Wednesday, December 5, 2012

Harapan yang pulang ke pangkuan orang

.

Gagal mencari peluang yang tiba-tiba pulang ke dakapan tetapi hilang lenyap dari pandangan sebelum sempat dipeluk erat ia. Persoalannya, benarkah itu peluang yang pulang ataukah sekadar logamaya yang muncul akibat terik impian menyinar?


Kadang-kadang kita anggap bahawa sesuatu yang menarik itu datang sebagai peluang kita sedangkan ia hanyalah sekadar lintasan yang berupa halusinasi dan berbentuk di depan mata kita. Padahal ia hanyalah tetel-tetel harapan orang lain. Padahal ia hanyalah sinopsis masa depan orang lain. Dan kita yang penuh berharap bergarap impian dan doa berasa seolah-olah ianya datang untuk kita dek sangkeng kebutuhan terhadap realisasi doa tadi.


Lalu apabila ianya berlaku begitu, kita pun serasa tertipu. Serasa tewas. Serasa kecundang dalam hidup walhal peluang itu sebenarnya bukan datang untuk bercelapak dalam mana-mana daerah rezeki kita pun. Lalu kita mungkin juga berdengkian. Mungkin juga berasa tiada yang adil dalam dunia ini.


Bercerita tentang keadilan, salah seorang sahabat bercerita tentang sahabatnya ketika beberapa orang mereka sedang jalan-jalan di kota Mutiara. Tiba-tiba mata-mata mereka tertumpu pada sepasang kekasih dimana si gadis sungguh cantik dan ayu sedangkan si teruna berwajah diibaratkan tongkah pecah. Dan tiba-tiba sahabat ini bangun lalu menjerit... "Dimanakah keadilan!" dengan penuh emosi dan reaksi seperti sedang beraksi di pentas Pilih Kasih. Pasangan yang tidak tahu apa-apa itu terpinga-pinga.


Berbalik tentang entri ini. Bukan.
Aku bukan menulis tentang aku. Aku tuliskan tentang umum dari kaca mata '100(L)/150(R) antiscratch' aku.





.

10 comments:

Jahirah said...

mmg selalu rasa ketidakadilan...tp semua tu subjektifkan...

Nizam.Ariff said...

Aishah,
kadang-kadang kalau dilihat dalam skop yang kecil, ia seperti tidak adil tetapi bila kita lihat dari skop yang lebih besar, ia adalah saksama...

Su @ Aya said...

Pasti? Tiba rasa nk berdrama juga, 'dimanakah keadilan! menjerit kuat pada angin lalu.. hahahaha

Ya, kita menganggap 'ia adalah saksama' untuk memberi sedikit ketenangan pd hati.

Nizam.Ariff said...

Aya Yus,
Ya, untuk memujuk hati kadang-kadangnya terutama kepada yang was-was dengan konsep keadilan adalah sejagat...

tasekM said...

di kala ko berjalan dgn mama yg comel tu... pernah tak org pekik 'ini tidak adil..!!!' di mana2...?


hehe.




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Hmm... tak perasanlah pulak.
Tapi masa bersanding dulu, ada gak org kampung kata..." mak ai, besarnya.... " ... hahaha

sepa said...

intro ko kelas...

*aku ingat lagi dialog di kota Mutiara itu, sebab aku jugak ada di situ... mana part kedua dialog tuh.?!

:)

aza ni said...

mujur kota mutiara

kalau pulau mutiara....aku jangka mamat tu jerit


ini tak aci

Nizam.Ariff said...

Sepa,
aku tak tau dialog kedua...
apa dialognya?
ko buat entri khas la tentang ini...



azani,
kota mutiara adalah upgrade kepada pulau mutiara.... keh keh keh

Lady Windsor said...

aku sering berasa tidak adil dengan hidup yang aku nikmati kini..tapi siapalah aku nak berasa begitu..
Adilkah aku kepada Tuhan kerana kadang kala terlupa nak berterima kasih dan adilkah aku kepada Tuhan kerana sering terlambat menepati waktu yang sepatutnya aku lakukan bila masuk waktu.

Terlalu banyak perkara tidak adil yang aku lakukan pada Tuhan, justeru aku malu untuk meminta dan berasa tidak adil dengan hidup..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com