seriau... kena pantau 100% semasa transfer..



LyDS,
aku tgh fikir nak sewakan ke tak rumah lama tu... atau dijual je...


sudipVSsenduk said...

suka sangat packing barang nak pindah... tak tau le kenapa

tasekM said...

aku tak kisah bab2 pindah rumah ni sbb aku ada lori.
ko nak pinjam?

hehe.



.

Nizam.Ariff said...

Sudip,
1. sebab dapat buang barang lama2
2. dapat gantikan barnag baru2

ye ke?


TM,
Ko ada lori gak eh?
Aku ingat ada bas je...

jeb said...

aku nak pindah bilik masa duduk universiti dulu pun malas.pindah rumah lagila malas..selamat berjaya encik nizam..kehkehkeh

ASH said...

aku faham sangat...
.
.
.
masa mula mula dok rumah flat, aku tak beli apa apa sangat..
senang je nak pindah..barang kat rumah baru kemudiannya dibeli baru..
.
.
hehehehe

tapi bila dah beranak 7, dan disuruh berpindah disebabkan suami kena tukar tempat kerja...

PUNYA LA PERIT...
sangat sangat tak suka nak mengemas....
.
.
.
ko bayangkan itu baru perpindahan kat donia..
.
.
.
kalau pindah ke alam lain....

ALANGKAH penat lelahnya diri!!

hehehe...MUHASABAH DIRI kejap kan

Embun Melati said...

Upah la askar2 yang sanggup mengangkut..hihi

Nizam.Ariff said...

Jeb,
Sesungguhnya ko memahami aku ... hahaha


Ash,
betul tu... yang malasnya nak kemaskan barang yang kecik2 ni.. jenis 'nak dibuang sayang, nak disimpan nanti tak ada tempat'.


Embun Melati,
masalahnya, asskar2 upahan tu tak nak bungkus2... dia org cuma angkat+angkut je...

fifie said...

Dulu sekali je pindah rumah tapi tak rasa letih sangat sebab semua orang buat kerja. Tapi waktu berpindah rumah sewa rasa bagai nak gila even barang sikit je.

Nizam.Ariff said...

fifie,
itu belum lagi cerita nak sesuaikan dgn udara baru.. angin baru... jalan baru.. jiran baru.. huhuhhuu

Jun said...

salam ziarah...dunia belum kiamat...selamat menyambut tahun 2013. semoga kita semua akan terus dirahmati.Amin.

amn said...

kau pindah jauh ke?

dulu aku pindah dari seri alam ke tamaan mawar, 7 trip juga,nak jimat aku angkut pakai kereta, yang dpt unscrew aku unscrew,peti ais dan washing m/c,aku pinjam pickup kawan.

seminggu letihnya..

Nizam.Ariff said...

Azani,
Aku duduk apartment, barnag2 tak banyak... selori pun cukup kut... cuma tak larat nak naik turun lif nak angkut sikit2 tu...

Nizam.Ariff said...

Jun,
Salam jua buat awak....
Cabaran 2013 kita tak pasti lagi....

sepa said...

ini aku dah baca.! salam...

sepa said...

ini aku dah baca.! salam...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com