Saturday, December 15, 2012

Dua Nasi Lemak Bungkus daun Pisang

.

Dua bungkus nasi lemak yang aku beli di pagi Sabtu, sudahnya aku bawa ia dalam lipatan suratkhabar. Aku beli suratkhabar itu semata-mata sebagai penyelesaian terhadap masalah untuk membawa Nasi Lemak itu TANPA PLASTIK.

Ya, hari Sabtu adalah Hari Tanpa Beg Plastik. Dan aku pilih penyelesaian dengan kos RM1.50 berbanding kos beg plastik yang hanya 20 sen. Sekurang-kurangnya, aku boleh gunakan semula kertas suratkhabar itu untuk alas meja makan, atau untuk membalut sayur-sayuran berdaun hijau atau sebagai alas ketika mengupas kentang atau bawang atau menyiang ikan bilis. Aku tak baca suratkhabar itu? AKu baca suratkhabar lain... hahaha.





Hari Tanpa Beg Plastik bukanlah satu kempen yang mudah. Ianya adalah satu transfomasi sosial yang mahu merubah minda masyarakat. Nampak seperti kecil tetapi ianya besar. Apatah lagi jika yang mahu dirubah itu adalah sesuatu yang fundamental, yang asas dalam kehidupan sehari-hari masyarakat dan ianya telah berakar tunjang turun temurun lamanya.

Ianya adalah satu perubahan yang menjangkau jauh ke dalam, ke tengah-tengah norma individu dan masyarakat. Ianya adalah 'behavioral change'.  Perubahan terhadap sikap yang telah berakar tunjang seperti penggunaan beg plastik ini memerlukan masa, malah mungkin juga generasi masyarakat untuk berjaya.

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik sungguh tidak sama dengan kempen kamera pengawasan had Laju AES. AES masih boleh ditambah ke dalam adunan norma masyarakat sekarang dengan sedikit halangan tetapi mungkin dalam setahun dua, AES akan diterima sebagai salah satu norma pemanduan di jalan raya. Beg Plastik? Hmm.... mungkin perlu masa yang lebih lama...






.

7 comments:

Watercolour said...

Nasib Gopal, membungkus nasi lemak.

Nizam.Ariff said...

Watercolor,
Hah.... nampak juga ko eh....

Lady Windsor said...

nasib baik buat bungkus nasi lemak..kalau buat alas meja atau alas lantai basah..apa kes...kan!

amn said...

mujur untuk bungkus sesuatu,kalau di tempat yang ada kambing, ayam,itik?

Nizam.Ariff said...

LW,
Hahaha... satu hari nanti akan dibuat itu juga ... tak bleh lari dari norma hidup suratkhabar...



Azani,
kalau kat kambing, dia buat apa ek dgn suratkhabar? aku tak pernah bela kambing...

Lady Windsor said...

kalau rumah aku gerenti buat alas meja makan..lepas makan terus wwrap..senang keje...hehe

Nizam.Ariff said...

LW,
Di rumah aku pun sama... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com